Pernahkah anda terfikir bagaimana selebriti dan ikon wanita moden seperti Che Puan Sarimah Ibrahim mampu mengekalkan tenaga yang luar biasa, emosi yang stabil, dan kulit yang sentiasa glowing di sebalik jadual hariannya yang padat?
Satu majlis eksklusif bernuansa merah jambu, merah, dan krim yang berlangsung di Hemisphere Luxury Hall, KL Tower baru-baru ini akhirnya merungkai rahsia tersebut.
Bertemakan “Nurturing Generations, Empowering Vitality”, jenama kesihatan holistik tempatan, Labrich, secara rasminya mengumumkan Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Duta Jenama mereka yang baharu!

Majlis yang dihadiri oleh lebih 60 rakan media dan pempengaruh digital ini bukan sekadar majlis pelancaran biasa. Ia adalah satu kenyataan tegas bahawa kesihatan yang sebenar bermula dari dalam usus, sejajar dengan moto mereka, “Nurturing Life for Every Generation”.
Di sebalik tabir Labrich: ilham seorang doktor


Menariknya, Labrich bukan sekadar jenama kosmetik atau suplemen biasa. Ia diasaskan oleh seorang doktor perubatan yang melihat sendiri bagaimana masalah kronik seperti diabetes dan penyakit jantung sebenarnya berpunca daripada satu isu asas: masalah metabolik dan kerintangan insulin (insulin resistance).
“Kesihatan bermula dari usus. Apabila usus kita sihat dan seimbang, ia akan mengurangkan kerandangan badan dan menjadi asas kepada kecantikan serta kesejahteraan menyeluruh,” jelas pengasas Labrich.
Bermula dengan produk ikonik Labrich TriBio (sinbiotik yang menggabungkan prebiotik, probiotik, dan postbiotik) serta penangan Labrich TriBio SkinAX® untuk kulit berseri, Labrich kini melangkah lebih jauh dengan memperkenalkan dua lagi produk ‘magis’ terbaharu mereka khusus buat si ibu dan si manja.
1. Labrich TriBio Women Wellness: ‘Super-Fuel’ untuk wanita moden

Sering rasa cepat penat? Emosi turun naik (mood swing)? Atau runsing dengan masalah saluran kencing yang berulang? Girl, you are not alone!
Inspirasi produk ini tercetus secara tidak sengaja sewaktu sesi penggambaran bersama Che Puan Sarimah pada bulan Ramadan lalu. Menyedari realiti wanita hari ini yang terpaksa multitask antara kerjaya dan keluarga, Labrich mencipta Labrich TriBio Women Wellness dengan tagline “Empowering Women from within”.
- Bentuk & Rasa: Serbuk premium berperisa cranberry yang menyegarkan.
- Kandungan Hebat: 10 bilion CFU probiotik (5 strain utama) dalam setiap sachet.
- Manfaat Utama:
- Meningkatkan tenaga dan metabolisme (terima kasih kepada L-Carnitine dan Taurine!).
- Menjaga emosi dan keseimbangan mood lewat kandungan Myo-Inositol dan Magnesium Glycinate.
- Melindungi sistem intim wanita daripada jangkitan kencing menerusi gabungan D-Mannose.
2. Labrich TriBio Kids: perut selesa, anak ceria
Dicipta atas permintaan luar biasa daripada para ibu bapa yang sebelum ini berkongsi bahawa anak-anak mereka gemar ‘mencuri’ suplemen TriBio dewasa di rumah, Labrich kini tampil dengan Labrich TriBio Kids (“Happy Tummies, Happy Kids”).
Khas untuk fasa tumbesaran kanak-kanak, suplemen ini dirumus agar sangat lembut pada sistem pencernaan si kecil.
- Bentuk & Rasa: Tablet kunyah berbentuk comel dengan rasa strawberry yang pasti digemari.
- Kandungan Hebat: 5 bilion CFU probiotik dan diperkaya dengan 30mg DHA.
- Manfaat Utama:
- Minda Cerdas: Menyokong perkembangan otak dengan Choline, DHA, dan Lutein.
- Imuniti Kuat: Perlindungan ekstra daripada Vitamin C dan Zinc.
- Selera Makan: Membantu anak-anak yang memilih makan (picky eater) menerusi kandungan Lysine.
Che Puan Sarimah Ibrahim: persona wanita Labrich sebenar

Pemilihan Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai wajah rasmi Labrich dianggap sebagai satu gandingan yang cukup sempurna.
Beliau melambangkan sosok wanita serba boleh yang aktif, berkeyakinan tinggi, namun tidak pernah sesekali berkompromi dalam soal kesihatan diri dan keluarga.
Bagi Labrich, kesihatan bukanlah sekadar tentang ubat atau bebas daripada penyakit. Ia adalah tentang bagaimana kita, sama ada seorang wanita bekerjaya, seorang ibu, mahupun anak-anak kecil, mampu hidup dengan potensi terbaik kita setiap hari.
Sedia untuk transformasi kecergasan anda dari dalam? Rangkaian baharu Labrich kini sedia untuk menjadi peneman setia gaya hidup sihat anda sekeluarga.


