Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    October 16, 2026

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    October 16, 2026

    Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik

    October 16, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo
    • Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden
    • Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik
    • Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR
    • Snek, Celup Dan Nikmati: The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Kini Boleh Didapati di 7-Eleven
    • Konnichi-WOW: Baskin Robbins Malaysia Perkenal Japan Summer Series Menerusi Tiga Perisa Ikonik
    • Cold Storage Kembali ke 1 Mont Kiara, Bawa Pengalaman Beli-Belah Barangan Dapur Premium Menerusi Wajah Baharu
    • Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’
    Saturday, October 17
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR

      October 16, 2026

      MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung

      October 8, 2026

      Eskayvie Jalin Kerjasama Strategik Bersama Universiti Malaya, Jalankan Kajian Klinikal Mindtropic

      September 29, 2026

      Pensyarah Bawa Pulang Perodua Traz Selepas Berbelanja RM250 di SOGO

      September 27, 2026

      The Labs × M&M Creations Artist Series: Inovasi Seni & IP Tempatan Kuasai BBCC

      September 25, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

      October 9, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Korban kerjaya peguam demi Paya Jaras, Khairuddin Othman mahu terus berbakti
    Inspire

    Korban kerjaya peguam demi Paya Jaras, Khairuddin Othman mahu terus berbakti

    Team KLHypeBy Team KLHypeAugust 9, 2023Updated:August 9, 2023No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    FIGURA ini sememangnya dekat di kalangan penduduk Paya Jaras, Sungai Buloh malah banyak pembangunan serta pembaharuan yang telah dibawanya sejak dipilih menjadi wakil rakyat di situ.

    Maka tidak hairanlah apabila ditanya penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras, rata-rata mahu beliau sekali lagi diberi mandat untuk mewakili suara mereka yang selama ini telah menikmati pelbagai kemudahan serta inisiatif kerajaan negeri Selangor.

    Tidak keterlaluan jika dikatakan bakti Mohd Khairuddin Othman, 52, untuk Paya Jaras bukannya sedikit apatah lagi beliau turut memegang portfolio EXCO generasi muda, sukan dan pembangunan modal insan.

    Tekadnya kini mahu terus mempertahankan kerusi yang disandangnya selama dua penggal iaitu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 dan PRU-14 selagi ada yang memerlukan khidmatnya di situ.

    Malah sejak hari pertama penamaan calon lagi, Khairuddin antara yang komited mendekati rakyat dan berbaki 2 hari sebelum tarikh mengundi Sabtu ini, beliau dilihat selesa dengan penerimaan penduduk Paya Jaras.

    Kesempatan menemubual figura yang murah dengan senyuman ini cukup memberi gambaran bahawa menjadi wakil rakyat bukanlah satu tugas mudah sebaliknya ia menuntut pengorbanan besar terutamanya dari segi masa untuk keluarga.

    “Sebaik saja menjadi wakil rakyat, jasad, tubuh dan bakti saya adalah untuk mereka. Untuk keluarga, hanya tinggal jiwa sebagai bapa dan suami.

    “Jalan yang dipilih ini juga bukan mudah. Perjuangan menjadi wakil rakyat perlu diiringi sensitivity, humanity, empathy, sympathy bahkan brutality bagi memastikan suara penduduk Paya Jaras didengari,” katanya yang berharap diberi peluang sekali lagi untuk mewakili penduduk Paya Jaras yang juga salah satu DUN di bawah Parlimen Sungai Buloh.

    Menurutnya, keazaman tinggi atau will power adalah ciri utama seorang wakil rakyat kerana tanpa semangat yang kuat dalam perjuangan, bagaimana mahu membawa suara rakyat.

    Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, beliau mula terlibat dalam kerja-kerja kebajikan sejak bergelar peguam menerusi khidmat pro-bono bagi mewakili golongan kurang berkemampuan yang memerlukan khidmat guaman secara percuma.

    Dari situ katanya, dia mula terfikir untuk menceburkan diri dalam arena politik kerana beliau sedar hanya dengan menjadi wakil rakyat, ramai orang yang boleh dibantu atau dibela nasibnya.

    “Memilih terjun dalam bidak politik, tidak pernah sekali pun terlintas di hati saya untuk mengejar kemewahan apatah lagi jawatan penting dalam parti atau negara.

    “Saya tidak ada cita-cita besar pun dalam politik kecuali hanya mahu berkhidmat membela nasib golongan B40 yang teraniaya atau mereka yang memerlukan bantuan serta menyelesaikan isu-isu setempat.

    “Bagi saya, di mana Allah meletakkan diri ini, di situlah saya akan setia berkhidmat selagi diperlukan masyarakat,” katanya.

    Dikenali dengan karektor yang ‘low profile’ dan ‘cool’, Khairuddin mengakui dia sememangnya seorang yang introvert, dan gemar menyimpan kehidupan peribadi untuk dirinya sendiri.

    “Anak-anak pun tidak mahu dikenali sebagai anak YB (yang berhormat) dan sejak berkecimpung dalam politik lebih 40 tahun anak-anak membesar dengan memori yang sangat sedikit bersama ayah mereka.

    “Sehinggakan jika jadual tidak padat dan saya pulang ke rumah awal, anak-anak agak pelik dan bertanya kenapa saya balik awal. Tapi saya amat bersyukur ketiga-tiga anak perempuan saya amat memahami tugas yang menuntut hampir seluruh masa ayah mereka untuk rakyat,” katanya.

    Berkongsi impiannya, Khairuddin bercita-cita bergelar pensyarah dalam bidang Sains Politik dan kini sedang melanjutkan pengajiannya untuk memegang gelaran Doktor Falsafah dalam Politik Psikologi & Perang Media di UiTM.

    Beliau yang juga exco generasi muda, sukan dan pembangunan modal insan itu memenangi kerusi DUN Paya Jaras pada PRU14 pada 2018 apabila memperoleh 20,376 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan PAS dengan majoriti 12,072 undi.

    Beliau berharap semua pengundi, tidak kira dewasa mahupun anak muda yang layak mengundi, menjalankan tanggungjawab mereka pada 12 Ogos ini.

    khairuddin othman paya jaras Politik PRN15 sg buloh YBMK
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTerengganu rekod keluar mengundi awal hampir 96 peratus
    Next Article Peratusan tinggi ‘undi awal’ petanda baik PRN Sabtu ini milik PN – Eizlan Yusof
    Team KLHype

    Related Posts

    SURE-i Rai Ulang Tahun Ke-12 Dengan Pengiktirafan Asia Record, Pelopor Ekosistem Kesihatan Pencegahan Bersepadu

    October 6, 2026

    Farmasi Lautan Catat Sejarah 41 Tahun Perkhidmatan, Terima Pengiktirafan Berprestij Asia Record

    October 6, 2026

    Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?

    September 21, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    By Team KLHypeOctober 16, 2026

    Memandangkan sambutan Halloween bakal tiba pada Sabtu, 31 Oktober ini, platform e-Pembaca terkemuka, Rakuten Kobo,…

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik

    Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    October 16, 20262K

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    October 16, 20262K

    Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik

    October 16, 20263K

    Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR

    October 16, 20265K

    Snek, Celup Dan Nikmati: The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Kini Boleh Didapati di 7-Eleven

    October 14, 20262K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    October 16, 2026

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    October 16, 2026

    Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik

    October 16, 2026

    Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR

    October 16, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.