SHAH ALAM, 21 Mei 2026 – Eskayvie terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai antara syarikat kesihatan tempatan paling progresif dan disegani di negara ini apabila melancarkan Modul B.R.A.I.N iatu sebuah kerangka Brain & Emotional Wellbeing Framework sempena sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-17.
Pengarah Urusan Eskayvie, Dr Kartika Wati Mohamed berkata, modul itu dibangunkan melalui kolaborasi bersama Technical Working Group (TWG) yang terdiri daripada pakar-pakar AAA Vision Academy, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Nutrition Society Malaysia (NSM).

Menurut beliau, kerjasama itu bagi membantu menyokong fokus, kestabilan emosi dan kesejahteraan murid dalam mendepani cabaran gaya hidup moden masa kini yang melibatkan kerangka pendidikan berkaitan pemakanan, kesejahteraan emosi dan gaya hidup sihat secara lebih holistik, khusus untuk generasi masa hadapan.
“Melalui pelaksanaan secara berperingkat, modul ini dirancang untuk diperluaskan ke sekolah-sekolah di seluruh negara dengan sasaran memberi manfaat kepada lebih sejuta murid kerana pembangunan generasi masa hadapan memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh dan kolaboratif.
“Eskayvie percaya pembangunan negara bermula daripada pembangunan insan di mana dalam dunia hari ini, anak-anak bukan sahaja berdepan tekanan akademik, tetapi juga cabaran emosi, digital dan gaya hidup yang semakin kompleks.
Kolaborasi UKM, UMK dan NSM
“Sebab itu kami mahu membawa satu pendekatan yang lebih besar bukan sekadar melalui produk, tetapi melalui pendidikan, penyelidikan dan pembangunan ekosistem kesejahteraan yang lebih holistik untuk masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan sempena sempena sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-17 bertemakan “17 Years of Excellence, Transforming Lives Together”, semalam.

Sambutan yang berlangsung penuh gemilang di Akademi Eskayvie di sini itu turut dihadiri duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi yang menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) Eskayvie bersama UKM, UMK dan NSM.
Sempena majlis itu juga, turut dilancarkan beberapa inisiatif strategik berskala besar seperti penubuhan Eskayvie Research & Innovation Centre iaitu sebuah pusat pembangunan strategik yang akan menjadi hab rujukan dalam bidang kajian klinikal, penyelidikan saintifik, pendidikan kesihatan awam, inovasi formulasi serta penerokaan teknologi kesihatan baharu.

Eskayvie turut melancarkan kemasan baharu Eskayvie Diffenz dan Eskayvie Diffenz Junior, formulasi yang menyokong kesihatan sistem imun seisi keluarga, sejajar dengan evolusi jenama tersebut sebagai syarikat kesihatan bertaraf antarabangsa.
Sokongan nutrisi menyeluruh
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Eskayvie merangkap Ketua Penyelidik & Inovasi, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri berkata, pelancaran Modul B.R.A.I.N turut menjadi sebahagian daripada hala tuju strategik syarikat dalam memperkukuhkan agenda penyelidikan, inovasi dan pembangunan formulasi berasaskan sains.
“Anak-anak hari ini mengalami brain fatigue, hilang fokus dan gangguan emosi akibat screen time berlebihan, kurang tidur, tekanan gaya hidup dan nutrisi yang tidak seimbang.
“Apa yang mereka makan mempengaruhi bagaimana mereka berfikir, belajar dan mengawal emosi. Sebab itu kami percaya penyelesaian kepada cabaran ini memerlukan gabungan pendidikan, intervensi kesejahteraan dan sokongan nutrisi yang lebih menyeluruh,” katanya.


