Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    June 15, 2026

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 2026

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik
    • Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari
    • DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan
    • ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress
    • Raih Jualan 8 Angka, ONTHEGO Optimis Tembusi Pasaran Antarabangsa 
    • Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan
    • Jiwa & Raga Lerai Rindu Dua Dekad Peminat Yusry
    • Farm Fresh Sumbang Lebih 50 Ribu Kotak Susu Percuma Kepada Murid Prasekolah Sempena Hari Susu Sedunia 2026
    Monday, June 15
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan

      June 11, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Carlo Rino Pilih Tracie Sinidol Jadi Duta, Sasar Pikat Generasi Muda

      May 26, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » MyCar tingkat kerjasama dengan KTMB, sumbang 1000 buah tangan balik kampung penumpang KTM
    News

    MyCar tingkat kerjasama dengan KTMB, sumbang 1000 buah tangan balik kampung penumpang KTM

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaApril 8, 2024No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    mycar
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KUALA LUMPUR – Syarikat perkhidmatan e-hailing, MyCar memerlukan sekurang-kurangnya 500,000 pemandu bagi menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan meliputi kesemua negeri di Malaysia.

    Ketua Pegawai Eksekutif MyCar, Datuk Noor Sheena Maideen berkata, sehingga kini terdapat lebih 60,000 pemandu berdaftar di bawah syarikat itu namun jumlah tersebut masih belum mencukupi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di seluruh negara.

    Katanya, pelbagai promosi dan pelan pemasaran akan digerakkan bagi meningkatkan kesedaran  masyarakat di negara ini mengenai perkhidmatan ditawarkan oleh MyCar sebagai penyedia perkhidmatan e-hailing milik anak tempatan. 

    “Sebagai contoh, kerjasama antara MyCar dan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang terjalin sejak 2018 lagi antara cara untuk memberi kemudahan kepada penumpang yang menggunakan kedua-dua perkhidmatan ini.

    “Selain itu, kita juga tawarkan kod promo untuk penumpang yang ingin ke mana-mana stesen KTM dan kolaborasi bersama KTMB ini sekaligus dapat melonjakkan jenama MyCar sebagai syarikat e-hailing Bumiputera setanding perkhidmatan e-hailing yang lain dalam negara.”

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Agihan Kit Ramadan MyCar bersama KTMB kepada penumpang Express Lambaian Aidilfitri (ELA) ke Tumpat, Kelantan di KL Sentral, malam tadi yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin.

    Menerusi program tersebut, MyCar mengagihkan hampir 1000 kit Ramadan untuk penumpang trip khas ELA sebagai antara program tanggungjawab sosial korporat MyCar.

    Noor Sheena menambah, sepanjang Ramadan ini pihaknya telah mengagihkan lebih 10,000 kit Ramadan di masjid, rumah tahfiz, rumah anak yatim sekitar ibu kota termasuk 6,000 kit Subuh Seperti Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan.

    Selain itu, Program CSR MyCar turut mengagihkan kit Ramadan di beberapa lokasi antaranya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) di Sepang baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Mohd Rani berkata, penjualan tiket tahun ini meningkat sehingga 95% bagi pengguna KTM khusus untuk balik kampung sempena cuti hari raya Aidilfitri.

    Justeru katanya, peningkatan tersebut menjadi batu loncatan untuk MyCar meningkatkan jumlah pemandu e-hailing syarikat tersebut di lebih banyak stesen KTM di seluruh negara.

    Jelasnya, kerjasama antara kedua-dua pihak akan dapat memberi keuntungan dan peluang yang besar melalui liputan rangkaian KTMB yang luas iaitu dari Wilayah Utara, Tengah, Selatan dan Pantai Timur Malaysia.

    “Dengan peningkatan jumlah perkhidmatan MyCar di stesen KTM khususnya di Lembah Klang serta stesen yang lebih sibuk seperti di Johor Bahru, Seremban, Butterworth, Arau dan Padang Besar, ia memberi kemudahan kepada penumpang kami yang memerlukan perkhidmatan e-hailing.

    “Contohnya, pada musim perayaan Aidilfitri sahaja terdapat hampir 150,000 penumpang yang menggunakan perkhidmatan tren kami untuk balik kampung, separuh daripada jumlah tersebut mungkin memerlukan perkhidmatan e-hailing,” katanya.

    Beliau berkata, kerjasama ini juga membolehkan perkhidmatan MyCar melengkapkan pengalaman perjalanan penumpang sehingga tiba ke destinasi.

    Beliau turut memberi gambaran untuk meneruskan kerjasama dengan MyCar termasuk menawarkan kod promo untuk penumpang KTM yang menggunakan MyCar.

    “Kalau kita boleh tingkatkan promosi dan inisiatif, Insyaallah MyCar boleh menawarkan perkhidmatan dengan lebih meluas di lebih banyak stesen pada masa akan datang,” katanya.

    Aplikasi MyCar dibangunkan oleh muslim dan seratus peratus diusahakan oleh anak tempatan dengan menggunakan 100% kemahiran graduan kejuruteraan perisian tempatan dengan sasaran untuk menjadi salah satu pemain gig ekonomi yang utama di Malaysia.

    Orang ramai boleh memuat turun aplikasi MyCar Passenger melalui Play Store dab App Store dan nikmati diskaun RM2 sehari sekali untuk perjalanan anda.

    𝗠𝘆𝗖𝗮𝗿 𝗣𝗮𝘀𝘀𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿 (𝗣𝗹𝗮𝘆 𝗦𝘁𝗼𝗿𝗲):

    https://play.google.com/store/apps/details…

    𝗠𝘆𝗖𝗮𝗿 𝗣𝗮𝘀𝘀𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿 (𝗔𝗽𝗽 𝗦𝘁𝗼𝗿𝗲):

    https://apps.apple.com/my/app/mycar-passenger/id6459830311

    CSR E-hailing gig economy ktmb MyCar
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKedai Emas Perling infak 1,000 kampit beras untuk golongan memerlukan
    Next Article The Raw infak 50 tan beras untuk 10,000 keluarga asnaf 
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    June 15, 2026

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 2026

    Farm Fresh Sumbang Lebih 50 Ribu Kotak Susu Percuma Kepada Murid Prasekolah Sempena Hari Susu Sedunia 2026

    June 9, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    By Team KLHypeJune 15, 2026

    KUALA LUMPUR, 15 Jun 2026 – Projek Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru, Kampung Bharu, melangkah…

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    June 15, 20265K

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 20263K

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 20262K

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    June 12, 20263K

    Raih Jualan 8 Angka, ONTHEGO Optimis Tembusi Pasaran Antarabangsa 

    June 11, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    June 15, 2026

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 2026

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 2026

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    June 12, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.