Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    ALCI Lancar Visi Ekonomi Kreatif Baharu, Perkasa Ekosistem Perfileman & Teknologi Digital Negara

    July 21, 2026

    Wajah Baharu iORA Mid Valley Megamall, Nafas Segar & Lebih Estetik

    July 19, 2026

    Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

    July 18, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • ALCI Lancar Visi Ekonomi Kreatif Baharu, Perkasa Ekosistem Perfileman & Teknologi Digital Negara
    • Wajah Baharu iORA Mid Valley Megamall, Nafas Segar & Lebih Estetik
    • Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2
    • Pop Wasabi Awards 2026 Edisi Sulung Bakal Serlah Generasi Baharu Cef Sushi
    • Nikmati Wagyu, Angus Yakiniku di Sushi King Bawah RM40
    • ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama
    • AKEMI Lancar Sleep Sync AI Mattress: Tilam Pintar AI Pertama Malaysia Revolusikan Kualiti Tidur
    • CA Prime Gold Lancar Program ‘Gold Preneur’, Sasar Latih 10,000 Usahawan Emas Berkemahiran TVET
    Tuesday, July 21
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      AKEMI Lancar Sleep Sync AI Mattress: Tilam Pintar AI Pertama Malaysia Revolusikan Kualiti Tidur

      July 10, 2026

       Baru tahu susah jadi ‘buta’

      July 9, 2026

      BOKITTA Kembali Ke Alamanda Putrajaya: Lebih Besar, Mewah & Berkonsep ‘Premium Lifestyle’

      June 30, 2026

      TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-16, Lancar AlHijrah Media Nexus Di Cyberjaya

      June 24, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Destinasi Sukan Urban Baharu Di Tengah Ibu Kota: Perdana KLCC Kini Tampil Dengan Gelanggang Pickleball & Padel ‘In the Sky’

      June 10, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Sasar Musim Cuti 2026: Taiwan Gandakan Promosi Premium, Sedia ‘Tawan’ Hati Pelancong Malaysia
    Featured

    Sasar Musim Cuti 2026: Taiwan Gandakan Promosi Premium, Sedia ‘Tawan’ Hati Pelancong Malaysia

    Team KLHypeBy Team KLHypeMay 21, 2026No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KUALA LUMPUR, 21 Mei 2026 – Pentadbiran Pelancongan Taiwan melancarkan strategi pemasaran bersegmen yang agresif dalam usaha meletakkan pulau tersebut sebagai destinasi pilihan utama rakyat Malaysia, terutamanya bagi musim cuti perayaan dan separuh tahun kedua 2026.

    Langkah ini dijayakan menerusi siri jelajah strategik yang menggabungkan Pameran Pelancongan Taiwan dan Sesi Taklimat Produk Pelancongan B2B di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Misi promosi yang berlangsung dari 13 hingga 20 Mei itu digerakkan oleh delegasi peringkat tinggi yang terdiri daripada 64 wakil merangkumi 29 organisasi penting, termasuk pihak berkuasa tempatan, syarikat penerbangan, agensi pelancongan, pengurusan hotel, dan pengusaha taman tema.

    Strategi bersegmen tembus pasaran Muslim

    Tumpuan utama kempen kali ini terarah kepada pasaran Muslim serta segmen premium bagi komuniti Cina Malaysia. Mengambil kira populasi Muslim yang merangkumi hampir 70 peratus penduduk Malaysia, Taiwan kini menggandakan usaha bagi memperluaskan pengaruhnya di segmen ini.

    Kelebihan Taiwan sebagai destinasi mesra Muslim terbukti apabila berjaya menduduki tangga keempat dalam kalangan destinasi bukan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menerusi Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) Mastercard-CrescentRating 2025. Pencapaian antarabangsa ini menjadi manifestasi kukuh terhadap kualiti hospitaliti dan fasiliti yang disediakan untuk pelancong Muslim.

    Bagi mengukuhkan pasaran komuniti Cina Malaysia yang terkenal dengan trend kunjungan berulang, strategi beralih kepada penawaran produk premium yang lebih mendalam.

    Pendekatan ini menekankan perbezaan produk serta jadual perjalanan terpilih (curated itineraries) berkualiti tinggi yang menawarkan pengalaman bertema yang unik.

    Taklimat pelancongan himpun 100 penggiat industri tempatan

    Sebagai sebahagian daripada pengisian kempen, Sesi Taklimat Pelancongan B2B Taiwan yang diadakan di The Westin Kuala Lumpur berjaya menghimpunkan lebih 100 penggiat industri tempatan.

    Sesi padanan perniagaan yang dinamik ini telah memudah cara sebanyak 5,000 sesi pertemuan, sekali gus memperkukuh rantaian bekalan pelancongan antara kedua-dua belah pihak serta meletakkan asas yang kuat bagi ejen tempatan menyusun kumpulan pelancong ke Taiwan dalam masa terdekat.

    Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Pentadbiran Pelancongan Taiwan, Joseph Cheng menjelaskan bahawa pasaran Malaysia akan terus didekati menerusi kerjasama strategik bersama pempengaruh digital (KOL) bagi mempromosikan kepelbagaian tema pelancongan, bermula daripada kulinari bertaraf dunia sehinggalah kepada keindahan semula jadi landskap gunung-ganang dan pesisiran pantai.

    Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Pentadbiran Pelancongan Taiwan, Joseph Cheng.

    Selain itu, Taiwan juga akan memanfaatkan pengaruh filem komedi romantik dan rancangan varieti keluarga bagi memantapkan imejnya sebagai destinasi yang selamat dan mesra pelancong.

    Sebelum itu, kempen promosi pengguna telah bermula di Pulau Pinang dari 15 hingga 17 Mei menerusi pameran berskala besar di Queensbay Mall.

    Identiti baru Taiwan – Waves of Wonder

    Membawa identiti jenama baharu “Taiwan—Waves of Wonder,” ruang pameran diceriakan dengan maskot gergasi “OhBear” dan instalasi gambar Belon Udara Panas Taitung yang berjaya menarik perhatian lebih 10,000 pengunjung dan memacu jumlah tempahan pakej secara terus di lokasi.

    Suasana pameran turut disemarakkan dengan persembahan kebudayaan oleh kumpulan muzik pelbagai genre “Liu-Sheng-Ji” serta aksi akrobatik dan tarian jalanan daripada kumpulan “Flying Space”.

    Kehadiran pempengaruh popular tanah air, LizQin dan Cayeeloh (炸魚), yang berkongsi pengalaman peribadi mereka menerokai keunikan Taiwan yang sentiasa “meriah siang dan malam” turut memberi inspirasi dan impak besar kepada para pengunjung.

    Di bawah Dasar Pandang ke Selatan Baharu (New Southbound Policy), Malaysia kekal menjadi pasaran sumber yang amat kritikal buat Taiwan.

    Didorong oleh pertumbuhan KDNK Malaysia yang mencecah 5.2 peratus pada tahun 2025, keakraban budaya, kelebihan tanpa visa, jarak penerbangan yang pendek, serta pilihan penerbangan terus yang pelbagai, Pentadbiran Pelancongan Taiwan optimis trend peningkatan permintaan percutian ke luar negara dalam kalangan rakyat Malaysia akan terus memihak kepada mereka.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIHH Healthcare Malaysia Bawa Program LungShield ke World Health Assembly ke-79 di Geneva
    Next Article Eskayvie Lancar Modul B.R.A.I.N, Sasar Beri Manfaat Sejuta Murid
    Team KLHype

    Related Posts

    ALCI Lancar Visi Ekonomi Kreatif Baharu, Perkasa Ekosistem Perfileman & Teknologi Digital Negara

    July 21, 2026

    Wajah Baharu iORA Mid Valley Megamall, Nafas Segar & Lebih Estetik

    July 19, 2026

    Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

    July 18, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    ALCI Lancar Visi Ekonomi Kreatif Baharu, Perkasa Ekosistem Perfileman & Teknologi Digital Negara

    By Team KLHypeJuly 21, 2026

    SHAH ALAM, 21 Julai 2026 – Asia Leaders in Cinematics Incubation (ALCI) melancarkan strategi baharu…

    Wajah Baharu iORA Mid Valley Megamall, Nafas Segar & Lebih Estetik

    Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

    Pop Wasabi Awards 2026 Edisi Sulung Bakal Serlah Generasi Baharu Cef Sushi

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    ALCI Lancar Visi Ekonomi Kreatif Baharu, Perkasa Ekosistem Perfileman & Teknologi Digital Negara

    July 21, 20262K

    Wajah Baharu iORA Mid Valley Megamall, Nafas Segar & Lebih Estetik

    July 19, 20263K

    Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

    July 18, 20263K

    Pop Wasabi Awards 2026 Edisi Sulung Bakal Serlah Generasi Baharu Cef Sushi

    July 16, 20263K

    Nikmati Wagyu, Angus Yakiniku di Sushi King Bawah RM40

    July 14, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    ALCI Lancar Visi Ekonomi Kreatif Baharu, Perkasa Ekosistem Perfileman & Teknologi Digital Negara

    July 21, 2026

    Wajah Baharu iORA Mid Valley Megamall, Nafas Segar & Lebih Estetik

    July 19, 2026

    Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

    July 18, 2026

    Pop Wasabi Awards 2026 Edisi Sulung Bakal Serlah Generasi Baharu Cef Sushi

    July 16, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.