Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    FLEXMA Food Tech Terima Sijil Halal Malaysia, Jalin Kerjasama WRIZERFOOD F&B

    November 26, 2026

    300 Pelajar Di Wangsa Maju Terima Bantuan Persekolahan Yayasan Kosma

    November 25, 2026

    Kursus Lima Hari Buka Peluang Jana Pendapatan, GIATMARA Perkasa Golongan Rentan Melalui Seni Pembuatan Beg

    November 25, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • FLEXMA Food Tech Terima Sijil Halal Malaysia, Jalin Kerjasama WRIZERFOOD F&B
    • 300 Pelajar Di Wangsa Maju Terima Bantuan Persekolahan Yayasan Kosma
    • Kursus Lima Hari Buka Peluang Jana Pendapatan, GIATMARA Perkasa Golongan Rentan Melalui Seni Pembuatan Beg
    • Carlo Rino Perkenal Koleksi Infinite C, Tampil Beg Halo Crossbody Tiga Pilihan Warna & Logo Baharu
    • C by camel active Perluas Rangkaian di Selatan, Buka Concept Store Baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka
    • LARRIE Rai Pemenang Utama Peraduan Travel with LARRIE 2026, Tawar Percutian Eksplorasi Malaysia Bernilai Sehingga RM15,000
    • Bath & Body Works Lancar Kempen Holiday 2026, Bawa Pop-Up Eksklusif di IOI City Mall Putrajaya & Kolaborasi Bersama Cookiecrumbs
    • Bartech Beautee Ungguli Anugerah Nona dan Superbrands, Sasar Pasaran Asia Dengan Inovasi Penjagaan Kulit Berteraskan AI
    Thursday, November 26
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      C by camel active Perluas Rangkaian di Selatan, Buka Concept Store Baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka

      November 24, 2026

      Siti Khadijah & Malaysia Airports Perkasa Kemudahan Ibadah di KLIA Terminal 1

      November 18, 2026

      Persiapan Raya 2027 Bermula! Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya Kembali 66 Jam Tanpa Henti

      November 13, 2026

      KHIND Raikan 65 Kisah Inspirasi Rakyat Malaysia Menerusi Kempen ‘Sebut Namamu’

      November 11, 2026

      Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

      November 3, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

      October 29, 2026

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      C by camel active Perluas Rangkaian di Selatan, Buka Concept Store Baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka

      November 24, 2026

      Persiapan Raya 2027 Bermula! Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya Kembali 66 Jam Tanpa Henti

      November 13, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Batuk Berpanjangan Atau Sesuatu Yang Lebih Serius? Fakta Kesihatan Paru-Paru Wanita Wajib Tahu
    Featured

    Batuk Berpanjangan Atau Sesuatu Yang Lebih Serius? Fakta Kesihatan Paru-Paru Wanita Wajib Tahu

    Penulis merupakan Pakar Perunding Perubatan Dalaman & Respiratori, Pantai Hospital Sungai Petani, Dr. Sangeta Vadivelu
    kolumnisBy kolumnisJuly 1, 2026No Comments6 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Batuk sering dianggap sebagai masalah kesihatan yang ringan dan akan pulih dengan sendirinya. Namun, batuk yang berlarutan, terutamanya melebihi dua hingga tiga minggu, boleh menjadi petanda kepada jangkitan paru-paru atau penyakit pernafasan yang lebih serius seperti radang paru-paru (pneumonia), tuberkulosis (TB) atau penyakit paru-paru kronik.

    Wanita juga mungkin mengalami gejala yang berbeza berbanding lelaki, termasuk batuk yang berpanjangan, sesak nafas dan keletihan yang lebih ketara. Faktor seperti pencemaran udara, asap rokok, sistem imun yang lemah, kehamilan dan penyakit kronik turut meningkatkan risiko jangkitan paru-paru.

    Dalam sesi ini, Dr. Sangeta Vadivelu berkongsi mengenai punca, tanda amaran, kepentingan mendapatkan rawatan awal serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi kesihatan paru-paru wanita.

    1. Apakah punca-punca utama wanita mendapat jangkitan paru-paru?

    Antara punca utama wanita mengalami jangkitan paru-paru ialah:

    • Jangkitan virus seperti influenza, COVID-19 dan Respiratory Syncytial Virus (RSV).
    • Jangkitan bakteria seperti pneumonia yang disebabkan oleh Streptococcus pneumoniae atau Mycoplasma pneumoniae.
    • Sistem imun yang lemah akibat tekanan, penyakit kronik atau pengambilan ubat tertentu.
    • Penyakit paru-paru sedia ada seperti asma, Penyakit Paru-Paru Obstruktif Kronik (COPD) atau bronkiektasis.
    • Pendedahan kepada asap rokok, asap rokok pasif, pencemaran udara dan bahan pencemar di tempat kerja.
    • Jangkitan kulat (kurang lazim), terutama di persekitaran yang lembap atau berkulat.

    Wanita yang mempunyai penyakit kronik, kerap mengalami jangkitan saluran pernafasan atau merokok mempunyai risiko yang lebih tinggi.

    2. Adakah batuk yang berlarutan melebihi dua hingga tiga minggu merupakan sesuatu yang membimbangkan?

    Ya. Batuk yang berlarutan lebih daripada dua hingga tiga minggu tidak boleh dipandang ringan kerana ia mungkin menandakan penyakit berjangkit seperti tuberkulosis (TB), pertusis (batuk kokol) atau jangkitan saluran pernafasan lain yang boleh merebak kepada orang lain.

    Selain itu, batuk berpanjangan juga boleh menjadi petanda penyakit paru-paru yang memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor.

    3. Apakah gejala yang tidak boleh diabaikan jika seseorang mengalami batuk berpanjangan?

    Sekiranya batuk berlarutan, jangan abaikan jika ia disertai dengan gejala berikut:

    • Batuk berdarah.
    • Sesak nafas atau nafas berbunyi (wheezing).
    • Penurunan berat badan tanpa sebab.
    • Sakit dada yang berterusan.
    • Demam atau berpeluh pada waktu malam.
    • Bengkak pada muka atau leher.
    • Suara serak yang berlarutan lebih daripada beberapa minggu.

    Gejala-gejala ini mungkin menandakan jangkitan serius, penyakit paru-paru atau kanser dan memerlukan pemeriksaan segera.

    4. Adakah simptom jangkitan paru-paru berbeza antara wanita dan lelaki?

    Ya. Kajian menunjukkan wanita cenderung mengalami batuk yang lebih lama serta melaporkan gejala seperti sesak nafas dan keletihan dengan lebih kerap berbanding lelaki.

    Sebaliknya, lelaki lebih cenderung mengalami batuk yang lebih teruk serta pengeluaran kahak yang banyak. Perbezaan ini penting kerana ia boleh mempengaruhi diagnosis dan rawatan penyakit pernafasan.

    5. Bilakah wanita yang mengalami batuk berpanjangan perlu berjumpa doktor?

    Wanita yang mengalami batuk melebihi tiga minggu disarankan mendapatkan pemeriksaan daripada pakar perubatan respiratori.

    Rawatan segera juga diperlukan sekiranya batuk disertai dengan sesak nafas, sakit dada, batuk berdarah atau penurunan berat badan tanpa sebab.

    6. Apakah pemeriksaan yang biasanya dilakukan untuk mengenal pasti punca batuk berpanjangan?

    Pakar respiratori biasanya akan memulakan penilaian melalui sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal dan X-ray dada.

    Bergantung kepada keadaan pesakit, pemeriksaan lanjut mungkin merangkumi:

    • Ujian fungsi paru-paru (Spirometri) bagi mengesan asma atau COPD.
    • Imbasan CT dada atau sinus.
    • Ujian alahan.
    • Analisis kahak bagi mengesan jangkitan atau keradangan.
    • Bronkoskopi untuk memeriksa saluran pernafasan dan mengambil sampel jika perlu.
    • Penilaian bagi refluks gastroesofagus (GERD) atau lelehan hingus ke belakang tekak (postnasal drip) jika disyaki menjadi punca.

    7. Apakah yang boleh berlaku jika simptom jangkitan paru-paru diabaikan?

    Jangkitan boleh menjadi semakin teruk, merebak ke bahagian paru-paru yang lain, menyebabkan kegagalan pernafasan, sepsis atau membawa maut jika tidak dirawat.

    Pemeriksaan dan rawatan awal amat penting bagi mengelakkan komplikasi serius.

    8. Bolehkah pencemaran udara, asap rokok atau asap dapur menyebabkan jangkitan paru-paru?

    Ya. Pencemaran udara, asap rokok dan asap daripada aktiviti memasak boleh merengsakan paru-paru, merosakkan sistem pertahanan saluran pernafasan serta meningkatkan risiko jangkitan.

    Pendedahan berpanjangan juga boleh menyebabkan bronkitis, pneumonia atau memburukkan penyakit seperti asma dan COPD.

    9. Adakah wanita yang mempunyai sistem imun lemah, anemia atau sedang hamil lebih berisiko?

    Ya. Wanita yang mempunyai sistem imun lemah, mengalami anemia atau sedang hamil lebih mudah mendapat jangkitan dan mengalami komplikasi kerana keupayaan tubuh melawan penyakit menjadi lebih rendah.

    10. Bilakah penyakit seperti tuberkulosis (TB) atau pneumonia perlu disyaki?

    TB perlu disyaki apabila seseorang mengalami batuk lebih daripada dua minggu, disertai demam, berpeluh pada waktu malam, penurunan berat badan atau batuk berdarah.

    Pneumonia pula biasanya menyebabkan demam secara tiba-tiba, menggigil, batuk (dengan atau tanpa kahak), sesak nafas, sakit dada ketika bernafas serta keletihan, terutama selepas jangkitan saluran pernafasan.

    11. Bagaimanakah doktor membezakan batuk biasa dengan jangkitan paru-paru?

    Doktor akan menilai simptom, melakukan pemeriksaan fizikal dan menjalankan ujian yang berkaitan.

    Tanda-tanda jangkitan paru-paru termasuk demam, sesak nafas, sakit dada, batuk yang semakin teruk serta kahak berwarna kuning, hijau atau berdarah. Doktor juga mungkin mendengar bunyi paru-paru yang tidak normal seperti crackles atau wheezing, dan menjalankan X-ray dada atau ujian darah untuk mengesahkan diagnosis.

    12. Apakah tanda-tanda amaran yang memerlukan rawatan kecemasan?

    Segera ke hospital sekiranya mengalami:

    • Sesak nafas yang teruk atau sukar bernafas, walaupun ketika berehat.
    • Bibir, muka atau hujung jari bertukar kebiruan.
    • Sakit dada yang berterusan atau semakin teruk.
    • Kekeliruan, mengantuk melampau atau pening secara tiba-tiba.
    • Demam tinggi dengan menggigil dan pernafasan yang laju.
    • Bunyi nafas yang kuat atau semakin teruk.
    • Batuk berdarah atau mengeluarkan kahak yang banyak dan pekat.
    • Simptom yang semakin teruk walaupun telah menerima rawatan.

    Keadaan ini boleh menandakan kecemasan perubatan seperti pneumonia yang serius, serangan asma yang teruk, pemburukan COPD atau embolisme pulmonari.

    13. Bolehkah kelewatan mendapatkan rawatan menyebabkan kerosakan paru-paru kekal?

    Ya. Kelewatan mendapatkan rawatan bagi penyakit seperti pneumonia, TB, COVID-19 atau COPD boleh menyebabkan parut pada paru-paru (fibrosis) serta kerosakan kekal yang menjejaskan fungsi paru-paru.

    14. Mengapa rawatan awal bagi jangkitan paru-paru sangat penting?

    Rawatan awal membantu mencegah jangkitan daripada menjadi lebih teruk, mengurangkan risiko komplikasi seperti pneumonia atau sepsis serta mempercepatkan proses pemulihan.

    Sebaliknya, kelewatan mendapatkan rawatan boleh menyebabkan kerosakan paru-paru yang lebih serius dan tempoh pemulihan yang lebih lama.

    15. Bagaimanakah pemeriksaan susulan membantu proses pemulihan? Mengapa sesetengah wanita lewat mendapatkan rawatan?

    Pemeriksaan susulan membolehkan doktor memantau perkembangan pesakit, menyesuaikan rawatan jika perlu, mengesan komplikasi lebih awal serta memberikan sokongan berterusan bagi memastikan pemulihan yang optimum.

    Sesetengah wanita pula lewat mendapatkan rawatan kerana menganggap batuk, keletihan atau sesak nafas hanyalah kesan penuaan, tekanan atau penyakit ringan.

    Tanggungjawab menjaga keluarga, kebimbangan terhadap diagnosis penyakit serius, kekangan kos dan masa, serta kurang kesedaran mengenai risiko penyakit paru-paru dalam kalangan wanita turut menjadi antara faktor yang menyebabkan mereka menangguhkan pemeriksaan perubatan.

    Sekiranya batuk berpanjangan lebih daripada dua hingga tiga minggu, atau disertai simptom seperti sesak nafas, sakit dada atau batuk berdarah, dapatkan pemeriksaan dengan segera. Diagnosis awal dan rawatan yang tepat mampu mencegah komplikasi serta memberikan hasil rawatan yang lebih baik.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSentuhan Kasih Sambil Menghias Kek: theSun Raikan Hari Ibu Bapa Dengan Adorn with Love: Parents’ Day Cake Decorating Contest
    Next Article Kolaborasi Unik Kapten Batik x Tetris Gamit Memori 90-an
    kolumnis

    Related Posts

    Kursus Lima Hari Buka Peluang Jana Pendapatan, GIATMARA Perkasa Golongan Rentan Melalui Seni Pembuatan Beg

    November 25, 2026

    C by camel active Perluas Rangkaian di Selatan, Buka Concept Store Baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka

    November 24, 2026

    Bath & Body Works Lancar Kempen Holiday 2026, Bawa Pop-Up Eksklusif di IOI City Mall Putrajaya & Kolaborasi Bersama Cookiecrumbs

    November 23, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    FLEXMA Food Tech Terima Sijil Halal Malaysia, Jalin Kerjasama WRIZERFOOD F&B

    By Team KLHypeNovember 26, 2026

    KUALA LUMPUR, 26 November 2026 – Syarikat pengeluar makanan tempatan, FLEXMA Food Tech Sdn. Bhd.…

    300 Pelajar Di Wangsa Maju Terima Bantuan Persekolahan Yayasan Kosma

    Kursus Lima Hari Buka Peluang Jana Pendapatan, GIATMARA Perkasa Golongan Rentan Melalui Seni Pembuatan Beg

    Carlo Rino Perkenal Koleksi Infinite C, Tampil Beg Halo Crossbody Tiga Pilihan Warna & Logo Baharu

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    FLEXMA Food Tech Terima Sijil Halal Malaysia, Jalin Kerjasama WRIZERFOOD F&B

    November 26, 20263K

    300 Pelajar Di Wangsa Maju Terima Bantuan Persekolahan Yayasan Kosma

    November 25, 20263K

    Kursus Lima Hari Buka Peluang Jana Pendapatan, GIATMARA Perkasa Golongan Rentan Melalui Seni Pembuatan Beg

    November 25, 20265K

    Carlo Rino Perkenal Koleksi Infinite C, Tampil Beg Halo Crossbody Tiga Pilihan Warna & Logo Baharu

    November 25, 20262K

    C by camel active Perluas Rangkaian di Selatan, Buka Concept Store Baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka

    November 24, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    FLEXMA Food Tech Terima Sijil Halal Malaysia, Jalin Kerjasama WRIZERFOOD F&B

    November 26, 2026

    300 Pelajar Di Wangsa Maju Terima Bantuan Persekolahan Yayasan Kosma

    November 25, 2026

    Kursus Lima Hari Buka Peluang Jana Pendapatan, GIATMARA Perkasa Golongan Rentan Melalui Seni Pembuatan Beg

    November 25, 2026

    Carlo Rino Perkenal Koleksi Infinite C, Tampil Beg Halo Crossbody Tiga Pilihan Warna & Logo Baharu

    November 25, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.