Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 2026

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif
    • Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama
    • Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia
    • Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun
    • Lexis Hotel Group Celebrates Deepavali With A Lavish Diwali Fest & Feast
    • Marriott International, IOI Properties Meterai Perjanjian Buka 4 Hotel Baharu di Malaysia
    • Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan
    • Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim
    Wednesday, November 4
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

      November 3, 2026

      Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

      November 2, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

      October 29, 2026

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026

      Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

      October 9, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Cari port ‘healing’ di Cameron Highlands tapi tak nak bersesak, jom menginap di Sekata Apartment Ringlet
    KAKI JALAN

    Cari port ‘healing’ di Cameron Highlands tapi tak nak bersesak, jom menginap di Sekata Apartment Ringlet

    Having not yet visited Sector 10, follow these steps for a free upgrade.
    Isz YuslizaBy Isz YuslizaJuly 27, 2024No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Cameron Highlands, Pahang sememangnya terkenal sebagai antara destinasi percutian pada hujung minggu yang menyajikan panorama menakjubkan dengan kehijauan ladang tehnya.

    Hamparan hijau yang terbentang luas disertai suhu nyaman itu juga turut memukau pemandangan sesiapa saja yang melalui lereng tanah tinggi berkenaan bahkan sudah lama sebati dengan pesona Cameron Highlands.

    Disebabkan populariti pusat peranginan ini yang semakin menggamit pelancong dari seluruh pelosok negara khususnya, menjadikan lokasi tumpuan utama seperti di Tanah Rata dan Brinchang semakin sesak terutama ketika hujung minggu dan musim cuti persekolahan.

    Sehinggakan ada yang ingin lari dari kesibukan kota dan menghirup udara segar, tapi apabila ke pusat peranginan ini terpaksa pula berdepan kesesakan jalan raya untuk ke lokasi tumpuan utama. Pasti boleh merosakkan ‘mood’ sekeluarga.

    Usah bimbang kerana pengunjung mempunyai alternatif lain dengan menginap di kawasan Ringlet, iaitu kawasan yang terkenal dengan penanaman pelbagai pokok bunga dan ladang teh.

    Di sini juga terletaknya Sekata Apartment, rumah rehat 32 unit berbentuk apartment dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air lengkap dengan ruang tamu, ruang makan, dapur dan balkoni yang telah mula beroperasi pada 16 Ogos 2017.

    Lokasi jauh dari kesesakan

    Terletak di kawasan perumahan Taman Orkid Deluxe, Ringlet, Cameron Highlands yang dikelilingi oleh kawasan perbukitan menjadikan Sekata Apartment ini tempat yang terbaik untuk berehat jauh dari kesesakan terutamanya hujung minggu di Cameron Highlands. 

    Lokasi kedudukan Sekata Apartment ini hanya sekitar 12km hingga 15km ke Tanah Rata dan Brinchang menjadikan Sekata Apartment sebagai tempat penginapan terbaik bagi pengunjung yang benar-benar mahukan ketenangan dan mahu ‘healing’ dari hiruk pikuk kota.

    Tidak jauh dari  Sekata Apartment anda boleh ke ladang teh berdekatan Ringlet antaranya BOH Heritage Tea Center, Cameron Valley Tea House, Highlands Apiary Farm, Bee Farm & Strawberry Farm. 

    Unit Standard 3 bilik 2 bilik air berharga RM168 semalam.

    Unit Premium hanya RM228 semalam.

    Apartment dimiliki Koperasi Kakitangan Bank Rakyat atau nama singkatannya Sekatarakyat ini mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja daripada anggota Sekatarakyat malah pelancong tempatan dan dari luar negara. 

    Sekata apartment ini dibahagikan kepada 2 jenis unit iaitu Unit Standard dan Unit Premium dimana ianya boleh memuatkan sehingga 5 orang tetamu.

    Alamat: Sekata Apartment @ The Camelia Orchid Deluxe Park, Jalan ODP 2, 39200 Ringlet Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur

    Malah, Sekata Apartment turut menawarkan harga promosi penginapan sepanjang tahun 2024 iaitu:

    • Unit Premium @RM228 per unit per malam (Harga Biasa: RM380) 
    • Unit Standard @RM168 per unit per malam (Harga Biasa: RM280) 

    Kolam renang dilengkapi pemanas air

    Lebih menarik, apartment ini turut menyediakan kemudahan kelengkapan asas di setiap unit rumah seperti dapur elektrik, microwave, cerek air elektrik, peti sejuk, kelengkapan memasak seperti periuk, kuali dan alatan memasak.

    Tetamu Apartment Sekata turut disediakan kolam renang terbuka yang dilengkapi dengan pemanas air yang terletak di Sekata Makmur iaitu satu lagi bangunan milik Sekatarakyat  yang terletak di kawasan berdekatan.y.

    Kolam renang itu kini menjadi tumpuan kerana pengunjung dapat menikmati pemandangan bukit bukau di sekitar Taman Orkid Deluxe yang memberikan suatu ketenangan ketika mandi manda.

    Wall street sign in New York with New York Stock Exchange background

    Bagi mereka yang ingin mengadakan pelbagai aktiviti, Sekata Makmur juga memiliki padang terbuka di tingkat atas untuk tujuan ‘gathering’, majlis perkahwinan, team building dan bilik mesyuarat dan persidangan.

    Selain itu, di bangunan sama terdapat Restoran Kenny Rogers yang juga menyediakan penghantaran secara percuma kepada mereka yang menginap di Sekata Apartment. 

    Pada masa sama, Sekata Farmasi juga terletak di kawasan sekitar bagi tetamu yang menghadapi masalah kesihatan untuk mendapatkan ubatan dan kelengkapan diri lain.

    Tempahan Sekata Apartment boleh dibuat melalui laman web, tempahan atas talian di Booking.com, Agoda, Traveloka dan Airbnb. 

    Pelbagai aktiviti keluarga, rakan di Sekata Makmur

    Sekata Makmur mula dibuka sepenuhnya pada 20 Mac 2022, mempunyai 24 unit (12 unit bahagian bawah dan 12 unit di bahagian atas) yang bertempat di Jalan ODP 12, Taman Orchid Deluxe, Mukim Ringlet, Cameron Highlands. 

    Bangunan ini telah diubahsuai bagi menyediakan penyewaan bilik mesyuarat, bilik persidangan, dewan serbaguna dan kemudahan kolam renang di Ringlet dan kawasan sekitar Cameron Highlands. 

    Kemudahan ini disediakan khusus kepada ahli anggota koperasi dan juga terbuka kepada orang ramai, jabatan kerajaan dan swasta untuk menggunakan fasiliti di Sekata Makmur ini. 

    Sekata Makmur mempunyai 4 bilik mesyuarat dan 4 bilik persidangan yang boleh memuatkan sehingga 100 peserta dalam satu-satu masa bagi memenuhi keperluan sebarang majlis seperti seminar, kursus, mesyuarat dan juga acara persendirian seperti majlis makan malam dan sambutan ulang tahun kelahiran. 

    Bagi majlis yang melibatkan peserta yang lebih besar, Dewan Serba Guna Sekata Makmur yang terletak di bahagian bumbung boleh memuatkan sehingga 1,000 orang dalam satu-satu masa. 

    Ianya telah menjadi lokasi beberapa majlis perkahwinan yang ideal untuk semua kaum Melayu, Cina dan India di sekitar Cameron Highlands, khususnya di Ringlet sendiri. 

    Ditambah lagi dengan kemudahan Bilik Persalinan Pengantin, Bilik Menunggu VIP serta Bilik Penyediaan Katering turut juga disediakan di sini. 

    Kolam renang terbuka yang dilengkapi dengan pemanas air menjadikan kolam renang Sekata Makmur tempat tumpuan dan riadah penduduk sekitar Cameron Highlands. 

    Bayaran masuk hanya RM5 seorang sehari membuatkan kolam renang Sekata Makmur tempat berkumpul khususnya pada hujung minggu dan cuti umum. 


    INFO

    • Dari Kuala Lumpur, pengguna boleh keluar dari Plaza Tol Tapah ke Ringlet melalui jarak perjalanan hanya kira-kira 46 kilometer.
    • Selain Tapah, pengguna lebuhraya PLUS boleh menggunakan laluan dari Simpang Pulai untuk ke Cameron Highlands.
    • Jika dari pantai timur, anda boleh menggunakan jalan dari Gua Musang – Lojing – Cameron Highlands atau Raub, Pahang.
    • Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron adalah destinasi pelancongan tanah tinggi yang terkenal di Semenanjung Malaysia dan anda perlu melalui tiga pekan kecil iaitu Ringlet, Tanah Rata dan Brinchang sebelum tiba di kawasan Kebun Teh Sungei Palas.

    cameron highlands cuti-cuti malaysia Featured Featured Slider pahang travel travelog
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIman Troye lancar lagu baharu sempena pelancaran produk inovasi baharu Kotex Total Protection
    Next Article ST Rosyam Mart Sungai Buloh sambut ulang tahun kedua, tawar promosi besar-besaran hingga 8 Ogos ini
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 2026

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    By Team KLHypeNovember 4, 2026

    Sempena sambutan Pesta Cahaya yang bakal tiba, Shangri-La Kuala Lumpur menjemput orang ramai meraikan kehangatan…

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 20265K

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 20263K

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 20263K

    Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun

    November 2, 20265K

    Lexis Hotel Group Celebrates Deepavali With A Lavish Diwali Fest & Feast

    November 1, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 2026

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 2026

    Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun

    November 2, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.