Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    MR.VET & Bite of Wild Raih Anugerah Antarabangsa, Kukuh Pasaran Nutrisi Haiwan Premium

    July 6, 2026

    Labrich Lantik Che Puan Sarimah Ibrahim Duta Jenama, Lancar TriBio Women Wellness & TriBio Kids

    July 6, 2026

    Sambutan Hari Peneroka & 70 Tahun FELDA Imbas Kejayaan 7 Dekad, Sasar 250,000 Pengunjung

    July 6, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • MR.VET & Bite of Wild Raih Anugerah Antarabangsa, Kukuh Pasaran Nutrisi Haiwan Premium
    • Labrich Lantik Che Puan Sarimah Ibrahim Duta Jenama, Lancar TriBio Women Wellness & TriBio Kids
    • Sambutan Hari Peneroka & 70 Tahun FELDA Imbas Kejayaan 7 Dekad, Sasar 250,000 Pengunjung
    • LARRIE Lancar Peraduan Travel with LARRIE 2026
    • Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah
    • HWC Coffee Lancar Kempen ConnectKL, Belanja Lebih RM350,000 Bakeri Percuma Sepanjang Julai
    • Raikan Demam Piala Dunia Bersama Applecrumby: Koleksi Edisi Terhad Eksklusif & Kempen ‘Spend & Win’ Bernilai RM16,990 Menanti Anda
    • Kerugian RM1.8 juta, Briar Resources fail saman pembekal didakwa langgar kontrak bekalan baja
    Tuesday, July 7
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      BOKITTA Kembali Ke Alamanda Putrajaya: Lebih Besar, Mewah & Berkonsep ‘Premium Lifestyle’

      June 30, 2026

      TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-16, Lancar AlHijrah Media Nexus Di Cyberjaya

      June 24, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan

      June 11, 2026

      Destinasi Sukan Urban Baharu Di Tengah Ibu Kota: Perdana KLCC Kini Tampil Dengan Gelanggang Pickleball & Padel ‘In the Sky’

      June 10, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Destinasi Sukan Urban Baharu Di Tengah Ibu Kota: Perdana KLCC Kini Tampil Dengan Gelanggang Pickleball & Padel ‘In the Sky’

      June 10, 2026

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Island Hospital Penang Berjaya Laksanakan Pemindahan Buah Pinggang Pertama di Pulau Pinang
    Editor's Picks

    Island Hospital Penang Berjaya Laksanakan Pemindahan Buah Pinggang Pertama di Pulau Pinang

    Penulis adalah Pakar Urologi Island Hospital Penang, Dr S. Sritharan dan Pakar Internal Medicine/Nefrologi Island Hospital Penang, Dr. Vijaya
    Team KLHypeBy Team KLHypeMay 1, 2026Updated:May 26, 2026No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Dr Sri Dharan (kanan) dan Dr Vijaya (kiri) berjaya menyempurnakan pemindahan buah pinggang pertama di sebuah hospital swasta di Utara Malaysia, sekali gus menandakan satu mercu tanda penting dalam perkembangan penjagaan kesihatan di Utara Malaysia.
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    PULAU PINANG, 1 Mei 2026 – Pulau Pinang berjaya laksanakan pemindahan buah pinggang pertama di hospital swasta di Utara Malaysia oleh Island Hospital Pulau Pinang menandakan satu pencapaian penting dalam landskap penjagaan kesihatan negara. 

    Sebelum ini, kebanyakan rawatan pemindahan tertumpu di Kuala Lumpur, memaksa pesakit dari Utara meninggalkan keluarga, pekerjaan dan sistem sokongan untuk tempoh yang panjang. 

    Kini, dengan adanya perkhidmatan ini di Pulau Pinang, pesakit boleh menjalani rawatan dan pemulihan dalam persekitaran yang lebih dekat dan selesa. 

    Island Hospital Pulau Pinang melakar kejayaan laksanakan pemindahan buah pinggang pertama di hospital swasta di Utara Malaysia.

    Dari sudut perubatan, pemindahan buah pinggang kekal sebagai rawatan paling ideal bagi pesakit kegagalan buah pinggang tahap akhir, menawarkan kualiti hidup yang jauh lebih baik berbanding dialisis jangka panjang.

    Kekurangan sumber buah pinggang kekangan terbesar

    Pakar Urologi Island Hospital Penang, Dr S. Sritharan mengakui bahawa teknologi bukanlah masalah utama sebaliknya Kekangan sebenar ialah kekurangan sumber buah pinggang. 

    Pada masa ini, sumber utama masih datang daripada ahli keluarga terdekat atau pasangan, serta pendermaan organ selepas kematian otak.

    “Namun di Malaysia, walaupun seseorang telah menyatakan hasrat untuk menderma sebelum meninggal dunia, persetujuan keluarga masih diperlukan. Ini menyebabkan banyak peluang terlepas pada saat-saat kritikal.

    Dr S. Sritharan

    Oleh itu, beliau menekankan bahawa masyarakat bukan sahaja perlu mempunyai kesedaran untuk menderma, tetapi yang lebih penting ialah berkomunikasi dengan ahli keluarga agar hasrat tersebut difahami dan dihormati. 

    “Penderma organ bukan sekadar mendaftar, tetapi perlu mengambil inisiatif berbincang dengan keluarga supaya keputusan mereka difahami dan dihormati. Jika tidak, hasrat tersebut mungkin tidak dapat dilaksanakan akhirnya.

    Apabila ditanya tentang makna pembedahan ini kepada beliau, beliau tidak menekankan “kes pertama” atau “kejayaan teknologi”, sebaliknya kembali kepada perkara paling asas, iaitu “membolehkan pesakit tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan rawatan”. 

    Bagi beliau, nilai terbesar pembedahan ini adalah mengurangkan penderitaan pesakit dan membolehkan mereka menjalani rawatan serta pemulihan dalam persekitaran yang lebih selesa dan dikenali. 

    Beliau menggambarkannya sebagai satu proses “membawa perkhidmatan kesihatan kembali ke dalam kehidupan pesakit” dan merupakan sumber kepuasan paling langsung bagi seorang doktor.

    Konsep budaya, kebimbangan psikologi halang pendermaan buah pinggang

    Dari perspektif nefrologi, Pakar Internal Medicine/Nefrologi Island Hospital Penang, Dr. Vijaya mempunyai pandangan yang lebih menyeluruh. 

    Beliau menyatakan bahawa pemindahan buah pinggang bukan lagi satu masalah dari sudut perubatan, malah telah dilaksanakan secara meluas di beberapa negara membangun. 

    Namun, di Malaysia, perkembangannya agak perlahan, dan faktor utama melibatkan sumber, institusi serta kesedaran masyarakat. 

    Beliau menyatakan secara terus terang bahawa bilangan hospital kerajaan yang mampu menjalankan pemindahan adalah terhad, dan kawasan Utara Malaysia telah lama kekurangan perkhidmatan berkaitan. Ketidakseimbangan pengagihan sumber ini secara langsung menjejaskan akses pesakit kepada rawatan.

    “Dalam realiti, ramai pesakit tempatan meninggal dunia ketika menunggu buah pinggang yang sesuai, yang menunjukkan betapa pentingnya meningkatkan kesedaran tentang pendermaan.

    “Ini bukan sahaja isu perubatan, tetapi juga cabaran di peringkat dasar awam. Pada masa yang sama, kadar pendermaan yang rendah turut menjadi faktor utama,” katanya.

    Beliau menegaskan bahawa ini bukan berpunca daripada halangan agama, kerana kebanyakan agama utama menyokong pendermaan organ. Halangan sebenar selalunya datang daripada faktor budaya dan kebimbangan psikologi.

    Ancaman krisis dialisis

    Dari sudut ekonomi pula, beliau menambah bahawa Malaysia berdepan potensi “krisis dialisis”. Dengan peningkatan jumlah pesakit penyakit buah pinggang kronik, bilangan pesakit dialisis dijangka meningkat dengan ketara pada masa hadapan. 

    Dialisis bukan sahaja mahal, malah turut disertai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular dan jangkitan, sekali gus meningkatkan beban sistem kesihatan.

    “Pemindahan adalah satu-satunya cara untuk menangani masalah ini secara menyeluruh, tetapi ia memerlukan kesediaan untuk melabur sumber terlebih dahulu.”

     Kelebihan prosedur pemindahan moden

    Dengan kemajuan teknologi, prosedur kini lebih selamat dan kurang invasif, menggunakan teknik laparoskopi yang mempercepatkan pemulihan. 

    Penderma biasanya boleh keluar hospital dalam masa sekitar tiga hari, manakala penerima dalam tempoh kira-kira lima hari. Malah, buah pinggang baharu boleh mula berfungsi hampir serta-merta selepas pembedahan. 

    Penting untuk difahami bahawa penderma masih boleh menjalani kehidupan normal walaupun dengan satu buah pinggang, selagi mereka sihat. 

    Namun, setiap kes melalui saringan yang ketat kerana prinsip utama perubatan adalah untuk tidak memudaratkan mana-mana pihak.

    Cabaran kelestarian pendermaan organ 

    Walaupun teknologi dan kepakaran semakin berkembang, cabaran terbesar masih terletak pada kekurangan penderma. 

    Di Malaysia, pendermaan organ masih rendah disebabkan faktor kesedaran, budaya dan keperluan mendapatkan persetujuan keluarga walaupun individu telah mendaftar. Ini menyebabkan ramai pesakit terpaksa menunggu lama, malah ada yang tidak sempat menerima rawatan.

    Kisah kejayaan ini turut disertai nilai kemanusiaan yang menyentuh hati, termasuk kes seorang individu yang sanggup menderma buah pinggang kepada rakannya membuktikan bahawa pemindahan bukan sekadar prosedur perubatan, tetapi juga tentang harapan dan kehidupan baharu.

    Secara keseluruhan, kejayaan ini bukan sahaja membuka akses rawatan di Utara Malaysia, tetapi juga menjadi peringatan bahawa walaupun teknologi sudah tersedia, perubahan sebenar bergantung kepada kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap pendermaan organ.

    Featured Featured Slider lifestyle TCL teknologi
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium
    Next Article DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara
    Team KLHype

    Related Posts

    MR.VET & Bite of Wild Raih Anugerah Antarabangsa, Kukuh Pasaran Nutrisi Haiwan Premium

    July 6, 2026

    LARRIE Lancar Peraduan Travel with LARRIE 2026

    July 5, 2026

    Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah

    July 4, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    MR.VET & Bite of Wild Raih Anugerah Antarabangsa, Kukuh Pasaran Nutrisi Haiwan Premium

    By Team KLHypeJuly 6, 2026

    KUALA LUMPUR, 6 Julai 2026 – Dua jenama makanan haiwan peliharaan terkemuka, MR.VET dan Bite…

    Labrich Lantik Che Puan Sarimah Ibrahim Duta Jenama, Lancar TriBio Women Wellness & TriBio Kids

    Sambutan Hari Peneroka & 70 Tahun FELDA Imbas Kejayaan 7 Dekad, Sasar 250,000 Pengunjung

    LARRIE Lancar Peraduan Travel with LARRIE 2026

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    MR.VET & Bite of Wild Raih Anugerah Antarabangsa, Kukuh Pasaran Nutrisi Haiwan Premium

    July 6, 20263K

    Labrich Lantik Che Puan Sarimah Ibrahim Duta Jenama, Lancar TriBio Women Wellness & TriBio Kids

    July 6, 20261K

    Sambutan Hari Peneroka & 70 Tahun FELDA Imbas Kejayaan 7 Dekad, Sasar 250,000 Pengunjung

    July 6, 20261K

    LARRIE Lancar Peraduan Travel with LARRIE 2026

    July 5, 20263K

    Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah

    July 4, 20262K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    MR.VET & Bite of Wild Raih Anugerah Antarabangsa, Kukuh Pasaran Nutrisi Haiwan Premium

    July 6, 2026

    Labrich Lantik Che Puan Sarimah Ibrahim Duta Jenama, Lancar TriBio Women Wellness & TriBio Kids

    July 6, 2026

    Sambutan Hari Peneroka & 70 Tahun FELDA Imbas Kejayaan 7 Dekad, Sasar 250,000 Pengunjung

    July 6, 2026

    LARRIE Lancar Peraduan Travel with LARRIE 2026

    July 5, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.