Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    You May Be Fit Enough to Run a Marathon. But Is Your Heart?

    November 6, 2026

    10 sekolah rendah dapat manfaat program CSR Ayam Brand

    November 6, 2026

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • You May Be Fit Enough to Run a Marathon. But Is Your Heart?
    • 10 sekolah rendah dapat manfaat program CSR Ayam Brand
    • Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif
    • Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama
    • Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia
    • Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun
    • Lexis Hotel Group Celebrates Deepavali With A Lavish Diwali Fest & Feast
    • Hard Rock Cafe at Wyndham Ion Majestic Hotel Genting Highlands Takes Breast Cancer Awareness To New Heights
    Saturday, November 7
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

      November 3, 2026

      Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

      November 2, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

      October 29, 2026

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026

      Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

      October 9, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Beyond Blueprint: Cetusan Ekspresi Seni Halus 16 Arkitek Negara
    Featured

    Beyond Blueprint: Cetusan Ekspresi Seni Halus 16 Arkitek Negara

    Team KLHypeBy Team KLHypeJuly 25, 2026Updated:July 27, 2026No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Jika selama ini arkitek sinonim dengan lukisan pelan, ketepatan ukuran, peraturan serta kerja teknikal yang memerlukan ketelitian tinggi, apakah yang akan terjadi sekiranya mereka diberi kebebasan berkarya tanpa sebarang kekangan?

    Menyingkap sisi berbeza ini, KL City Art Gallery membawakan pameran eksklusif Art by Architects: Beyond Blueprints yang menampilkan lebih 131 karya seni halus oleh 16 arkitek tersohor negara.

    Pengarah dan Kurator, Maizon Omar, berkata pameran ini bertujuan mengetengahkan sisi kreatif arkitek yang jarang diketengahkan kepada umum, di sebalik profesion mereka yang sinonim dengan aspek teknikal dan saintifik.

    “Beyond Blueprints – seperti namanya, menggambarkan kehidupan seorang arkitek yang lazimnya terikat dengan pelan, aspek teknikal dan saintifik. Namun, menerusi pameran ini, mereka diberi peluang menghasilkan karya yang benar-benar kreatif, bersifat peribadi serta menjadi luahan daripada hati dan minda mereka sendiri,” katanya pada sidang media khas di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Tokoh arkitek negara, Dato Ar. Hajeedar Abdul Majid (kiri) bersama Maizon menunjukkan antara karya yang dipamerkan.

    Beliau berkata, idea pameran itu tercetus daripada persoalan utama mengenai apakah yang mampu dizahirkan sekiranya arkitek diberikan kebebasan berkarya tanpa sebarang batasan, bukan melalui pelan atau cetakan biru, sebaliknya menerusi seni halus.

    “Persoalan utama yang bermain sejak sekian lama ialah, apakah yang akan terjadi sekiranya arkitek diberikan kanvas kosong? Tanpa sebarang kekangan, tanpa kehendak pelanggan, tanpa garis panduan atau peraturan pihak berkuasa, sebaliknya kebebasan sepenuhnya seperti seorang artis.

    Pengarah dan Kurator, Maizon Omar

    “Maka daripada semua itu, lahirlah pameran ini yang menterjemahkan kreativiti, ekspresi dan luahan jujur daripada hati serta minda seorang arkitek,” katanya lagi.

    Turut hadir pada sidang media khas yang berlangsung di galeri berkenaan ialah tokoh arkitek negara yang disegani, Dato Ar. Hajeedar Abdul Majid serta arkitek terkenal, Ar. Malek Hassan.

    Dari Silent Generation ke Milenial: Ekspresi Merentas Zaman

    Pameran sulung itu menghimpunkan karya daripada empat generasi arkitek, bermula daripada Silent Generation sehingga Milenial, sekali gus memperlihatkan perbezaan perspektif, pengalaman dan pendekatan seni merentasi zaman.

    Menurut Hajeedar, setiap karya yang dipamerkan mempunyai nilai dan keistimewaan tersendiri berdasarkan pengalaman, latar generasi serta identiti peribadi penciptanya.

    Jelasnya, matlamat utama pameran itu bukan sekadar mempersembahkan karya seni, tetapi memberi inspirasi kepada generasi masa kini dan akan datang untuk meneruskan pameran berkumpulan serta sesi perbincangan berkaitan seni.

    “Niat kami di sebalik pameran ini adalah untuk memberi inspirasi kepada generasi semasa dan akan datang supaya meneruskan amalan mengadakan pameran berkumpulan atau sesi perbincangan seni,” katanya.

    Inspirasi Di Sebalik Lukisan, Ekspresi Sisi Berbeza Arkitek

    Bagi Ar. Malek Hassan, karya seni merupakan medium untuk arkitek meluahkan pandangan, emosi dan pengalaman yang sering terikat dalam rutin profesional mereka yang berdepan pelbagai tekanan daripada pelanggan, kontraktor serta perunding.

    Arkitek terkenal, Ar. Malek Hassan

    Jelasnya, batasan dalam profesion tersebut mendorong arkitek menggunakan seni sebagai ruang untuk menyuarakan pandangan, ketidakpuasan hati dan ekspresi peribadi.

    “Setiap hari rutin kami adalah sama – tekanan kerja, tekanan daripada pihak klien, kontraktor, perunding dan juga isu dalaman syarikat. Dalam kehidupan harian, kita berdepan dengan pelbagai masalah masyarakat, tetapi sebagai arkitek kita turut dipagari oleh undang-undang dan tidak boleh keluar daripada ruang lingkup itu.

    Ar. Malek Hassan

    “Jadi kami mengutarakan suara ketidakpuasan hati, memberontak dan meluahkan perasaan itu dalam bentuk lukisan. Banyak karya yang dihasilkan turut menyindir isu-isu dalam masyarakat,” katanya.

    Sementara itu, Maizon berkata unsur escapism atau ruang melepaskan diri daripada tekanan rutin memperlihatkan bagaimana seni menjadi medium alternatif kepada arkitek untuk meneroka sisi kreatif yang mungkin tidak dapat dizahirkan dalam kerja profesional mereka.

    Menurutnya, setiap karya yang dipamerkan membawa pendekatan berbeza, daripada karya abstrak, lakaran spontan sehingga hasil yang menyampaikan pandangan atau kritikan terhadap isu tertentu.

    Malek berkata, perbezaan antara karya seni dan hasil kerja seni bina terletak pada kebebasan yang diberikan kepada arkitek untuk meneroka idea tanpa batasan teknikal.

    “Dalam cetakan biru sesebuah projek, kami tertakluk kepada peraturan. Tetapi Beyond Blueprints adalah lebih daripada itu, sesuatu yang tidak wujud dalam blueprint – keluhan dan ekspresi yang ada di sebaliknya,” katanya lagi.

    Sementara itu, Hajeedar berkata karya seni yang dihasilkan arkitek turut menjadi satu bentuk legasi yang membolehkan kreativiti mereka terus dihargai.

    “Sebagai arkitek, orang ramai mungkin tidak mampu memiliki bangunan yang kami hasilkan. Tetapi mereka boleh memiliki sebahagian daripada kreativiti dan hasil kerja kami melalui lukisan. Jika suatu hari nanti arkitek itu sudah tiada, karyanya mampu terus memberi inspirasi kepada generasi baharu,” tambahnya.

    Antara tokoh lain yang turut mengambil bahagian dalam pameran itu ialah Bapa Seni Bina Malaysia, Profesor Emeritus Ar. Hijjas Kasturi, Presiden Lembaga Arkitek Malaysia, Datuk Ar. IDr. Azman Md Hashim serta ramai lagi.

    Pameran seni halus Art by Architects: Beyond Blueprints berlangsung dari 26 Julai hingga 9 Ogos 2026 bertempat di KL City Art Gallery, Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur.

    Galeri dibuka dari pukul 11 pagi hingga 6.30 petang dan kemasukan adalah percuma. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui Facebook KL City Art Gallery, Instagram @klcityartgallery atau emel info@klcityartgallery.my.

    Featured Featured Slider
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleLokal Lah!! Berbelanja Sambil Menyokong Usahawan Tempatan-Semuanya Ada di RisSMart Grocer!
    Next Article PIKM Angkat Martabat Industri Keselamatan, Komited Iktiraf Kerjaya Profesional
    Team KLHype

    Related Posts

    You May Be Fit Enough to Run a Marathon. But Is Your Heart?

    November 6, 2026

    10 sekolah rendah dapat manfaat program CSR Ayam Brand

    November 6, 2026

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    You May Be Fit Enough to Run a Marathon. But Is Your Heart?

    By kolumnisNovember 6, 2026

    A marathon runner can spend months preparing for race day. They follow training schedules, build…

    10 sekolah rendah dapat manfaat program CSR Ayam Brand

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    You May Be Fit Enough to Run a Marathon. But Is Your Heart?

    November 6, 20265K

    10 sekolah rendah dapat manfaat program CSR Ayam Brand

    November 6, 20263K

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 20265K

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 20263K

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    You May Be Fit Enough to Run a Marathon. But Is Your Heart?

    November 6, 2026

    10 sekolah rendah dapat manfaat program CSR Ayam Brand

    November 6, 2026

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.