Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Nikmati Wagyu, Angus Yakiniku di Sushi King Bawah RM40

    July 14, 2026

    AKEMI Lancar Sleep Sync AI Mattress: Tilam Pintar AI Pertama Malaysia Revolusikan Kualiti Tidur

    July 10, 2026

    CA Prime Gold Lancar Program ‘Gold Preneur’, Sasar Latih 10,000 Usahawan Emas Berkemahiran TVET

    July 10, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Nikmati Wagyu, Angus Yakiniku di Sushi King Bawah RM40
    • AKEMI Lancar Sleep Sync AI Mattress: Tilam Pintar AI Pertama Malaysia Revolusikan Kualiti Tidur
    • CA Prime Gold Lancar Program ‘Gold Preneur’, Sasar Latih 10,000 Usahawan Emas Berkemahiran TVET
    • Alamanda, Mesra Mall Semarakkan Demam Piala Dunia dengan Pengalaman Bola Sepak Imersif & Ganjaran Hebat Buat Pengunjung
    •  Baru tahu susah jadi ‘buta’
    • PMX Umum 7 Inisiatif Mega Sempena 70 Tahun FELDA, Lebih RM2.6 Bilion Perkukuh Masa Depan Warga Peneroka
    • Hock Kee Heritage Buka Cawangan Kedua di The Gardens Mall, Angkat Nostalgia Kopitiam Era Kolonial
    • MR.VET & Bite of Wild Raih Anugerah Antarabangsa, Kukuh Pasaran Nutrisi Haiwan Premium
    Wednesday, July 15
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      AKEMI Lancar Sleep Sync AI Mattress: Tilam Pintar AI Pertama Malaysia Revolusikan Kualiti Tidur

      July 10, 2026

       Baru tahu susah jadi ‘buta’

      July 9, 2026

      BOKITTA Kembali Ke Alamanda Putrajaya: Lebih Besar, Mewah & Berkonsep ‘Premium Lifestyle’

      June 30, 2026

      TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-16, Lancar AlHijrah Media Nexus Di Cyberjaya

      June 24, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Destinasi Sukan Urban Baharu Di Tengah Ibu Kota: Perdana KLCC Kini Tampil Dengan Gelanggang Pickleball & Padel ‘In the Sky’

      June 10, 2026

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Ella Furniture Perkukuh Kedudukan Sebagai Jenama Perabot Premium Mampu Milik di Malaysia
    BIZ

    Ella Furniture Perkukuh Kedudukan Sebagai Jenama Perabot Premium Mampu Milik di Malaysia

    Team KLHypeBy Team KLHypeFebruary 15, 2026Updated:February 17, 2026No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Bermula dari sebuah kilang kecil, jenama perabot tempatan, Ella Furniture kini bukan sahaja mempunyai cawangan di beberapa bandar utama Malaysia, tetapi juga semakin dikenali di pasaran nasional sebagai pilihan terbaik untuk perabot rumah berkualiti tinggi.

    Pengasasnya, Nur Laila Alway berkata usahanya bermula apabila melihat keperluan ramai keluarga Malaysia yang mahukan perabot rumah bukan sekadar murah, tetapi premium dan tahan lama.

    Mula beroperasi pada 2019, jenama ini menawarkan perabot seperti sofa, kerusi makan, bangku, meja makan dan katil yang dibina dengan teliti.

    “Bukan mudah juga bagi golongan bumiputera menembusi pasaran industri yang dipelopori bangsa lain, namun dengan tekad dan kesungguhan, Alhamdulillah kini kami sudah mempunyai 5 cawangan.

    Pengasas Ella Furniture, Nur Laila Alway

    “InsyaAllah kami berhasrat mngembangkan lagi empayar ini dan membuka lagi beberapa cawangan di lokasi terpilih,” katanya.

    Jelasnya, strategi awal Ella Furniture ialah menjual secara dalam talian terus dari kilang, menjadikan kos harga lebih rendah tanpa mengurangkan kualiti produk. Ini membantu menarik perhatian ramai pelanggan yang sebelum ini membeli perabot import dari luar negara.

    Perabot premium, jaminan 5 tahun

    Apa yang membuatkan Ella Furniture menonjol ialah komitmen terhadap kualiti tinggi dan pengalaman pelanggan.

    Tambahnya lagi, walaupun ditawarkan pada harga mampu milik, namun kualiti setiap perabot memiliki ciri-ciri terbaik antaranya, kualiti fabrik yang mudah dibersihkan dan tahan calar, tahan lasak, material kayu meranti yang tahan lama disamping pilihan pelbagai warna dan reka bentuk yang sesuai dengan gaya rumah moden.

    Pembukaan cawangan terbaru Ella Furniture di Bangi.

    “Kami juga menawarkan jaminan 5 tahun dimana sesuatu yang jarang ditawarkan oleh jenama lain dalam segmen harga serupa” katanya.

    Ella Furniture berkembang dengan pembukaan cawangan di beberapa lokasi strategik termasuk; Shah Alam (Bukit Jelutong), Johor Bahru, Kota Bharu, Sungai Petani dan terbaru di Bandar Seri Putra (Bangi).

    Pembukaan cawangan ini menunjukkan komitmen untuk memperluaskan capaian kepada lebih ramai pelanggan di seluruh negara.

    Perancangan pertumbuhan ini disokong oleh unjuran peningkatan permintaan domestik terhadap perabot berkualiti tinggi berikutan perubahan gaya hidup semenjak pasca-pandemik.

    Dapat sokongan selebriti popular

    Tambahnya, strategi pemasaran juga memainkan peranan penting dalam menaikkan jenama ini. Ella Furniture pernah menjadi tajaan utama dalam siri TV Impiana: Makeover Ruang Selebriti, yang mencatat lebih 2 juta tontonan dimana ia satu pencapaian signifikan dalam meningkatkan pengiktirafan jenama di mata umum.

    Lebih menarik lagi, selebriti popular seperti Dato’ AC Mizal turut memberikan sokongan terhadap produk jenama ini.

    “Saya bermula dengan menghubungi Ella Furniture untuk membaik pulih sofa dan seterusnya pihak mereka bermurah hati menaja set sofa mereka.

    “Bermula dari itu, saya dapat merasai kualiti produk tempatan lebih-lebih lagi jenama ini diusahakan oleh bumiputera sendiri, sehinggalah saya ditawarkan menjadi duta sejak tahun 2022 dan membantu mempromosikan jenama ini” jelasnya kepada media.

    Beberapa faktor utama kejayaan Ella Furniture termasuk pemantauan pasaran yang kuat terhadap keperluan gaya hidup moden disamping meningkatkan fokus pada pemasaran digital dan media sosial untuk menjangkau pelanggan.

    Sasaran RM40 juta jualan

    Dalam masa sama, menawarkan perabot berkualiti tinggi dengan harga kompetitif dan pembukaan showroom dan cawangan secara berperingkat untuk lebih dekat dengan pelanggan.

    Perjalanan Ella Furniture dari sebuah kilang kecil kepada jenama perabot premium mampu milik yang dikenali di seluruh Malaysia adalah inspirasi buat ramai usahawan tempatan.

    Mereka membuktikan bahawa dengan kombinasi kualiti, strategi pemasaran bijak dan pemahaman pasaran, perusahaan tempatan bukan sahaja boleh bersaing dengan produk import, tetapi juga menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.

    Nur Laila menambah, sasaran jualan tahun ini dipertingkatkan sehingga RM40 juta ditambah dengan pelbagai promosi yang telah dirancang.

    Layari ellafurniture.com.my untuk maklumat lanjut.

    bumiputera Ella Furniture Featured Featured Slider lifestyle usahawan
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMentholatum Perkenal Lip Perfector Serum Lip Gel, Gabung Inovasi Rawatan Dan Estetik Bibir
    Next Article Arora Beauty Spa Lancar 5 Cawangan Serentak, Cetus Revolusi Baharu Penjagaan Kulit Wajah Profesional di Malaysia
    Team KLHype

    Related Posts

    Nikmati Wagyu, Angus Yakiniku di Sushi King Bawah RM40

    July 14, 2026

    AKEMI Lancar Sleep Sync AI Mattress: Tilam Pintar AI Pertama Malaysia Revolusikan Kualiti Tidur

    July 10, 2026

    CA Prime Gold Lancar Program ‘Gold Preneur’, Sasar Latih 10,000 Usahawan Emas Berkemahiran TVET

    July 10, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Nikmati Wagyu, Angus Yakiniku di Sushi King Bawah RM40

    By Team KLHypeJuly 14, 2026

    Setelah 31 tahun menjadi antara destinasi sajian Jepun paling digemari di Malaysia, Sushi King kini…

    AKEMI Lancar Sleep Sync AI Mattress: Tilam Pintar AI Pertama Malaysia Revolusikan Kualiti Tidur

    CA Prime Gold Lancar Program ‘Gold Preneur’, Sasar Latih 10,000 Usahawan Emas Berkemahiran TVET

    Alamanda, Mesra Mall Semarakkan Demam Piala Dunia dengan Pengalaman Bola Sepak Imersif & Ganjaran Hebat Buat Pengunjung

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Nikmati Wagyu, Angus Yakiniku di Sushi King Bawah RM40

    July 14, 20263K

    AKEMI Lancar Sleep Sync AI Mattress: Tilam Pintar AI Pertama Malaysia Revolusikan Kualiti Tidur

    July 10, 20266K

    CA Prime Gold Lancar Program ‘Gold Preneur’, Sasar Latih 10,000 Usahawan Emas Berkemahiran TVET

    July 10, 20265K

    Alamanda, Mesra Mall Semarakkan Demam Piala Dunia dengan Pengalaman Bola Sepak Imersif & Ganjaran Hebat Buat Pengunjung

    July 10, 202610K

     Baru tahu susah jadi ‘buta’

    July 9, 202612
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Nikmati Wagyu, Angus Yakiniku di Sushi King Bawah RM40

    July 14, 2026

    AKEMI Lancar Sleep Sync AI Mattress: Tilam Pintar AI Pertama Malaysia Revolusikan Kualiti Tidur

    July 10, 2026

    CA Prime Gold Lancar Program ‘Gold Preneur’, Sasar Latih 10,000 Usahawan Emas Berkemahiran TVET

    July 10, 2026

    Alamanda, Mesra Mall Semarakkan Demam Piala Dunia dengan Pengalaman Bola Sepak Imersif & Ganjaran Hebat Buat Pengunjung

    July 10, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.