Pesta kecantikan terkemuka negara, KL International Beauty Week (KLIBW) bakal menggegarkan Mid Valley Exhibition & Convention Centre (MVEC) bermula 9 hingga 11 Oktober 2026.
Edisi kali ini menyaksikan penyertaan lebih 120 jenama tempatan dan antarabangsa yang merangkumi pelbagai segmen merangkumi penjagaan kulit, solekan, wangian, kesejahteraan diri, hingga ke dandanan lelaki.
Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2022, KLIBW berkembang pesat sebagai platform integrasi kecantikan terbesar di Malaysia. Pada edisi 2025 sahaja, acara ini berjaya menarik lebih 28,000 pengunjung dan mencatatkan capaian luar biasa melebihi 264 juta di platform media sosial.

Evolusi BeautyCon: himpun komuniti, pencipta kandungan dan e-dagang
Pengarah Kreatif KLIBW, Lira Jamaluddin berkata, KLIBW 2026 kini berkembang menjadi sebuah BeautyCon komprehensif yang menggabungkan elemen kecantikan, kandungan digital, komuniti, dan perdagangan (e-commerce).
“Apabila kami memulakan KLIBW pada 2022, matlamat utama adalah untuk membina platform yang membolehkan jenama tempatan berkembang seiring jenama antarabangsa. Tahun ini, kami menyediakan ruang khusus buat pencipta kandungan kecantikan, rakan afiliasi, dan hos siaran langsung.
Antara pengisian menarik termasuk sesi soal jawab bersama hos terkemuka, perkongsian strategi jualan dalam talian, sesi demonstrasi solekan, serta perbincangan eksklusif bersama pengasas-pengasas jenama kecantikan tempatan.
Rancakkan kempen jualan 10.10 dan kolaborasi jenama tempatan
Istimewa buat julung kalinya, KLIBW 2026 melancarkan Program Pembeli Peribadi (Personal Shopper) dan Afiliasi, di samping integrasi jualan langsung (live streaming) bersempena kempen beli-belah 10.10.
Langkah ini bertujuan merancakkan aktiviti perdagangan produk kecantikan sama ada di lokasi acara mahupun secara dalam talian.
Antara sorotan utama edisi kali ini ialah kolaborasi eksklusif bersama jenama penjagaan kulit tempatan, By Eggs, yang menghasilkan produk topeng tanah liat (clay mask) edisi terhad berjenama KLIBW.
Mengangkat falsafah “Playful Luxury, Serious Results”, produk istimewa ini menggabungkan formulasi berprestasi tinggi dengan haruman khas yang membangkitkan mood.
Selain itu, KLIBW 2026 turut disokong oleh barisan rakan kerjasama rasmi seperti Dre Coffee (Minuman), Pos Malaysia (Kurier), Traveloka (Perjalanan), dan Atome (Pembayaran).
Pelbagai hadiah menarik, ‘Beauty Passport’ dan beg cenderamata percuma

Pengunjung yang hadir sepanjang tiga hari acara berlangsung bakal menikmati pelbagai aktiviti menarik serta tawaran eksklusif, antaranya:
- Pertandingan Solekan 2026: Ditaja oleh SILKYGIRL bagi mengetengahkan seni solekan dan bakat kreatif tempatan.
- Cabutan Bertuah KLIBW: Peluang memenangi iPad A16 (256GB) bernilai RM1,999 tajaan Atome serta baucar hadiah bernilai RM10,000 sumbangan Traveloka.
- Anugerah ‘The Highlighter MY Best of Beauty Awards’: Pengiktirafan buat produk dan jenama kecantikan terbaik.
- Beauty Passport: Kumpul cop dan sampel percuma di reruai terpilih sepanjang acara.
- Beg Cenderamata Percuma: Terhad kepada 3,000 beg sehari untuk penebusan secara ‘siapa cepat, dia dapat’.
Kemasukan percuma, pas akses awal ‘Beauty Express’
Kemasukan umum ke KLIBW 2026 adalah PERCUMA dan pendaftaran awal boleh dibuat menerusi platform Ticket2U.
Bagi mereka yang mahu menikmati pengalaman beli-belah lebih selesa dan awal, pas khas Beauty Express ditawarkan pada harga RM38. Pemegang pas ini boleh memasuki ruang pameran seawal jam 10.00 pagi pada hari Jumaat (9 Oktober) – dua jam sebelum kemasukan umum dibuka serta menerima beg kecantikan pilihan khas bernilai RM100.
Ringkasan Butiran Acara

- Acara: KL International Beauty Week (KLIBW) 2026
- Tarikh: 9 hingga 11 Oktober 2026
- Lokasi: Dewan 1 & 2, Mid Valley Exhibition & Convention Centre (MVEC), Kuala Lumpur
- Waktu Operasi:
- Jumaat, 9 Okt: 10.00 am – 10.00 pm (Beauty Express) | 12.00 pm – 10.00 pm (Kemasukan Umum)
- Sabtu & Ahad, 10-11 Okt: 10.00 am – 10.00 pm
- Bayaran Tiket: Percuma (Umum) | RM38 (Beauty Express)
- Pendaftaran: Pautan Ticket2U KLIBW 2026


