LEXUS, salah satu jenama popular di bawah Munchy’s yang terkenal dengan biskut sandwic berkrim dan berperisa, kini memperkenalkan snek baharu yang menarik, Biskut Coklat Masin Munchy’s LEXUS Berkrim Kacang Panggang.
Produk terbaharu LEXUS ini menggabungkan keseimbangan rasa manis dan masin, memberikan detik keceriaan yang sempurna dengan kepekatan biskut coklat dan krim kacang panggang dalam setiap gigitan.
LEXUS terkenal dengan biskut sandwic yang mengandungi inti yang lembut dan berkrim, menawarkan gabungan rasa manis dan masin yang seimbang.

Kini, LEXUS dengan bangganya memperkenalkan Biskut Coklat Masin Munchy’s LEXUS Berkrim Kacang Panggang.
Setiap biskut Biskut Coklat Masin Munchy’s LEXUS Berkrim Kacang Panggang ini dihasilkan dengan teliti untuk memastikan kepuasan dalam setiap gigitan.

Sama ada ketika berehat, berkongsi snek dengan tersayang, atau mencari snek yang sempurna untuk mengenyangkan rasa lapar di antara waktu makan, Biskut Coklat Masin Munchy’s LEXUS Berkrim Kacang Panggang adalah pilihan yang ideal untuk setiap saat.
Biskut Coklat Masin Munchy’s LEXUS Berkrim Kacang Panggang (190g) kini boleh didapati di pasar raya berdekatan dan pasar raya besar di seluruh negara pada harga runcit yang disyorkan RM6.20.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Munchy’s (http://www.munchys.com/) atau ikuti Munchy’s di Instagram (https://www.instagram.com/munchys.my/) dan Facebook (https://www.facebook.com/Munchys/).