Peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.] menjadikan sambutan Hari Merdeka lebih istimewa dengan Bazar Merdeka anjurannya, ‘Bersama Satu Suara’.
Bazar selama tiga hari yang merupakan bazar pertama oleh peruncit tempatan tersebut, berlangsung dari Jumaat, 30 Ogos 2024 hingga Ahad, 1 September 2024, di PIAZZA, Pavilion Bukit Jalil, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Bazar itu menampilkan lebih daripada 100 gerai vendor makanan tempatan yang paling popular di Malaysia serta produk daripada jenama Kumpulan MR D.I.Y. sendiri – MR D.I.Y., MR. TOY, EMTOP, dan MR. DOLLAR.
Terdapat juga aksesori buatan tangan, alat tulis, kosmetik, dan kraf yang kebanyakan dihasilkan oleh usahawan dan peniaga tempatan, serta permainan yang menyeronokkan, bengkel kreatif dan persembahan menarik.
Salah satu tarikan utama Bazar ini ialah Galeri Perpaduan, sebuah pameran seni yang memaparkan hasil karya beberapa artis muda yang berbakat besar dari Malaysia.
Lebih menarik lagi ialah persembahan istimewa oleh selebriti Alif Satar & The Locos, Jaclyn Victor, dan Priscilla Abby, yang menyanyikan secara langsung buat kali pertama lagu patriotik ‘Bersama Satu Suara’ yang diilhamkan oleh MR D.I.Y pada 31 Ogos.
Mengulas mengenai inisiatif ini, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, syarikat itu berbangga menjadi jenama Malaysia yang asli dan salah satu peruncit terbesar di negara ini; ini adalah salah satu cara pihaknya merayakan identiti Malaysia yang sebenar.
‘Bersama Satu Bazaar’ meraikan kebanggaan dan perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia dalam satu acara yang menyeronokkan dan menghiburkan.
Alex Goh
“Segala aktiviti yang telah disediakan menjanjikan sesuatu yang menarik untuk semua orang dan akan mencipta kenangan yang bermakna bagi setiap pengunjung – menjadikan ia cara yang indah untuk meraikan negara Malaysia dan menghargai keistimewaan kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya.
Sedia platform perniagaan untuk usahawan
Goh berkata MR D.I.Y. mencetuskan idea Bazar ini untuk menyediakan sebuah platform kepada vendor, usahawan, artis, dan penghibur tempatan untuk berkumpul dan mempamerkan bakat serta produk mereka, sambil menyediakan pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilupakan untuk rakyat Malaysia.
“Persembahan secara langsung lagu ‘Bersama Satu Suara’ yang kami hasilkan dan pameran seni Galeri Perpaduan menjadikan acara ini lebih bermakna, kerana ia meraikan perpaduan, kepelbagaian, dan kreativiti semua rakyat Malaysia.
Read More: USANITA imbau kenangan zaman kanak-kanak sempena sambutan Hari Kebangsaan
“DNA unik Malaysia ini amat kami hargai di MR D.I.Y, dan ini adalah cara kami untuk berkongsi penghargaan tersebut dengan semua rakyat Malaysia,” katanya.
Untuk memeriahkan lagi acara ini, MR D.I.Y. turut memberikan beg tote percuma kepada 1,000 pelawat pertama setiap hari apabila mereka melengkapkan cabaran Pasport Bazaar, satu inisiatif inovatif untuk membantu pelawat menikmati segala yang ditawarkan di bazar tersebut.
Selain itu, pelawat juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM12,000.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MR D.I.Y., layari mrdiy.com, mrdiy.com.my dan ikuti jenama ini di Facebook, Instagram, dan TikTok.