Bilakah kali terakhir anda benar-benar berbual dengan rakan sekerja atau ahli keluarga tanpa menjeling ke arah skrin telefon pintar? Di dalam dunia yang bergerak pantas hari ini, kita sering terperangkap dengan kesibukan digital sehingga melupakan detik-detik bersemuka yang bermakna.
Menyedari hakikat ini, HWC COFFEE tampil dengan sebuah inisiatif komuniti yang cukup dekat di hati dinamakan ConnectKL. Kempen selama sebulan ini bertujuan mengajak warga kota untuk berhenti seketika, ‘disconnect’ daripada dunia digital, dan kembali mengeratkan hubungan sesama manusia, semuanya bermula dengan secawan kopi.

Kempen penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, bertempat di ABOVE Event Space, Avenue K.
Ambil masa 10 minit, cipta detik bermakna
Berlangsung dari 2 hingga 31 Julai 2026, ConnectKL menggalakkan masyarakat di sekitar Lembah Klang untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 minit daripada rutin harian mereka. \

Sama ada bersama pasangan, rakan sepejabat, jiran tetangga, atau sekadar mengambil masa bersendirian untuk menyegarkan minda, kempen ini membawa mesej bahawa kebahagiaan itu bermula daripada detik-detik kecil.
“Di HWC COFFEE, kami percaya secawan kopi bukan sekadar minuman, tetapi juga medium yang menyatukan manusia. Melalui ConnectKL, kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mengambil 10 minit yang bermakna untuk mengetepikan telefon bimbit, berhubung semula dengan insan tersayang dan menghargai detik-detik kecil ini,” kata Ketua Pegawai Esekutif HWC COFFEE, Zenda Ng.
Minum kopi, dapat bakeri & brownie percuma!

Bagi menyemarakkan lagi kempen ini, HWC COFFEE tidak berkira untuk ‘belanja’ komuniti Lembah Klang. Mereka komited menyalurkan lebih RM350,000 nilai HWC Bakery dan Brownie Crisp secara percuma sepanjang bulan Julai.
Bagaimana cara untuk mendapatkannya?
- Bila: Setiap Isnin hingga Jumaat (sebelum jam 3:00 petang).
- Syarat: Beli mana-mana handcrafted beverage di cawangan HWC COFFEE terpilih.
- Hadiah: Anda akan menerima satu HWC Bakery ATAU satu pek Brownie Crisp secara percuma (sementara stok masih ada).
Zenda menambah bahawa inisiatif ini mencerminkan semangat Rahmah yang membawa nilai kebaikan dan keprihatinan. Hadiah percuma ini diharap dapat menjadi pemula bicara (conversation starter) untuk orang ramai mengajak sesiapa sahaja minum bersama.
Sokongan padu demi kesejahteraan warga kota
Usaha HWC COFFEE ini turut mendapat pujian daripada YB Hannah Yeoh. Beliau menyambut baik inisiatif yang memupuk hubungan komuniti yang lebih erat melalui interaksi santai yang sederhana.
“Membina Kuala Lumpur yang lebih baik bukan sekadar tentang infrastruktur. Ia adalah tentang mewujudkan lebih banyak peluang untuk orang ramai berhubung, mengukuhkan komuniti kita, dan meningkatkan kualiti hidup bagi semua yang menganggap bandar ini sebagai tempat tinggal mereka,” ujar Hannah Yeoh.
Jom kongsi detik anda!
Mahu menjadi sebahagian daripada gerakan positif ini? Sepanjang bulan Julai, kongsi foto atau video detik kebersamaan anda di media sosial menggunakan tanda pagar #ConnectKL dan tag @HWCCoffeeMY untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang lain.
- Nota penting buat pencinta kopi: Promosi bakeri percuma ini sah di cawangan HWC COFFEE terpilih di sekitar Lembah Klang, TIDAK TERMASUK BAPE CAFE @ KLCC, HCK Outlet dan Quack Quack @ Millerz Square.
Waktu operasi cawangan bermula seawal 7:30 pagi (cawangan standalone/pejabat), 8:30 pagi atau 10:00 pagi (pusat membeli-belah). Untuk maklumat lanjut dan waktu operasi terkini, layari laman web rasmi mereka di www.hwccoffee.my atau muat turun Aplikasi HWC COFFEE sekarang!


