Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    October 16, 2026

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    October 16, 2026

    Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik

    October 16, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo
    • Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden
    • Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik
    • Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR
    • Snek, Celup Dan Nikmati: The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Kini Boleh Didapati di 7-Eleven
    • Konnichi-WOW: Baskin Robbins Malaysia Perkenal Japan Summer Series Menerusi Tiga Perisa Ikonik
    • Cold Storage Kembali ke 1 Mont Kiara, Bawa Pengalaman Beli-Belah Barangan Dapur Premium Menerusi Wajah Baharu
    • Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’
    Friday, October 16
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR

      October 16, 2026

      MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung

      October 8, 2026

      Eskayvie Jalin Kerjasama Strategik Bersama Universiti Malaya, Jalankan Kajian Klinikal Mindtropic

      September 29, 2026

      Pensyarah Bawa Pulang Perodua Traz Selepas Berbelanja RM250 di SOGO

      September 27, 2026

      The Labs × M&M Creations Artist Series: Inovasi Seni & IP Tempatan Kuasai BBCC

      September 25, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

      October 9, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Poliklinik Al Farhain anjur fun run, pupuk gaya hidup sihat
    Featured

    Poliklinik Al Farhain anjur fun run, pupuk gaya hidup sihat

    Team KLHypeBy Team KLHypeJuly 20, 2025Updated:July 21, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    LARIAN santai atau lebih dikenali sebagai Fun Run ialah acara larian menyeronokkan dan tidak terlalu kompetitif. Jaraknya juga lebih pendek berbanding marathon. 

    Bukanlah kemenangan menjadi matlamat, tetapi larian ini sebenarnya memberi impak positif yang sangat besar kepada kesihatan jantung. 

    Menyedari kepentingan ini, Pusat Rawatan Al Farhain telah menganjurkan Fun Run & Ride 1.0 bersempena Karnival 1 Dekad Cek Dik Agency pada 11 Julai baru-baru ini, yang berlangsung di Dataran Kemahkotaan Machang, Machang, Kelantan. 

    Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain, Dr Afif Mohd Ridzwan.

    Penganjuran larian itu juga antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pusat Rawatan Al Farhain kepada masyarakat dalam membudayakan amalan hidup sihat terutamanya penjagaan kesihatan jantung. 

    Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain, Dr Afif Mohd Ridzwan berkata, Fun Run ini bukan sekadar larian santai, tetapi ia sebenarnya satu platform untuk masyarakat lakukan aktiviti-aktiviti yang sihat bersama. 

    “Larian yang dianjurkan ini sudah tentu ada bersangkut paut dengan kesihatan jantung. Sebut sahaja larian santai ini, kita tak perlu menggunakan tenaga yang banyak  dan ia tidak menggunakan kapasiti jantung itu sepenuhnya. 

    Dr Afif

    “Untuk rawatan jantung ini, sebenarnya senaman atau sukan yang dilakukan tak boleh agresif. Sebaliknya perlahan-lagan seperti berjalan santai dalam fun run. Sebaik-baiknya seminggu sekali perlu ada aktiviti berjalan secara santai dan lama, ia sangat membantu dalam meningkatkan kesihatan jantung. 

    “Bukan itu sahaja, ini secara tak langsung gula dalam darah akan terbakar. Apabila gula digunakan, kolesterol akan semakin hilang. Apabila kolesterol hilang, jantung pun semakin sihat,” katanya. 

    Larian santai demi kesihatan jantung

    Terdahulu, program Fun Run & Ride yang disertai hampir 1000 peserta ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemuning, Machang, Ahmad  Zakhran Mat Noor. 

    Menurut Dr Afif lagi, selain larian santai, masyarakat juga perlu menitikberatkan banyak faktor lain demi kesihatan jantung. 

    “Untuk jaga kesihatan jantung ini, bukan hanya senaman sebaliknya perlu jaga emosi, jangan stres, berhenti merokok dan seeloknya janganlah makan lewat malam. 

    “Bukan itu sahaja, badan perlu rehat yang mencukupi dan banyakkan minum air kosong,” ujarnya. 

    Bagi pengasas produk penjagaan usus EnerVast ini juga, larian santai yang dianjurkan itu turut menjadi tempat masyarakat berkongsi soal kesihatan dan merapatkan hubungan. 

    Erat silaturrahim sesama peserta

    “Dengan penganjuran Fun Run & Ride ini, ia juga boleh menjadi medan pendidikan kesihatan khususnya buat rakyat Kelantan untuk menjalani kehidupan yang sihat. 

    “Ini kerana di Kelantan ini tidak banyak pihak yang menganjurkan acara berkaitan larian seperti ini. 

    “Saya harap acara sebegini sedikit sebanyak memberi galakan kepada masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat secara beramai-ramai.  

    “Menerusi Program ini juga boleh mengeratkan hubungan sesama kita. Contohnya, kita tak kenal pun para peserta lain dalam acara itu, tapi kita boleh berbual-bual,” tambahnya lagi. 

    Dalam Karnival 1 Dekad Cek Dik Agency yang berlangsung pada 11 dan 12 Julai baru-baru ini,  Pusat Rawatan Al Farhain yang juga penaja bersama karnival  juga menganjurkan program Bicara Santai bersama pempengaruh Kak Lah, Kuliah Dhuha bersama Ustaz Mokhtar Yaakob dan pelancaran produk EnerVast. 

    Dr Afif

    Program-program menarik lain di karnival tersebut adalah Pertandingan Lori Jangok, Persembahan Kertuk / Rebana Ubi, Persembahan Dikir Barat 10 Tahun Cek Dik Agency, derma darah,  cabutan bertuah dan banyak lagi. 

    Miliki 11 cawangan klinik sejak 2020

    Untuk info, Pusat Rawatan Al Farhain yang dibuka pada awal tahun 2020, kini mempunyai 11 cawangan klinik.

    7 cawangan klinik adalah di Kelantan iaitu di Ketereh, Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Putih, Kuala Krai dan Jeli. 

    Manakala terdapat juga cawangan dia Jerteh, Terengganu dan di Pahang iaitu di Raub, Kuala Lipis dan Cameron Highland. 

    Bukan itu sahaja, Pusat Rawatan Al Farhain juga mempunyai tiga farmasinya  di Kelantan iaitu di Jeli, Kok Lanas dan Tunjong. 

    Selain itu, terdapat juga Pusat Dialisis Al Ehsan dan Pusat Dialisis Berkat Seroja. 

    Menyentuh tentang nama Pusat Rawatan Al Farhain, Al Farhain ini adalah sempena nama anak pertama Dr Afif iaitu Aiman Farhan dan anak keduanya  Ain Fadhilah. Daripada gabungan nama mereka maka lahirnya Al Farhain yang bermaksud kegembiraan dunia dan akhirat. 

    https://vt.tiktok.com/ZSBtmVukr

    fun run leisure lifestyle
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePelaburan RM15 juta ‘lesap’, 50 pelabur nekad tuntut keadilan ke atas Alpha Capital
    Next Article Solar Time rai 44 tahun warisan & inovasi di Malaysia dengan identiti baru
    Team KLHype

    Related Posts

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    October 16, 2026

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    October 16, 2026

    Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik

    October 16, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    By Team KLHypeOctober 16, 2026

    Memandangkan sambutan Halloween bakal tiba pada Sabtu, 31 Oktober ini, platform e-Pembaca terkemuka, Rakuten Kobo,…

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik

    Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    October 16, 20262K

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    October 16, 20262K

    Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik

    October 16, 20263K

    Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR

    October 16, 20265K

    Snek, Celup Dan Nikmati: The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Kini Boleh Didapati di 7-Eleven

    October 14, 20262K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    October 16, 2026

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    October 16, 2026

    Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik

    October 16, 2026

    Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR

    October 16, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.