KUALA LUMPUR, 26 November 2025 – Glocal Travel & Tours Sdn Bhd, Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berpengalaman lebih 13 tahun dalam industri umrah dan haji, melancarkan pakej Haji 1447H/2026M dengan harga bermula serendah RM49,900.
Memasuki tahun kedua sebagai PJH, syarikat itu memberi penekanan khusus terhadap aspek kesihatan, mental, motivasi dan rohani jemaah bagi membantu mereka menunaikan ibadah dalam keadaan terbaik demi mencapai Haji Mabrur.
Bagi musim haji tahun depan, syarikat menyasarkan peningkatan jumlah jemaah haji kepada 150 hingga 200 orang, berbanding 78 jemaah pada musim lalu.

Pengarah Glocal Travel & Tours, Dato’ Haji Mohd Idzham Mohd Isa, berkata persiapan musim kali ini diperkukuh melalui pembentukan pasukan sokongan motivasi serta kesihatan yang lebih komprehensif bagi memastikan jemaah kekal fokus dan berdaya tahan sepanjang ibadah.
“Musim Haji menguji ketahanan fizikal dan mental. Sebab itu kami mengintegrasikan elemen kerohanian dan kesihatan dalam setiap pakej.
Hasrat kami adalah membantu jemaah melaksanakan ibadah dalam keadaan hati, jasad, rohani dan fikiran yang paling bersih demi meraih Haji Mabrur,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pakej berkenaan, semalam.
Tiga pakej Haji diperkenal
Untuk musim 2026, tiga pakej Haji eksklusif diperkenalkan:
- Pakej Elaf Eksklusif – bermula RM49,900
- Pakej Rotana Eco – bermula RM58,900
- Pakej Rotana Premium – bermula RM88,900
Menurut Dato’ Mohd Idzham, Pakej Elaf Eksklusif dan Rotana Premium mencatat permintaan tertinggi setakat ini, mencerminkan kecenderungan jemaah terhadap pakej mampu milik serta pilihan premium yang menawarkan keselesaan maksimum dan pengurangan cabaran logistik.
Bagi memperkukuh pengurusan operasi, Glocal Travel turut menyediakan empat petugas bagi setiap 10 hingga 20 jemaah, bagi memastikan perhatian rapi dapat diberikan kepada setiap peserta.

Pada majlis sama, syarikat itu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan barisan pakar dalam bidang kesihatan dan kerohanian, termasuk Prof Madya Dr Mohd Hisham Mohd Isa (Doktor Pengiring), Ustaz Hj Muhidin Mokter (Pakar Kaunseling Haji), Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki (Personaliti Dakwah Inspirasi), serta YM Prof Ustaz Tengku Aziz Raja Ibrahim (Penasihat Syariah).

Dato’ Mohd Idzham turut mengundang bakal jemaah yang menerima tawaran Haji Panggilan Pertama (P1) untuk mendapatkan penerangan lanjut di Karnival Haji, Umrah & Pelancongan Ke-4 di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA pada 28 hingga 30 November 2025, di booth B007 dan B008.
“Pengalaman luas kami menguruskan jemaah umrah dari tahun ke tahun, disertai maklum balas positif yang kembali bersama kami untuk Haji, membuktikan kepercayaan terhadap kekuatan logistik dan pengurusan kami.
“Kami yakin dengan kemampuan petugas serta sumber yang dibina sendiri di Mekah dan Madinah sepanjang 13 tahun ini,” katanya.
Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web rasmi syarikat di www.glocal.com.my.


