Produk timbang kilo yang sukar dikawal, kebiasaannya diimport secara pukal dan dibungkus semula secara tempatan bukan lagi asing di negara ini malah seringkali menimbulkan polemik di kalangan masyarakat.
Kebiasaannya produk ini dijual pada harga yang sangat rendah dan mungkin mengandungi bahan berbahaya atau tidak diluluskan yang boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan kulit dan boleh memudaratkan kulit.
Untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, sesetengah pengguna mencari alternatif yang kurang selamat seperti rawatan laser tidak berlesen atau suntikan Vitamin C, yang boleh membahayakan kesihatan mereka.
Oleh itu, Safi Malaysia, jenama penjagaan kulit halal terkemuka telah memperkenalkan rangkaian Safi Perfect White Exfoliate – satu penyelesaian yang dihasilkan untuk memperbaharui kulit wajah dengan lebih cerah, selamat, dan berkesan tanpa risiko produk timbang kilo yang berbahaya.
Rangkaian inovatif ini menggabungkan bahan-bahan terkini dengan harga yang berpatutan, membolehkan pengguna memperbaharui wajah kulit dengan cerah dan berseri.
Pakar Jenama dan Penyelidikan untuk Safi Malaysia, Kazlina Kassim berkata, jenama ini bertekad untuk membantu pengguna mencapai kulit yang berseri tanpa risiko dengan menawarkan alternatif yang dipercayai, selamat dan disahkan halal.

Capai kulit berseri tanpa risiko
“Dengan Rangkaian Safi Perfect White Exfoliate, pengguna kini boleh memiliki kulit yang lebih cerah secara selamat dan berkesan.”
Terdapat tiga manfaat utama untuk rangkaian Safi Perfect White Exfoliate:
Kemudahan: Sesuai untuk kegunaan harian, rangkaian ini sesuai dengan sebarang rutin penjagaan kulit. Bermula pada harga berpatutan RM11.65, ia adalah pilihan yang sesuai untuk orang ramai.
Keberkesanan: Dengan Safi Perfect White Exfoliate, produk ini dapat memberikan hasil yang boleh dilihat hanya dengan satu aplikasi. Dengan adanya Kakadu Plum, yang mengandungi 100X lebih Vitamin C dan kompleks AHA, BHA, PHA dimana fungsinya adalah untuk exfoliasi, mencerahkan dan menghaluskan tekstur kulit secara lembut.
Keselamatan: Terbukti secara klinikal dan disahkan halal, rangkaian ini tidak mengandungi bahan berbahaya atau tidak diuji, agar dapat memastikan kulit anda sentiasa dilindungi dan dijaga. Rangkaian ini diformulasi khas untuk kulit warga Malaysia, memastikan penjagaan yang optimum serta bersesuaian dengan cuaca dan gaya hidup di Malaysia.
Rutin penjagaan kulit lengkap
Rangkaian Safi Perfect White Exfoliate menawarkan penjagaan wajah kulit yang lengkap dengan empat produk utama.
- Safi Perfect White Exfoliate 10% Acid Serum – RM19.90

Produk ini menggabungkan 10% AHA, BHA, dan PHA untuk mengekfoliasi sel-sel kulit mati untuk kulit yang lebih cerah dan licin.
Diperkaya dengan 100X lebih Vitamin C, ia membantu mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap untuk kulit sensitif, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk semua jenis kulit.
Safi Perfect White Exfoliate 10% Acid Serum sangat sesuai untuk kegunaan harian dan untuk semua jenis kulit pada harga berpatutan iaitu.
- Safi Perfect White Exfoliate Whipped Cleanser (90g) – RM11.65: berfungsi untuk membersihkan kulit secara lembut untuk sedia buat langkah seterusnya.

- Safi Perfect White Exfoliate Toner (90ml) – RM12.95: membantu mengimbangi pH kulit sambil meningkatkan kelembapan dan keserian kulit.

- Safi Perfect White Exfoliate Gentle Moisturizer (43g) – RM 25.60: memastikan kulit sentiasa licin dan berseri.

Rutin selamat dengan harga berpatutan
Kini, produk-produk ini menyediakan rutin yang selamat dan berkesan dengan harga yang berpatutan untuk sesiapa sahaja yang menginginkan kulit yang lebih cerah dan sihat.
Rangkaian ini boleh didapati di semua farmasi dan peruncit kecantikan terkemuka termasuk Watsons, Guardian, dan kedai dalam talian seperti TikTok, Shopee dan Lazada.
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian Safi Perfect White Exfoliate dan lokasi pembelian, sila layari http://www.safi.com.my atau ikuti @safimalaysia di Instagram.