Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Buang darah kotor, rawatan Al Fashdu boleh bawa padah? Ini penjelasan Dr Afif 

    October 30, 2025

    Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

    October 29, 2025

    Larrie perkenal koleksi SS26: Stail urban moden untuk pengembara kota 

    October 27, 2025
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Buang darah kotor, rawatan Al Fashdu boleh bawa padah? Ini penjelasan Dr Afif 
    • Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta
    • Larrie perkenal koleksi SS26: Stail urban moden untuk pengembara kota 
    • Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor
    • UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar
    • Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe
    • MyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital
    • The Asia Records rai pencapaian luar biasa individu, organisasi seluruh Asia 
    Thursday, October 30
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025

      Karnival Sukan Pemotoran: Merakyatkan Litar Sepang, Fokus Keselamatan dan Pendidikan

      October 5, 2025

      Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung

      October 4, 2025

      Crocs x SKULLPANDA: fantasi timur bertemu futurisme dalam koleksi terbaharu

      September 29, 2025
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Karnival Sukan Permotoran BOSS Sepang 2025 tawar aksi permotoran & hiburan menggamatkan

      September 30, 2025

      DMS Berselawat jadi acara tahunan DMS MOTORS, himpunkan 500 peserta dalam suasana penuh barakah

      September 30, 2025

      Farid Kamil muncul artis pertama buka kedai motosikal elektrik (EV)

      September 13, 2025

      RingConn, cincin pintar ultra nipis pertama dunia dengan pemantauan apnea tidur kini di Malaysia

      August 18, 2025

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Kuala Lumpur tuan rumah dua persidangan belia IGN tahun depan

      November 7, 2024

      Anna Jobling menyinar di negara seberang, terima tiga tawaran filem selepas Lembayung

      September 18, 2024

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      Karnival Sukan Pemotoran: Merakyatkan Litar Sepang, Fokus Keselamatan dan Pendidikan

      October 5, 2025

      Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung

      October 4, 2025

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025

      Crocs x SKULLPANDA: fantasi timur bertemu futurisme dalam koleksi terbaharu

      September 29, 2025

      Misi Wan Ajaib segarkan media Islam, sentuh jiwa generasi digital

      September 19, 2025

      Malam 3 Suara: Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bersatu dalam konsert eksklusif di Kuala Lumpur

      September 10, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Ops Ihsan kumpul 50 tan bantuan kemanusiaan sumbangan orang ramai ke Gaza
    News

    Ops Ihsan kumpul 50 tan bantuan kemanusiaan sumbangan orang ramai ke Gaza

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaNovember 17, 2023No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KUALA LUMPUR – Operasi Ihsan (Ops Ihsan) telah berjaya mengumpul lebih 20 tan barang-barang bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin dan diterbangkan ke Gaza, baru-baru ini.

    Barangan keperluan utama seberat 20 tan itu adalah baki daripada 50 tan yang telah dikumpulkan dari sumbangan orang ramai.

    Ops Ihsan ialah cetusan idea bersama antara Kementerian Luar Negeri dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berjaya mengatur gerak pengumpulan barangan bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan oleh penduduk Gaza dalam tempoh kurang 48 jam iaitu pada 21 dan 22 Oktober lepas. 

    Ia dikumpul di beberapa pusat pengumpulan di sekitar Lembah Klang sebelum dihantar ke Pusat Operasi Utama Ops Ihsan di Gudang MAPIM Malaysia yang terletak di Sepang.

    Ops Ihsan ini hasil kerjasama yang digerakkan Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Red A Humanitarian Development Global, MERCY Malaysia, Pertubuhan Ihsan Johor, BeVital dan MAPIM sebagai koordinator utama dan mendapat sokongan serta kerjasama padu 50 buah badan bukan kerajaan yang lain.

    Operasi ini membabitkan hampir 800 sukarelawan dari pelbagai lapisan rakyat Malaysia yang menyumbang kudrat, barangan keperluan dan membantu urusan penerimaan, pengasingan, pengumpulan data, penyusunan barangan mengikut kluster sehingga ke peringakat pengurusan logistik barangan bantuan. 

    Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari yang juga Presiden MAHAR berkata, penerbangan sewaan khas yang membawa barangan bantuan dari Malaysia itu tiba di Lapangan Terbang Al Arish, Mesir pada 11 November lalu.

    Katanya, pengurusan barangan diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk dibawa ke pintu Rafah setelah melalui tapisan dan pemeriksaan pihak berkuasa tempatan.

    “Gerak kerja bagi penilaian keperluan barangan bantuan dan logistik serta jaringan perhubungan dengan pihak-pihak yang berkaitan bagi memastikan penghantaran barangan ke Gaza mengikut tatacara yang betul berlandaskan ketetapan prosedur oleh kerajaan Mesir.

    “Ini kerana terdapat prosedur yang perlu dipatuhi oleh setiap NGO atau kerajaan yang ingin menghantar barangan bantuan ke Gaza,” katanya dalam satu kenyataan.

    Tambah beliau, barangan bantuan kemanusiaan yang pertama pada 3 November lalu telah  selamat sampai di Al-Arish dan sedang menunggu giliran untuk melintas laluan Rafah sebaik sahaja dibuka bagi proses pengagihan kepada penduduk Gaza. 

    Katanya, penghantaran itu merupakan salah satu fasa bantuan kemanusiaan yang dirancang oleh Ops Ihsan. 

    Senarai NGO yang terlibat dalam Ops Ihsan.

    “Selain daripada menghantar barangan sumbangan rakyat Malaysia, siri kedua diteruskan melalui penghantaran barangan bahan mentah makanan seperti gandum, tepung, air minuman dan lain-lain dari Kaherah selepas ini. 

    Sekretariat Ops Ihsan turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Komunikasi dan Digital, rakan-rakan NGO, media serta seluruh rakyat Malaysia yang terus menyokong usaha ini atas nama keihsanan.

    Katanya, ia jelas menterjemah nilai murni semua rakyat Malaysia yang sentiasa ke hadapan dalam membantu insan lain yang dilanda kesusahan.

    “Bantu kami terus agar kami dapat pastikan bantuan dari kita dapat diteruskan dengan misi #cookedfood atau #hotmeals pula. 

    “Lokasi yang akan dilakukan adalah di Utara Gaza ini akan memanfaatkan 250 keluarga atau lebih kurang 1,000 rakyat mereka yang kini menetap di kem pelarian di mana mereka ini tidak berpindah ke Selatan Gaza. 

    “Kecil dari kita, tapi besar buat mereka. InshaAllah kami sedang merancang untuk Fasa 5 pula dan fokus utama adalah sumber makanan kepada mereka,” katanya.

    Mereka yang ingin menyumbang tunai bagi pembelian barangan makanan untuk satu slot sebanyak RM50 atau satu keluarga berjumlah RM250 ke akaun Maybank Pertubuhan Ihsan Johor (5512-0352-7725) atau Bank Islam 01014010067566 dengan rujukan (Ref #p4l3st1n).

    Sebarang maklumat lanjut berkenaan #OpsIhsan boleh berhubung dengan Syahrir Azfar di talian 0132226057 emel syahrir@gpm.com.my atau Amir Arafat di talian 014-9843965 dan emel aarafatmr@mahar.my.

    gaza humanitariancrisis NGO ops ihsan palestin sumbangan
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMangsa penipuan pelaburan diminta tampil ke hadapan, usah gusar ugutan ‘Datuk R’ – peguam
    Next Article P&G, MYDIN lancar kempen Bersama Demi Semua bantu mangsa banjir  
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar

    October 24, 2025

    Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe

    October 20, 2025

    The Asia Records rai pencapaian luar biasa individu, organisasi seluruh Asia 

    October 17, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 202528K

    Don't Miss

    Buang darah kotor, rawatan Al Fashdu boleh bawa padah? Ini penjelasan Dr Afif 

    By Team Editorial KLHypeOctober 30, 2025

    SELAIN perubatan moden, rawatan alternatif merupakan kaedah perubatan yang sering menjadi pilihan masyarakat dalam merawat…

    Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

    Larrie perkenal koleksi SS26: Stail urban moden untuk pengembara kota 

    Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Buang darah kotor, rawatan Al Fashdu boleh bawa padah? Ini penjelasan Dr Afif 

    October 30, 20253K

    Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

    October 29, 20251K

    Larrie perkenal koleksi SS26: Stail urban moden untuk pengembara kota 

    October 27, 20253K

    Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor

    October 24, 20251K

    UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar

    October 24, 20254K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team Editorial KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025

    PM rasmi Alamanda berwajah baru

    February 24, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Buang darah kotor, rawatan Al Fashdu boleh bawa padah? Ini penjelasan Dr Afif 

    October 30, 2025

    Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

    October 29, 2025

    Larrie perkenal koleksi SS26: Stail urban moden untuk pengembara kota 

    October 27, 2025

    Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor

    October 24, 2025
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.