Berita gembira buat para peminat kulinari dan penggemar makanan premium di Malaysia! Kini anda tidak perlu lagi terbang jauh ke Seoul untuk menikmati keunikan dan kelembutan daging lembu tempatan Korea yang paling berharga.
MiGyeongSan Hanwoo, iaitu variasi daging lembu native gred premium dari Korea, kini secara rasminya boleh didapati di Mercato TRX, Kuala Lumpur. Pelancaran ini dibawakan khas oleh BeefK by Olivia Lee dengan kerjasama Culina dan Mercato Malaysia, serta mendapat sokongan padu daripada organisasi kerajaan Korea seperti K-Food, Ministry of Agriculture, Food and Rural Affairs (MAFRA), dan aT Centre (Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation).
Apa yang paling menarik? Daging mewah ini telah mendapat pengiktirafan Halal sekali gus membuka ruang buat seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum untuk merasai kelazatan hidangan warisan Korea ini dengan rasa yakin dan selamat!
Apakah MiGyeongSan Hanwoo?

Bagi penggemar daging, nama Hanwoo bukan lagi sesuatu yang asing. Baka lembu asli Korea ini sangat terkenal dengan corak marbling yang halus, tekstur daging yang tersangat lembut, serta rasa kaya (full-bodied flavor) yang tiada tandingan.
Masyarakat Korea tradisinya menyajikan Hanwoo untuk majlis-majlis khas dan hidangan mewah. Pengenalan MiGyeongSan Hanwoo di Mercato TRX membawa pengalaman kulinari eksklusif ini terus ke kaunter pasar raya premium, menjadikannya lebih mudah diakses untuk masakan harian di rumah.
8 potongan premium khas untuk aneka gaya masakan


Sama ada anda ingin mengadakan sesi Korean Barbecue (K-BBQ) bersama keluarga, memasak stik premium, atau menyediakan hidangan harian, Mercato TRX menawarkan 8 pilihan potongan (cuts) pilihan:
- Beef Loin & Short Plate: Pilihan klasik yang sangat sesuai untuk panggangan (grilling) atau stik.
- Bulgogi & Galbi: Potongan popular gaya Korea yang mesra resipi tumisan dan perapan.
- Chadolbaegi & Brisket: Potongan nipis berlemak yang cepat masak, sesuai untuk gaya K-BBQ atau sup.
- Shabu Shabu: Potongan nipis premium untuk hidangan stimbot (hotpot) mewah.
Promosi pengenalan: diskaun 10% hingga November 2026!


Sempena pelancarannya di pasaran Malaysia, anda boleh menikmati tawaran harga istimewa:
- Tarikh Promosi: 4 September – 29 November 2026
- Tawaran Istimewa: Diskaun 10% untuk barangan pilihan MiGyeongSan Hanwoo
- Julat Harga: RM40.59 hingga RM87.00 bagi setiap 100g (RM405.90 – RM869.99/kg)
Sesi demonstrasi pemotongan & rintis oleh ‘Meat Masters’ Korea

Pengalaman beli-belah di Mercato TRX menjadi lebih luar biasa dengan kehadiran dua pakar pemotong daging (meat masters) terkenal dari Korea, Lim Chiho dan Kim Soonkwon, baru-baru ini.
Menariknya, para pengunjung turut berpeluang menyaksikan sendiri seni pemotongan (butchery) presisi dan pengendalian daging Hanwoo secara live, serta menyertai sesi rintis rasa (in-store tasting):
“Membawa MiGyeongsan Hanwoo ke Malaysia memberikan penggemar makanan tempatan akses terus kepada hidangan eksklusif Korea dalam persekitaran yang istimewa dan mudah diakses. Kerjasama kami dengan Culina mencerminkan komitmen Mercato: bukan sekadar menawarkan produk luar biasa, tetapi juga peluang untuk pelanggan meneroka cita rasa, cerita, dan tradisi kulinari baharu,”
— Cheah Yong Hock, Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd.
Lokasi & info lanjut
Jadikan sesi membeli-belah anda satu pengalaman gastro-pelancongan yang memuaskan. Dapatkan potongan MiGyeongSan Hanwoo kegemaran anda di:
📍 Mercato TRX
Lot G-01, The Exchange TRX, Persiaran TRX, 55188 Kuala Lumpur.
Bakal dikembangkan ke Mercato 1 Mont Kiara & rangkaian Cold Storage

Selepas kemunculan julung kalinya di Mercato TRX, MiGyeongSan Hanwoo dijadualkan bakal melebarkan sayapnya ke Mercato 1 Mont Kiara menjelang penghujung September 2026.
Sebagai sebahagian daripada rangkaian pasar raya terkemuka di bawah GCH Retail Malaysia, Cold Storage dan Mercato sentiasa menjadi destinasi pilihan utama rakyat Malaysia untuk mendapatkan barangan gourmet tempatan dan antarabangsa berkualiti tinggi.
Kehadiran daging Hanwoo bersijil Halal ini di 1 Mont Kiara membolehkan penduduk sekitar dan komuniti ekspatriat menikmati keunikan hidangan premium Korea ini terus dari dapur rumah masing-masing tanpa perlu berkunjung ke restoran mewah.

“Cold Storage sentiasa komited untuk membawakan barangan berkualiti serta kepelbagaian produk dari seluruh dunia lebih dekat kepada pengguna di Malaysia.
Kehadiran MiGyeongSan Hanwoo merupakan penambahan yang mengujakan dalam perjalanan ini, sekali gus memberi peluang kepada pelanggan kami untuk membawa pulang dan merasai sendiri keunikan kulinari Korea yang selalunya hanya dapat dinikmati ketika melancong.
Cheah Yong Hock


