Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) mengumumkan jalinan rangkaian strategik bersama Dewan Perniagaan Pendidikan Kuala Lumpur (DPPKL) sebagai satu langkah dalam usaha memperkukuh ekosistem pendidikan dan keusahawanan negara.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen DPDDM dalam memperluas jaringan serta memperkukuh hubungan antara sektor pendidikan dengan industri. Melalui kolaborasi ini, kedua-dua pihak akan memberi tumpuan kepada pembangunan bakat, pemerkasaan inovasi serta penerokaan peluang pelaburan yang bersesuaian dengan keperluan semasa.
Dalam pada itu, DPPKL akan berperanan sebagai penghubung antara universiti dan institusi di Malaysia dengan pihak industri, bagi menyokong usaha menyelaraskan keperluan akademik dan pasaran kerja.
Pendekatan ini diharapkan dapat membantu melahirkan graduan dan yang lebih bersedia dan relevan dengan keperluan industri.
Presiden DPDDM, Datuk Nor Hasnal Hashmi berkata, Bagi menyokong matlamat tersebut, pelbagai program akan dilaksanakan secara berperingkat dengan penglibatan institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
“Program-program ini bertujuan memperkukuh jaringan ilmu, menggalakkan inovasi serta menyokong pembangunan usahawan muda.
Diharap kerjasama ini nanti dapat membina ekosistem keusahawanan dan kepimpinan yang mampan melalui pendekatan strategik, inklusif dan berimpak tinggi.
Program iktiraf pendidik, usahawan
Selain itu, penganjuran program pengiktirafan kepada Pendidik Negara dan Usahawan tempatan turut dirancang sebagai usaha menghargai sumbangan mereka dalam pembangunan ekonomi negara.
DPPKL turut diperkukuh melalui pelantikan Aisar Talha sebagai Pengerusi Eksekutif. Dengan pengalaman serta jaringan yang dimiliki, beliau dijangka dapat memimpin organisasi ini dalam melaksanakan inisiatif yang dirancang.
Pada masa yang sama, Lembaga Penasihat DPPKL yang diterajui Profesor Dr. Othman Ibrahim, yang berpengalaman dalam sektor pendidikan dan industri di dalam dan luar negara, akan memberikan panduan serta nasihat strategik bagi menyokong pelaksanaan program dan hala tuju organisasi.
Selain Profesor Dr. Othman Ibrahim dan Aisar Talha, DPPKL turut dianggotai Datuk Faridah A. Jabbar, Datuk Nor Hasnal Hashmi, Datuk Seri Dr. Karl Ibrahim, Profesor Madya Dr. Anas Tajudin dan Datuk Mohd Hussin Abdullah.
Datuk Nor Hasnal Hashmi yang juga Ahli Lembaga Penasihat DPPKL juga menambah, secara keseluruhannya, jalinan strategik ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan ekosistem pendidikan dan keusahawanan yang lebih tersusun serta memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negara.
“DPDDM menjadi landasan dan jambatan emas yang menghubungkan semua orang tak kira peringkat, termasuk agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta, demi memperkasakan pembangunan pendidikan di negara kita,” katanya.
Platform pemerkasaan intelektual, kepimpinan
“Kami juga bukan sekadar sebuah badan perniagaan, malah berfungsi sebagai platform pemerkasaan intelektual dan pembangunan kepimpinan, dengan menggalakkan ahli-ahlinya meningkatkan kelayakan akademik, keupayaan penyelidikan serta pemikiran strategik selari dengan keperluan ekonomi semasa.
Bagi memperkenalkan dan mengembangkan lagi jaringan DPDDM agar dapat mengukuhkan lagi hubungan hingga ke peringkat antarabangsa, DPDDM mempelawa dan membuka keahlian kepada mereka yang berminat untuk bergerak bersama-sama DPDDM bagi memperkasakan agenda Malaysia Madani dengan layari laman web rasmi di https://dpddm-gov.com/


