KUALA LUMPUR: Laksa merupakan ikon tradisi masakan Malaysia.
Berasal dari komuniti Peranakan yang diilhamkan oleh warisan budaya Cina, Malaysia dan Indonesia di Asia Tenggara, laksa menjadi hidangan popular tidak mengira bangsa, budaya dan peringkat umur.
Bagi meraikan cinta rakyat Malaysia terhadap laksa, jenama MAGGI memperkenalkan MAGGI Mi Goreng Laksa Warisan baharu dengan rasa autentik dan aroma yang memikat selera.
Selaras dengan janji jenama MAGGI untuk membantu rakyat Malaysia ‘Menyajikan Kelainan’, MAGGI terus memberikan pilihan makanan berkualiti tinggi untuk pengguna yang mencari hidangan yang mudah disediakan dan sedap.
MAGGI Mi Goreng Laksa Warisan diperbuat dengan 100 peratus gandum Australia yang merupakan sumber protein dan karbohidrat yang baik.
Daripada bahan-bahan berkualiti tinggi kepada kawalan kualiti yang ketat, MAGGI komited untuk memberikan yang terbaik daripada dapurnya kepada pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia), Juan Aranols berkata, sebagai sebuah jenama yang mempunyai sejarah lebih 50 tahun serta sudah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, MAGGI dengan bangga meraikan warisan dalam semua produk.
“Hari ini, kami amat gembira menjadi sebahagian daripada sambutan hidangan laksa Malaysia yang lazat di samping memperkenalkan inovasi produk terbaharu kami, MAGGI Mi Goreng Laksa Warisan yang mencerminkan warisan kulinari negara yang pelbagai dan tersendiri,” katannya ketika majlis pelancaran yang diadakan di The Agam, di sini, baru-baru ini.
Hadir sama pada majlis pelancaran, cef selebriti, Anis Nabilah dan Profesor Warisan Makanan dan Budaya Malaysia di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Shahrim Karim.
Pada majlis itu, dua personaliti berkenaan mempamerkan seni kulinari dan kepakaran masing-masing dalam menyediakan hidangan laksa yang lazat sambil berkongsi tentang sejarah hidangan yang kaya serta evolusinya.
Shahrim berkongsi, laksa merupakan hidangan ikonik Malaysia yang benar-benar melangkaui budaya dan wilayah lalu berkembang menjadi pelbagai variasi, daripada laksa kari yang paling lazim kepada versi yang lebih inovatif seperti asam laksa, laksa Sarawak, laksa nyonya dan laksa Johor.
“Keistimewaan laksa terletak pada rasanya yang kompleks dan aromatik.
“Laksa yang enak memerlukan keseimbangan antara pelbagai ramuan dimasak perlahan sehingga ‘pecah minyak’. Langkah ini penting untuk rasa Laksa yang sempurna seterusnya mencapai keenakan masakan yang sebenar,” katanya.
Kebelakangan ini, rakyat Malaysia tercari-cari resipi baharu untuk menikmati hidangan popular ini bersama keluarga dan rakan-rakan yang mempengaruhi peningkatan trend penyediaan laksa dengan cara goreng.
Mengambil inspirasi daripada trend ini, MAGGI Mi Goreng Laksa Warisan baharu adalah sentuhan kreatif kepada tradisi laksa Malaysia.
Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI , Nestlé (Malaysia) Berhad, Ivy Tan berkata, sebagai jenama isi rumah yang dipercayai di Malaysia, MAGGI berhasrat untuk menyampaikan produk yang merangkumi cita rasa Malaysia sebenar.
“Terima kasih kepada usaha berterusan dan kepakaran kulinari Chef-chef MAGGI, kami telah memberikan sentuhan moden kepada laksa yang mendorong kepada pengenalan inovasi terbaru kami, MAGGI Mi Goreng Laksa Warisan,” katanya.
Tan berkata, rahsia membuat Laksa yang baik terletak pada bahan-bahannya.
Oleh itu, ciptaan baharu MAGGI ini direka secara teliti dengan adunan bahan-bahan aromatik utama, bunga kantan, daun kesum, lengkuas, dan juga bahan-bahan segar: bawang besar, daun limau purut, serai, bawang putih dan halia.
“Ia dimasak perlahan-lahan hingga pecah minyak; untuk rasa dan aroma laksa autentik sambil mengekalkan resipi aslinya.
“Ciptaan kami membolehkan para pengguna menikmati laksa goreng yang lazat pada bila-bila masa, di mana sahaja,” katanya.
Untuk maklumat lanjut tentang MAGGI ® Mi Goreng Laksa Warisan layari https://www.maggi.my/en/maggi-happenings/maggi-mi-goreng-laksa-warisan/