Penggunaan projektor mudah alih semakin meluas untuk kerja, pembelajaran dan hiburan, sekali gus mendorong permintaan terhadap peranti yang lebih kecil, pintar dan efisien.
Kemajuan teknologi optik dan paparan mudah alih telah membuka ruang kepada inovasi baharu, dan Aurzen muncul sebagai salah satu syarikat yang paling agresif mendorong had tersebut.
Selepas beberapa tahun membangunkan penyelesaian hiburan mudah alih, Aurzen kini memperkenalkan Aurzen ZIP, projektor tri-fold pertama dunia yang dilancarkan baru-baru ini untuk pasaran Malaysia.

Peranti yang menerima CES Innovation Award 2025 ini dijangka menjadi penanda aras baharu bagi kategori projektor poket, menawarkan pengalaman hiburan berskrin besar yang boleh dibawa ke mana sahaja.
Projektor Aurzen ZIP tampil dengan reka bentuk tri-fold Z-fold yang membolehkannya dilipat ke saiz sekecil dompet. Walaupun lebih kecil daripada kebanyakan telefon pintar, ZIP mampu menghasilkan paparan setaraf panggung wayang sehingga 100 inci, menjadikannya antara projektor paling kompak tetapi berprestasi tinggi dalam pasaran global ketika ini.
Ciri utama Aurzen ZIP untuk pasaran Malaysia

Reka Bentuk Tri-Lipat Berpoket
Reka bentuk Z-fold inovatif ini mengecilkan dimensi peranti kepada 84 x 78 x 26 mm dengan berat hanya 280g. Lipatan tersebut juga berfungsi sebagai kaki terbina dalam, membolehkan pengguna melaras sudut unjuran dengan mudah.
Kejelasan Segera dengan ToF Autofocus
Dikuasakan teknologi Time-of-Flight (ToF) Zero-Lag Auto Focus gred aeroangkasa, projektor ini melaraskan fokus dan pembetulan keystone sebanyak 30 kali sesaat, memastikan imej kekal jelas serta-merta walaupun kedudukan peranti berubah.

One-Click Mirroring Tanpa Wi-Fi
Ciri AirLink membolehkan pencerminan kandungan secara segera untuk peranti iOS, Android, macOS dan Windows — tanpa memerlukan sambungan Wi-Fi tempatan atau aplikasi tambahan.
Optimum untuk Kandungan Mudahalih
Dengan giroskop terbina dalam, ZIP menyokong Mod Skrin Menegak Penuh, memaparkan video pendek seperti TikTok dan Instagram Reels dalam format asal tanpa sempadan, memenuhi gaya tontonan moden pengguna.
Bateri Tahan Lama
Dilengkapi bateri 5000mAh, ZIP memberikan sehingga 1.5 jam waktu tontonan serta menyokong pengecasan pantas 24W PD (USB-C).
Ketersediaan & Harga

Projektor Aurzen ZIP akan mula dijual di Malaysia pada 5 Disember 2025 pada harga RM1,899. Ia boleh didapati melalui pengedar sah Aurzen serta kedai rasmi dalam talian Aurzen di Shopee dan Lazada melalui pengedar MBase Marketing, sebahagian daripada kumpulan CenturyX Malaysia.


