Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula
    • Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal
    • DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR
    • Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah
    • Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai
    • Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu
    • Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’
    • Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran
    Wednesday, April 15
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

      April 14, 2026

      Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

      April 13, 2026

      Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

      April 10, 2026

      Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

      April 5, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » 99 Wonderland Park sokong usahawan kecil dengan gerai percuma
    BIZ

    99 Wonderland Park sokong usahawan kecil dengan gerai percuma

    Team KLHypeBy Team KLHypeJanuary 2, 2025Updated:January 3, 2025No Comments6 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Batu Caves – Sejajar usaha membantu usahawan kecil menjana pendapatan sampingan, 99 Wonderland Park tampil dengan langkah kreatif melalui penyediaan gerai perniagaan lengkap dengan pelbagai kemudahan selesa, tanpa mengenakan sebarang bayaran.

    Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff Lee, inisiatif ini bagi membantu komuniti usahawan kecil di sekitar ibu kota. 

    Katanya, lebih 70 usahawan telah memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara percuma, memberikan peluang kepada mereka untuk memasarkan produk tanpa kos tambahan.

    Antara gerai yang mengambil bahagian termasuk jualan makanan, minuman, pakaian, aksesori, dan pelbagai produk lain. Inisiatif yang bermula sejak 20 Disember lalu ini akan berlangsung selama dua minggu.

    “Saya buka tapak berniaga di taman tema ini supaya usahawan dapat memasarkan produk mereka. Mereka hanya perlu datang dengan produk dan berniaga, tanpa sebarang bayaran. 

    Datuk Seri Jeff Lee

    “Kami menyediakan gerai, khemah, serta kemudahan elektrik dengan dua plug untuk setiap gerai,” katanya ketika ditemui KLHype baru-baru ini.

    Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat

    Beliau turut berharap inisiatif ini dapat memberikan impak positif kepada masyarakat, selain menarik lebih ramai pengunjung ke taman tema ini. 

    “Langkah ini juga adalah salah satu cara kami menyumbang kembali kepada komuniti,” katanya.

    Baca juga: Festival Ramadan Putrajaya 2025 kembali, sedia 300 lot niaga

    Datuk Seri Jeff Lee turut menyatakan bahawa inisiatif ini dijangka diteruskan sehingga Tahun Baru Cina, Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Namun, sedikit bayaran mungkin dikenakan pada masa hadapan bagi menampung kos elektrik.

    “Kami bercadang mengenakan bayaran minimum sekitar RM20 hingga RM30 untuk penggunaan elektrik selepas ini,” tambah beliau.


    Peniaga luah rasa syukur

    Dalam pada itu, peniaga ‘bertuah’ yang terpilih untuk berniaga di situ menarik nafas lega apabila peluang berniaga di taman tema bukan sahaja membuka ruang pendapatan tambahan, malah diberikan kemudahan percuma yang jarang ditemui di tempat lain.

    Peniaga, Ahmad Shafiq Mohd Din.

    Ahmad Shafiq Mohd Din, 36, yang mengusahakan perniagaan ais krim goreng meluahkan rasa syukur dengan inisiatif ini. 

    Menurutnya, peluang berniaga di lokasi tumpuan ramai itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengembangkan perniagaannya.

    “Mana ada tempat lain yang beri tapak berniaga secara percuma dengan kemudahan lengkap seperti ini. Saya sangat teruja kerana ini peluang keemasan untuk kami peniaga kecil,” katanya ketika ditemui.

    Tambahnya, lokasi strategik seperti taman tema membantu meningkatkan jumlah pelanggan, sekali gus meluaskan pasaran produknya yang kini semakin dikenali.

    Peniaga, Mohd Nuri Al Amin Mohamad (kanan) menghargai usaha Datuk Seri Jeff Lee (kiri) membantu peniaga.

    Sementara itu, seorang lagi peniaga, Mohd Nuri Al Amin Mohamad, 40, menyifatkan peluang tersebut sebagai satu inisiatif yang amat baik, terutama bagi peniaga kecil yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

    “Saya biasanya berniaga mengikut sebarang acara atau karnival kerana tiada kedai tetap. Bila ada peluang seperti ini, ia sangat membantu. Nak buka gerai memerlukan kos yang besar, tetapi di sini, kami seperti ‘cuci kaki’ sahaja,” katanya.

    Langkah pihak penganjur menyediakan tapak berniaga percuma dan kemudahan lengkap seperti bekalan elektrik dan air turut mendapat pujian. 

    Ia bukan sahaja meringankan beban peniaga, malah merancakkan lagi aktiviti perniagaan di kawasan berkenaan.

    Bagi peniaga, inisiatif seperti ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi kecil-kecilan yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.

    Selain gerai perniagaan, taman tema ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

    Pengunjung boleh menaiki bot mengelilingi tasik, menyaksikan pertunjukan pancutan air 3D, serta memberi makan kepada haiwan seperti buaya, ikan gergasi, dan rusa.

    Taman ini juga menjadi tempat perlindungan kepada pelbagai spesies haiwan termasuk tapir Malaya, beruang matahari, dan burung unta.

    Transformasi dari kolam tadahan terbiar

    99 Wonderland Park merupakan taman rekreasi urban yang dibangunkan di atas kawasan seluas 23 ekar di Batu Caves, Selangor. Projek ini memakan masa dua tahun dengan kos RM18 juta, menjadikan kolam tadahan terbiar bertukar menjadi lokasi penuh keajaiban dengan pencahayaan LED memukau pada waktu malam.

    Dilancarkan pada 2018, taman ini menggabungkan elemen edutourism dan hiburan. Antara tarikan utamanya termasuk 99 Dinosaur Park, 99 Ferris Wheel, dan 99 Madagascar Carousel, menjadikannya destinasi ideal untuk keluarga dan pencinta haiwan.

    99 Wonderland Park bukan sekadar taman tema, tetapi simbol transformasi dan peluang. Dengan gabungan keindahan semula jadi, teknologi, dan sokongan kepada komuniti, taman ini terus menjadi destinasi unik yang menghubungkan manusia, alam, dan perniagaan dalam satu ruang harmoni.

    Dimiliki oleh JL99 Group, pemaju hartanah Malaysia yang terkenal dengan sumbangan mereka kepada masyarakat, taman ini merupakan hasil transformasi kolam takungan terbiar kepada taman rekreasi seluas 23 ekar dengan kos lebih RM80 juta sejak tahun 2015.

    Menariknya, taman ini mengaplikasikan konsep “open space” yang membolehkan pengunjung berinteraksi secara dekat dengan pelbagai haiwan dan burung eksotik. 

    Antara spesies yang dapat ditemui di sini termasuklah buaya tembaga, Siamang, Ungka Tangan Hitam, Kucing Serval, Memerang, Meerkat, Musang Afrika, Ikan Monster, Tapir Malaya, Beruang Matahari Malaya, Feret, Angsa tempatan dan import, Burung Unta, Merak, Rusa, Burung Kakak Tua, Flamingo, Ular, Iguana dan banyak lagi.

    Gambar: Facebook 99 Wonderland Park.

    Selain itu, taman ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti menaiki 99 Ferris Wheel, 99 Cruise, 99 Train, 99 Paddle Boat, dan 99 Madagascar Carousel yang pastinya memberikan pengalaman yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.

    Landskap indah dan tarikan Istimewa

    Taman ini turut dihiasi landskap unik yang memukau, termasuk 99 Dinosaur Park, 99 Wild Island, 99 LED Eiffel Tower, 99 Windmill, 99 Panda Street, 99 Cafe & Kitchen, 99 Zoo Lights, Zon 12 Zodiak, Golden Waterfall, Sky Fountain dengan ikan koi, serta 99 Universal Bear.

    Menariknya, 99 Wonderland Park merupakan taman rekreasi pertama di Kuala Lumpur yang menampilkan gabungan pencahayaan LED yang mempesona dan haiwan-haiwan jarang ditemui, menjadikan setiap lawatan ke taman ini satu pengalaman yang sukar dilupakan.

    Pengunjung dapat menikmati suasana santai sambil dikelilingi keindahan flora, fauna dan seni bina taman tanpa perlu masuk ke dalam hutan.

    Ini menjadikan 99 Wonderland Park destinasi ideal untuk mereka yang ingin mencipta kenangan indah bersama keluarga dan rakan-rakan.

    Ini adalah perjalanan yang pasti memberikan keseronokan luar biasa! Anda dapat menikmati keindahan taman serta mendekati haiwan-haiwan eksotik dengan cara yang sangat unik.

    Jadi, bagi mereka yang mencari destinasi rekreasi unik di tengah bandar raya, 99 Wonderland Park adalah pilihan yang tidak boleh dilepaskan. Pastikan anda merancang kunjungan anda dan alami sendiri tarikan hebat yang ditawarkan di taman ini!

    Untuk maklumat lanjut mengenai taman tema ini layari laman web https://www.99wonderlandpark.com.my/

    99 wonderland park culture Featured leisure lifestyle
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleThe Pastels Shop rai komuniti, kekal fokus produk kecantikan mesra semula jadi
    Next Article Proton X90 Premium: SUV ideal untuk keluarga moden
    Team KLHype

    Related Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    By Team KLHypeApril 14, 2026

    PETALING JAYA, 14 April 2026 – Program kesetiaan MYguardian Rewards, yang dilancarkan sejak 2025, kini…

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 20265K

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 20263K

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 20262K

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 20265K

    Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

    April 10, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.