Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    10 sekolah rendah dapat manfaat program CSR Ayam Brand

    November 6, 2026

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • 10 sekolah rendah dapat manfaat program CSR Ayam Brand
    • Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif
    • Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama
    • Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia
    • Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun
    • Lexis Hotel Group Celebrates Deepavali With A Lavish Diwali Fest & Feast
    • Hard Rock Cafe at Wyndham Ion Majestic Hotel Genting Highlands Takes Breast Cancer Awareness To New Heights
    • Marriott International, IOI Properties Meterai Perjanjian Buka 4 Hotel Baharu di Malaysia
    Friday, November 6
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

      November 3, 2026

      Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

      November 2, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

      October 29, 2026

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026

      Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

      October 9, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » One Cent Thief 2 kembali, kolaborasi dinamik dengan Goodday Charge
    Celebrities

    One Cent Thief 2 kembali, kolaborasi dinamik dengan Goodday Charge

    Team KLHypeBy Team KLHypeJanuary 31, 2025Updated:January 31, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Setelah menjadi bualan hangat dalam kalangan penggiat seni tempatan dan juga para penonton atas kejayaan cemerlang pada tahun 2022, Astro sekali lagi melangkau selangkah ke hadapan dalam industri hiburan Malaysia menerusi siri premium Astro Originals dengan membawakan ‘One Cent Thief’ musim kedua. 

    Siri terbitan Astro Shaw bersama Independant Pictures Sdn Bhd ini menyambung perjuangan Iman Shah dan Digital Karma untuk menjatuhkan Ibu Zara, pemilik kartel dadah yang sangat berkuasa. 

    Siri ini bakal bersiaran bermula 31 Januari 2025 setiap Jumaat, di On Demand dan Asto GO bermula 12 tengah malam, manakala jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108), setiap Isnin, jam 9 Malam di Astro Ria (saluran 104), serta sooka.

    Siri Premium Astro Originals ‘One Cent Thief’ musim kedua turut menyaksikan kolaborasi penuh dinamik jenama ikonik tanah air, Goodday Charge, susu diperkaya pertama di Malaysia yang mengandungi 10 nutrien penting untuk membantu mengekalkan tenaga anda sepanjang hari. 

    Penerbit Eksekutif ‘One Cent Thief’ musim kedua merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Astro, Raja Jastina Raja Arshad berkata, kejayaan luar biasa musim pertama One Cent Thief telah memberi pihaknya inspirasi untuk terus mengembangkan naratifnya dengan menampilkan Musim 2. 

    “Menerusi musim kedua, kami meneroka jalan cerita dengan lebih mendalam mengenai dunia penggodaman, perbankan digital dan pengubahan wang haram berskala besar. 

    Raja Jastina

    Siri ini bukan sahaja mendapat sambutan hebat di Malaysia, tetapi juga meraih pengiktirafan antarabangsa dengan memenangi anugerah berprestij dan mencipta fenomena di peringkat global, termasuk di Netflix, di mana ia mendominasi senarai Top 10 di Malaysia, Singapura, dan Filipina.

    Kesedaran kepentingan keselamatan data

    “Kali ini, Ia tidak lagi hanya tentang tindakan individu, tetapi melibatkan organisasi besar yang memanipulasi sistem global.

    “Melalui kisah yang mendebarkan dan plot twist di luar jangkaan, kami turut mengetengahkan isu-isu seperti kebocoran data, keganasan siber, dan aktiviti kewangan gelap, yang relevan dengan penonton masa kini.

    Kami berharap One Cent Thief 2 bukan sahaja dapat mencapai jangkaan penonton, tetapi juga mencetuskan kesedaran tentang kepentingan keselamatan data dalam dunia yang semakin membimbangkan,” katanya.


    Goodday Charge rakan kerjasama strategik Astro Shaw

    Goodday Charge telah menjadi rakan kerjasama strategik Astro Shaw untuk sepanjang tahun 2025, dan usaha kerjasama strategik dalam industri ini bertujuan memberikan pengalaman menyeronokkan dan meningkatkan lagi keterujaan peminat untuk terus menonton siri hebat ini. 

    Kerjasama strategik ini melibatkan inisiatif promosi pemasaran untuk kedua jenama dan juga penempatan produk. Astro Shaw juga turut menerbitkan sebuah video khas berdurasi 30 saat, untuk Goodday bersempena dengan kerjasama ini.

    Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd, Amy Gan menyatakan rasa terujanya, “Di Etika, kami sentiasa bersemangat menyokong produksi tempatan dan memanfaatkan kuasa penceritaan untuk berhubung dengan komuniti kami. 

    Goodday Charge, susu coklat yang diperkaya dengan 10 nutrien penting, melambangkan ketahanan dan tenaga berpanjangan—nilai-nilai yang selari dengan tema One Cent Thief Musim 2. 

    Kerjasama strategik bersama Astro Shaw ini membuka peluang untuk kami menyampaikan mesej jenama secara kreatif melalui naratif yang menginspirasi dan dekat di hati rakyat Malaysia. 

    Kolaborasi ini membolehkan kami berinteraksi dengan lebih bermakna, menjadikan jenama kami sebahagian daripada kisah yang mendorong penonton untuk mengambil alih perjalanan hidup mereka sendiri.”

    Teraju utama Syafiq Kyle, Sofia Jane 

    ‘One Cent Thief’ musim kedua adalah hasil sentuhan premium Ariff Zulkarnain dan juga Alfie Palermo, show runner dan pengarah asal bagi siri original One Cent Thief. 

    Siri saspens penuh mendebarkan ini dibintangi oleh Syafiq Kyle (Iman Shah), Azira Shafinaz (Intan), Faizal Husin (Abah), Fabian Loo (Chen), Sofia Jane (Ibu Zara), Trisha Ooi (Diyana), Syarul Izani (Dzia) dan juga Shashi Taran (Kapten Chandran).

    ‘One Cent Thief’ musim kedua membawakan topik lebih berat buat para penonton, memaparkan isu moral manusia yang sentiasa dahagakan kedudukan dan kuasa, sanggup menggunakan apa saja cara untuk memperolehnya demi kepentingan peribadi. 

    Selain itu isu konflik dalaman keluarga, integriti dalam pekerjaan, permainan politik kotor dan salah guna kuasa dengan memanipulasi undang-undang bagi kepentingan peribadi adalah antara tarikan yang menjadi tunjang kekuatan untuk naskah ini.

    Siri 8 episod ini menyambung perjuangan Iman Shah pencuri dengan gelaran ‘One Cent Thief’ untuk menjatuhkan Ibu Zara, kartel dadah yang kini lebih berkuasa dan ditakuti semua pihak apabila berjaya mendapatkan kedudukan kukuh dalam dunia politik. 

    Dengan bantuan Chen, ketua kepada kumpulan penggodam paling digeruni, Digital Karma, mereka telah merancang satu misi besar untuk merompak kesemua wang haram milik Ibu Zara dan mengedarkan kesemua wang tersebut kepada orang ramai. 

    Ibu Zara yang kini semakin kebal setelah mempunyai jawatan dalam bidang politik, mula bermain dengan undang-undang atas perbicaraan terhadap dirinya melibatkan salah laku penggubahan wang haram, menyukarkan Intan yang kini sedang dalam usaha untuk mendakwanya melalui sistem perundangan yang sah.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleNikmati sensasi manis, pedas ‘Ayam Oren’ baru The Chicken Rice Shop
    Next Article Shawlpublika x Sethandluna SLAY-SA Raya 2025: Selesa dan elegan bersatu
    Team KLHype

    Related Posts

    10 sekolah rendah dapat manfaat program CSR Ayam Brand

    November 6, 2026

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    10 sekolah rendah dapat manfaat program CSR Ayam Brand

    By Team KLHypeNovember 6, 2026

    KUALA LUMPUR, 6 November 2026 – Ayam Brand melengkapkan inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR)…

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    10 sekolah rendah dapat manfaat program CSR Ayam Brand

    November 6, 20263K

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 20265K

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 20263K

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 20263K

    Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun

    November 2, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    10 sekolah rendah dapat manfaat program CSR Ayam Brand

    November 6, 2026

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 2026

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.