Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula
    • Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal
    • DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR
    • Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah
    • Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai
    • Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu
    • Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’
    • Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran
    Wednesday, April 15
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

      April 14, 2026

      Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

      April 13, 2026

      Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

      April 10, 2026

      Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

      April 5, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Filem pendek ‘Kita Kan Sama’ inspirasi kisah sebenar Pengasas Choco Albab sempena Merdeka
    BIZ

    Filem pendek ‘Kita Kan Sama’ inspirasi kisah sebenar Pengasas Choco Albab sempena Merdeka

    Kisah Said Saiful Fazli Said Aluwi pernah tular di Tiktok miliknya hingga menerima 4 juta tontonan!
    Team KLHypeBy Team KLHypeAugust 27, 2024Updated:August 27, 2024No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Bersempena dengan Hari Kebangsaan 2024 yang akan disambut tidak lama lagi, pengusaha produk coklat dan bijirin jenama tempatan Saudagaar Asia Sdn Bhd telah melancarkan satu filem pendek yang diberi nama Kita Kan Sama: Inspirasi Dari Kisah Sebenar.

    Karya yang menyentuh hati dan mencerminkan semangat perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia itu adalah adaptasi berdasarkan kisah benar, yang mengisahkan tentang perjalanan Pengasas Choco Albab, Said Saiful Fazli Said Aluwi yang menemui jati diri dan nilai persahabatan tanpa batas perbezaan kaum dan budaya.

    Filem ini menyoroti pengalaman peribadi beliau yang dibesarkan dalam suasana kampung yang harmoni.  

    Said Saiful berkata, sebelum ini dia pernah memuat naik kisahnya itu di media sosial dan ia telah mendapat reaksi yang cukup hebat apabila menerima lebih 4 juta tontonan.

    “Jadi, saya mahu angkat karya yang dekat di hati saya ini sempena Merdeka bagi membawa mesej perpaduan dalam masyarakat yang sering kita lupakan apabila meningkat dewasa.

    Said Saiful Fazli

    “Saya juga ingin tekankan walau apa jua bangsa, darah kita tetap merah, kita hidup di atas tanah yang sama. Walau berbeza bahasa kita boleh hidup harmoni sebagaimana yang kebanyakan daripada kita pernah lalui pada zaman kanak-kanak,” katanya.

    Menurut Said, pelancaran filem pendek itu juga bukanlah sekadar mempromosi produk semata-mata sebaliknya salah satu usaha syarikat untuk menyemai semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa.

    Nilai persahabatan tanpa mengira warna kulit

    Sama seperti majoriti kanak-kanak lain di kampungnya, Joe (nama layar) membesar dengan gaya hidup sebagai anak Melayu dan mengamalkan cara hidup sebagai masyarakat Melayu.   

    Namun, ketika Joe mengetahui asal-usulnya yang sebenar, beliau berhadapan dengan cabaran untuk menerima identiti barunya.  

    Realiti bahawa  beliau berketurunan India telah memberi satu kejutan pada diri. Perkara tersebut turut mempengaruhi hubungannya dengan rakan-rakan dari pelbagai kaum.

    Bagaimanapun “Kita Kan Sama” membawa mesej yang kuat tentang pentingnya perpaduan dan kesamaan, serta bagaimana perbezaan budaya dan kaum sepatutnya menjadi kekuatan, bukannya halangan.

    Read More: Choco Albab perkenal produk baru Unicorn Strawberry Chocolate bersaiz mini

    Pengarah filem ini, Shafieq Hashim, menekankan bahawa filem ini adalah usaha untuk memperlihatkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia yang penuh warna-warni. 

    Bina semangat perpaduan

    Melalui ‘Kita Kan Sama’, filem pendek ini diharap dapat menyampaikan bahawa persahabatan dan kasih sayang adalah unsur yang paling penting dalam membina semangat perpaduan dalam membentuk negara yang bersatu padu.   

    Filem pendek ini juga bertujuan untuk mengajak semua rakyat Malaysia merenung kembali nilai-nilai yang telah menyatukan kita semua selama ini.

    Shafieq Hashim

    Tayangan perdana yang berlangsung di Choco Albab HQ disambut meriah dengan kehadiran Pengarah Saudagaar Asia, Datuk Zafrul Rizal Mat, barisan jemputan pengedar syarikat dan pihak media. 

    Said ketika berucap berharap agar filem tersebut akan menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat, dengan harapan boleh memberi impak positif terhadap hubungan antara kaum di Malaysia.

    Katanya, Choco Albab selaku penerbit utama, percaya bahawa filem ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu usaha untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia.  

    “Pihak syarikat berharap ‘Kita Kan Sama’ akan menyentuh hati setiap penonton dan mengingatkan kita semua tentang pentingnya menghargai perbezaan dan membina hubungan yang kukuh antara satu sama lain,” katanya.

    Perkenal Choco Albab perisa durian sempena Merdeka

    Produk bijirin campuran Choco Albab sebelum ini menggunakan kombinasi coklat dan kacang Almond yang sangat premium dengan empat jenis perisa iaitu Choco Rice, Choco Ball Mini Choco Crunch, Belgian Dark Chocolate, Unicorn serta Cotton Candy.

    Pengasas Choco Albab, Said Saiful Fazli Said Aluwi (kiri) dan Pengarah Saudagaar Asia, Datuk Zafrul Rizal Mat

    Choco Albab yang ditubuhkan ketika negara dilanda pandemik Covid-19 pada 2020 sebelum ini telah mendapat permintaan sehingga 100,000 tub sebulan.

    Terbaru, Choco Albab bakal memperkenalkan edisi terhad perisa durian yang hanya boleh didapati sempena bulan kemerdekaan.

    Governor Doe

    Said berkata lagi, perkataan albab dalam jenama berkenaan turut memberi maksud yang sangat simbolik.

    “Ia diambil daripada bahasa Arab yang membawa maksud pintu. Pintu itu juga memberi makna lebih tepat kepada ‘Pintu Rezeki’ dan ‘Pintu Kebahagiaan’.

    “Dengan jenama ini, kami alu-alukan ramai lagi menyertai pasukan kami untuk menjana pendapatan.

    Kita bermula dengan 200 ejen dan sehingga kini sudah memilikit 65,000  ejen dan dropship,” katanya.


    choco albab culture Featured Featured Slider leisure lifestyle merdeka
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleOffspring perkenal lampin inovatif FeatherAIR untuk kulit bayi sensitif, lantik Zahirah MacWilson duta terbaru
    Next Article Jenama kasut popular Singapura, Sunnystep kini di Malaysia – kasut selesa, bergaya dengan reka bentuk aerodinamik dan ringan
    Team KLHype

    Related Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    By Team KLHypeApril 14, 2026

    PETALING JAYA, 14 April 2026 – Program kesetiaan MYguardian Rewards, yang dilancarkan sejak 2025, kini…

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 20265K

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 20263K

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 20262K

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 20265K

    Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

    April 10, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.