Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    June 15, 2026

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 2026

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik
    • Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari
    • DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan
    • ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress
    • Raih Jualan 8 Angka, ONTHEGO Optimis Tembusi Pasaran Antarabangsa 
    • Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan
    • Jiwa & Raga Lerai Rindu Dua Dekad Peminat Yusry
    • Farm Fresh Sumbang Lebih 50 Ribu Kotak Susu Percuma Kepada Murid Prasekolah Sempena Hari Susu Sedunia 2026
    Tuesday, June 16
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan

      June 11, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Carlo Rino Pilih Tracie Sinidol Jadi Duta, Sasar Pikat Generasi Muda

      May 26, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Watsons Malaysia lancar filem Raya Terunggul, tampil bintang ikonik Malaysia 
    Celebrities

    Watsons Malaysia lancar filem Raya Terunggul, tampil bintang ikonik Malaysia 

    Team KLHypeBy Team KLHypeMarch 12, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Watsons Malaysia melancarkan kempen Raya terbarunya, “Raya Terunggul”, dari 6 Mac hingga 14 April 2025. Kempen ini menawarkan promosi menarik di kedai dan atas talian, hadiah eksklusif, serta sebuah filem perayaan yang menyentuh hati, menampilkan keindahan nilai kekeluargaan dan kebersamaan.

    Sebagai satu tradisi yang dinanti-nantikan, filem jenama Raya Watsons Malaysia terus memikat hati penonton. Tahun ini, produksi filem ini amat istimewa kerana ia menggabungkan watak-watak legenda dari filem dan siri televisyen ikonik Malaysia seperti Mami Jarum, Adnan Sempit, dan Gerak Khas.

    Filem ini menampilkan Duta Watsons, Ayda Jebat, bersama pelakon tersohor seperti Datuk Yusof Haslam, Kartina Aziz, Shaheizy Sam, Hisyam Hamid, Maya Karin, Ropie, dan Mia Sara Shauki.

    Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Health & Beauty Asia, AS Watson Group Caryn Loh berkata, filem ini menggabungkan hiburan dengan mesej yang mendalam mengenai kasih sayang keluarga, penghargaan, dan perpaduan.

    Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Health & Beauty Asia, AS Watson Group Caryn Loh.

    “Kempen Raya Watsons bukan sekadar perayaan, tetapi juga satu penghormatan kepada nilai kasih sayang, kekeluargaan, dan kesyukuran.

    “Kami berharap kempen tahun ini membawa kegembiraan kepada semua rakyat Malaysia dalam menyambut Aidilfitri bersama insan tersayang,” katanya.

    Filem Raya angkat semangat kebersamaan, kasih sayang 

    Tahun ini, filem jenama Raya Watsons mengisahkan perjalanan seorang gadis bernama Melati dalam menyambut kedatangan bapa baru dalam hidupnya.

    Sebagai seorang anak yang penyayang, Melati ingin memastikan ibunya membuat pilihan yang tepat dalam memilih pasangan hidup.

    Dalam semangat Raya, di mana menonton filem-filem Melayu ikonik menjadi satu tradisi keluarga, watak-watak dari filem tersebut menjadi hidup untuk membimbing Melati dalam perjalanan menemui hakikat sebenar kebahagiaan, iaitu kasih sayang yang ikhlas.

    Usaha bantu komuniti

    Di samping kemeriahan perayaan dan promosi, Watsons Malaysia juga menerajui usaha membantu komuniti melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

    Dengan kerjasama Blackmores, Watsons Malaysia telah menyumbangkan produk kesihatan, kecantikan, dan keperluan harian kepada 300 keluarga di PPR Kampung Baru HICOM.

    Selain itu, Watsons juga telah menyumbang bekalan keperluan asas, makanan, dan produk kesihatan kepada lebih daripada 16 rumah kebajikan di seluruh negara, bagi memastikan mereka yang memerlukan turut dapat meraikan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan. 

    “Watsons Malaysia komited dalam membantu komuniti yang kami berkhidmat. Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat memberikan sokongan yang bermakna kepada mereka yang memerlukan, agar mereka juga dapat menikmati semangat Raya dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan,” tambah Caryn Loh. 

    Promosi dan ganjaran eksklusif Watsons

    Bersempena kempen ini, Watsons Malaysia menawarkan diskaun 60% untuk item kedua di kedai dan atas talian untuk semua pelanggan.

    Tawaran ini membolehkan semua orang mendapatkan produk kosmetik, penjagaan diri, penjagaan kulit, dan kesihatan kegemaran mereka pada harga yang luar biasa. 

    “Lebih menarik lagi, Watsons Malaysia memberikan ganjaran kepada ahli Watsons Club dengan hadiah bernilai lebih RM3,888,888.

    Danny Hoh

    Dari 6 Mac hingga 5 Mei 2025, ahli Watsons Club yang berbelanja minimum RM50 di kedai atau atas talian menggunakan kad debit atau kredit VISA berpeluang memenangi hadiah luar biasa seperti kereta Proton, motosikal Modenas, jongkong emas 10g, dan e-baucar Watsons,” kata Danny Hoh, Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia. 

    Sepanjang tempoh kempen, ahli Watsons Club juga boleh menikmati hadiah percuma seperti sampul Raya, beg perjalanan, balang kuih Fika, dan seterika stim Gabor dengan pembelian minimum RM80 ke atas di kedai dan atas talian.

    Hadiah ini ditawarkan selagi stok masih ada, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi untuk ahli setia Watsons. 

    Lagu tema Raya Watsons dan kolaborasi eksklusif

    Menambahkan lagi keceriaan, filem jenama Raya Watsons tahun ini menampilkan komposisi muzik yang bertenaga dan menarik, yang pasti akan digemari oleh semua peringkat umur. 

    Ayda Jebat, Duta Watsons Malaysia, berkata, filem perayaan tahun ini adalah satu sambutan yang penuh kegembiraan, nostalgia, dan kebersamaan keluarga.

    “Kami ingin mencipta melodi yang boleh dinyanyikan bersama, sambil menghayati semangat Syawal. Lebih daripada sekadar hiburan, ia adalah satu peringatan indah tentang kepentingan menghargai insan tersayang,” katanya. 

    Selain itu, pelanggan boleh menantikan barangan eksklusif hasil kolaborasi bersama Neelofa, koleksi barangan perayaan, dan pelancaran peket pelekat Unik the Cat, cara yang unik dan menyeronokkan untuk berkongsi kegembiraan Hari Raya bersama keluarga dan rakan-rakan. 

    Raikan kenangan indah bersama insan tersayang pada Hari Raya ini dan layari www.watsons.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih Watsons di Apple Store, Google Play Store, dan Huawei AppGallery. 

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTOP ajak pembeli kongsi rezeki dengan kempen #TOPBerkongsiRezeki
    Next Article Pengembaraan U.S. Potatoes di Dapur Nusantara: meneroka kepelbagaian dalam hidangan tempatan
    Team KLHype

    Related Posts

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    June 15, 2026

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 2026

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    By Team KLHypeJune 15, 2026

    KUALA LUMPUR, 15 Jun 2026 – Projek Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru, Kampung Bharu, melangkah…

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    June 15, 20265K

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 20263K

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 20262K

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    June 12, 20263K

    Raih Jualan 8 Angka, ONTHEGO Optimis Tembusi Pasaran Antarabangsa 

    June 11, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    June 15, 2026

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 2026

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 2026

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    June 12, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.