Jenama makanan dan minuman terkemuka tanah air, Yeo’s, sekali lagi memecah tradisi penceritaan kulinari tempatan dengan melancarkan inovasi produk terbaharunya, Yeo’s Teriyaki Tuna.
Pelancaran sulung variasi berinspirasikan cita rasa Jepun ini dibawakan khas menerusi acara penuh warna-warni, “Yeo’s Itadakimasu – Tuna with a Twist” yang bakal menggegarkan ruang Bukit Bintang tidak lama lagi.

Kombinasi cita rasa antarabangsa
Terkenal dengan pelbagai inovasi terdahulu seperti kari ayam dalam tin dan pelbagai variasi minuman Asian, Yeo’s kini mengorak langkah melangkaui selera tempatan.

Yeo’s Teriyaki Tuna menggabungkan isi ikan tuna yang lembut bersama kuah sos teriyaki yang manis dan savoury. Ia hadir melengkapi variasi sedia ada seperti Yeo’s Chilli Tuna, sekali gus memberi pilihan lebih segar dan versatil untuk sajian harian anda.
Sambutan gaya Jepun di The Starhill Bukit Bintang (2–4 Oktober)
Bagi meraikan pelancaran ini, orang ramai dijemput hadir ke The Starhill Ground Floor Piazza, Bukit Bintang bermula 2 hingga 4 Oktober ini.
Ruang acara tersebut akan ditransformasikan menjadi taman tema berkonsepkan kebudayaan Jepun dengan pelbagai aktiviti menarik:
- 🍣 Sesi Rasa Perisa Baharu: Nikmati keenakan Yeo’s Teriyaki Tuna secara percuma.
- 📸 Aktiviti Pasport & Photobooth: Kumpul cap (stamps) di setiap stesen interaktif dan abadikan gambar kenangan berlatarkan suasana Jepun.
- 🎁 Permainan Gashapon & Hadiah Menarik: Peluang memenangi baucar onsen, baucar Gochiso, produk Yeo’s, kredit Touch ‘n Go, serta tiket penerbangan ke Jepun!
- 🎭 Pertandingan Cosplay & Persembahan Gendang Taiko: Saksikan kehangatan gimik persembahan gendang tradisional Jepun pada pelancaran rasmi 3 Oktober, berserta perhimpunan watak anime pilihan menerusi peraduan Cosplay.
Kejutan ‘Shibuya Crossing’ di tengah kota
Bukan itu sahaja, suasana sekitar Bukit Bintang bakal digemparkan dengan aktiviti gerila khas yang terinspirasi daripada lintasan ikonik Shibuya Crossing di Tokyo.
Skuad Yeo’s yang mengenakan pakaian tradisional kimono dan wafuku bakal membuat kemunculan mengejut bagi berinteraksi dan berfoto bersama orang ramai!
Peraduan “Yeo’s To Japan” — menangi tiket terbang ke Jepun!

Keriangan tidak berhenti di situ. Bermula 1 Oktober hingga 30 November, Yeo’s menganjurkan peraduan “Yeo’s To Japan Contest – Win Tickets to Japan” buat semua pembeli bertuah!
Cara penyertaan ringkas:
- Beli sebarang produk Yeo’s Tuna yang mengambil bahagian (Teriyaki Tuna atau Chilli Tuna).
- Ambil gambar atau video kreatif menayangkan cara anda menikmati Yeo’s Tuna.
- Muat naik ke Facebook, Instagram, atau TikTok anda, dan pastikan tag akaun rasmi sosial media @yeosfoodmy.
Seramai 12 orang pemenang bertuah bakal dipilih untuk memenangi tiket penerbangan ke Jepun!
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keunikan rasa Jepun ini! Temui Yeo’s di The Starhill Ground Floor Piazza dari 2 hingga 4 Oktober.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Yeo’s Malaysia atau ikuti akaun media sosial rasmi di Instagram (@yeosfoodmy), TikTok (@yeosfoodmy), dan Facebook Yeo’s Food Malaysia.


