Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    FLEXMA Food Tech Terima Sijil Halal Malaysia, Jalin Kerjasama WRIZERFOOD F&B

    November 26, 2026

    300 Pelajar Di Wangsa Maju Terima Bantuan Persekolahan Yayasan Kosma

    November 25, 2026

    Kursus Lima Hari Buka Peluang Jana Pendapatan, GIATMARA Perkasa Golongan Rentan Melalui Seni Pembuatan Beg

    November 25, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • FLEXMA Food Tech Terima Sijil Halal Malaysia, Jalin Kerjasama WRIZERFOOD F&B
    • 300 Pelajar Di Wangsa Maju Terima Bantuan Persekolahan Yayasan Kosma
    • Kursus Lima Hari Buka Peluang Jana Pendapatan, GIATMARA Perkasa Golongan Rentan Melalui Seni Pembuatan Beg
    • Carlo Rino Perkenal Koleksi Infinite C, Tampil Beg Halo Crossbody Tiga Pilihan Warna & Logo Baharu
    • C by camel active Perluas Rangkaian di Selatan, Buka Concept Store Baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka
    • LARRIE Rai Pemenang Utama Peraduan Travel with LARRIE 2026, Tawar Percutian Eksplorasi Malaysia Bernilai Sehingga RM15,000
    • Bath & Body Works Lancar Kempen Holiday 2026, Bawa Pop-Up Eksklusif di IOI City Mall Putrajaya & Kolaborasi Bersama Cookiecrumbs
    • Bartech Beautee Ungguli Anugerah Nona dan Superbrands, Sasar Pasaran Asia Dengan Inovasi Penjagaan Kulit Berteraskan AI
    Thursday, November 26
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      C by camel active Perluas Rangkaian di Selatan, Buka Concept Store Baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka

      November 24, 2026

      Siti Khadijah & Malaysia Airports Perkasa Kemudahan Ibadah di KLIA Terminal 1

      November 18, 2026

      Persiapan Raya 2027 Bermula! Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya Kembali 66 Jam Tanpa Henti

      November 13, 2026

      KHIND Raikan 65 Kisah Inspirasi Rakyat Malaysia Menerusi Kempen ‘Sebut Namamu’

      November 11, 2026

      Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

      November 3, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

      October 29, 2026

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      C by camel active Perluas Rangkaian di Selatan, Buka Concept Store Baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka

      November 24, 2026

      Persiapan Raya 2027 Bermula! Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya Kembali 66 Jam Tanpa Henti

      November 13, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Young Living ubah hidup Teacher Wati, muslim pertama di dunia bergelar Royal Crown Diamond
    Inspire

    Young Living ubah hidup Teacher Wati, muslim pertama di dunia bergelar Royal Crown Diamond

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaJuly 17, 2023No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    USAHAWAN wanita, Norhidawati Abdul Aziz mengharumkan nama Malaysia apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi penganugerahan Royal Crown Diamond oleh syarikat peneraju minyak pati dan penyelesaian kesejahteraan antarabangsa, Young Living Essential Oils.

    Beliau turut melakar sejarah apabila muncul sebagai wanita muslim pertama di dunia yang mendapat anugerah tertinggi di dalam Young Living Essential Oils pada bulan Mei 2020, di saat rakyat Malaysia terkurung di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Antara kejayaan terbesar dicapai adalah apabila beliau dan kumpulannya berjaya mendapatkan jualan kumpulan tertinggi sebanyak RM35 juta sebulan ketika Malaysia masih berada di dalam tempoh PKP.

    Beliau yang merupakan Pengarah Urusan Oilylicious Healthcare Sdn. Bhd. juga membuktikan kemampuannya yang luar biasa apabila syarikatnya itu merupakan penyumbang utama jualan keseluruhan di Young Living negara ini iaitu sebanyak 70%. 

    Teacher Wati Muslim pertama terima anugerah tertinggi dalam Young Living

    Sebanyak RM158 juta jualan kumpulan berjaya dijanakan sejak beliau melibatkan diri dalam perniagaan ini dan kini, Norhidawati memiliki lebih 35,000 ahli di bawah rangkaiannya melalui syarikat yang beliau tubuhkan iaitu OilyLicious Healthcare Sdn Bhd.

    Ibu kepada lima anak ini menyertai syarikat minyak pati yang berpengkalan di Utah, Amerika Syarikat itu pada 2014 dan sejak itu, konsisten membina perniagaan beliau bersama kumpulannya dan menjana jualan kumpulan dengan purata sebanyak RM 6.3 juta sebulan.

    Sebelum ini, Norhidawati, 43, merupakan Pengetua dan Pengasas Genius Baby on Board iaitu sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang terletak di Puchong, Selangor.

    “Saya bersyukur dengan penganugerahan ini dan tidak menyangka akan menjadi wanita Muslim pertama di dunia yang dinobatkan anugerah tertinggi di sebuah syarikat antarabangsa.

    “Namun sesuatu kejayaan itu tidak akan datang bergolek kerana setiap impian dan kejayaan itu adalah hasil daripada kerja keras dan konsisten terhadap apa yang kita lakukan setiap hari.

    “Walaupun pada awalnya saya menyertai Young Living ini sebagai pengguna untuk membantu anak sulung saya yang mempunyai simptom Autism (ASD) dan  menambah keyakinan anak kedua saya yang lahir dengan kondisi yang di namakan Symbrachydactyly di tangan kanannya, saya tidak menyangka ia telah merubah kehidupan saya 360 darjah apabila saya konsisten berkongsi tentang kebaikan produk ini hingga mampu mempunyai rangkaian di seluruh dunia seterusnya meraih pendapatan sebanyak enam angka sebulan.” katanya yang mesra dipanggil Teacher Wati.

    Mengulas lanjut, Norhidawati memberitahu, Oilylicious Healthcare Sdn Bhd menyasarkan untuk melahirkan lebih ramai jutawan dalam bidang aromaterapi dan kesihatan holistik menerusi syarikatnya dalam tempoh 5 tahun akan datang.

    Beliau berkata, rahsia kejayaan menjadi usahawan berjaya apabila menceburi sesuatu bisnes adalah dengan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan tentang produk yang ditawarkan, konsisten dan fokus dgn apa yg dilakukan sepanjang mengembangkan perniagaan.

    Katanya, lakukan kerja dengan penuh semangat dan keterujaan setiap hari apatah lagi apabila  bertemu orang ramai ketika memperkenalkan produk syarikat.

    “Tiga kunci utama yang wajib ada untuk seseorang itu berjaya dalam perniagaan berbilang peringkat (MLM) ini ialah syarikat yang kukuh dan stabil, produk yang berkualiti yang unik dan sukar ditemui serta pasukan yang kuat, konsisten serta saling menyokong antara satu sama lain.

    “Itulah resepi utama kejayaan saya di dalam Young Living ini. Ketiga-tiga kunci ini wajib ada untuk memastikan anda berjaya dalam industri ini”.

    “Misi saya adalah untuk melihat Oilylicious Healthcare Sdn Bhd menjadi sebuah syarikat tempatan yang berdaya saing dan dikenali sebagai sebuah syarikat yang melahirkan ramai usahawan berjaya dalam penjagaan kesihatan komplementari khususnya aromaterapi di dunia,” katanya.

    young living

    Sementara itu, Young Living yang ditubuhkan pada tahun 1993 oleh mendiang Gary Young telah membangunkan operasi pertanian dan penyulingan herba organiknya yang pertama di dunia menemui keberkesanan minyak pati yang menakjubkan.

    Memandangkan terdapatnya potensi besar dalam perniagaan ini, Gary membangunkan lebih banyak ladang, antaranya di Utah dan Idaho serta membina kilang penyulingan yang paling besar dan canggih dari segi teknologi bagi pengeluaran minyak pati berkualiti tinggi dan bernilai premium di Amerika Utara.

    Hari ini, Young Living telah berkembang menjadi peneraju dalam minyak pati dan penyelesaian kesejahteraan yang beribu pejabat di Lehi, Utah, Amerika Syarikat dan mempunyai pejabat seluruh dunia, antaranya di Australia, Eropah, Kanada, Jepun dan Singapura serta lebih dari 22 ladang di seluruh dunia.

    Di Asia Pasific, Young Living memiliki ladang di Filipina, Taiwan dan yang terbaru di Okinawa, Jepun.

    essential oils health MLM muslim Young Living
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSambutan ulang tahun kedua RR Mono Scarves, Rizman Ruzaini ‘all out’!
    Next Article Fakulti Pendidikan UKM, PTTI jalin kerjasama
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Kursus Lima Hari Buka Peluang Jana Pendapatan, GIATMARA Perkasa Golongan Rentan Melalui Seni Pembuatan Beg

    November 25, 2026

    Malaysia Menuju Negara Tua: Anugerah HAPI Edisi Ke-5 di Kuala Lumpur Buka Ruang Inovasi Penuaan Sihat Malaysia

    November 11, 2026

    KHIND Raikan 65 Kisah Inspirasi Rakyat Malaysia Menerusi Kempen ‘Sebut Namamu’

    November 11, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    FLEXMA Food Tech Terima Sijil Halal Malaysia, Jalin Kerjasama WRIZERFOOD F&B

    By Team KLHypeNovember 26, 2026

    KUALA LUMPUR, 26 November 2026 – Syarikat pengeluar makanan tempatan, FLEXMA Food Tech Sdn. Bhd.…

    300 Pelajar Di Wangsa Maju Terima Bantuan Persekolahan Yayasan Kosma

    Kursus Lima Hari Buka Peluang Jana Pendapatan, GIATMARA Perkasa Golongan Rentan Melalui Seni Pembuatan Beg

    Carlo Rino Perkenal Koleksi Infinite C, Tampil Beg Halo Crossbody Tiga Pilihan Warna & Logo Baharu

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    FLEXMA Food Tech Terima Sijil Halal Malaysia, Jalin Kerjasama WRIZERFOOD F&B

    November 26, 20263K

    300 Pelajar Di Wangsa Maju Terima Bantuan Persekolahan Yayasan Kosma

    November 25, 20263K

    Kursus Lima Hari Buka Peluang Jana Pendapatan, GIATMARA Perkasa Golongan Rentan Melalui Seni Pembuatan Beg

    November 25, 20265K

    Carlo Rino Perkenal Koleksi Infinite C, Tampil Beg Halo Crossbody Tiga Pilihan Warna & Logo Baharu

    November 25, 20262K

    C by camel active Perluas Rangkaian di Selatan, Buka Concept Store Baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka

    November 24, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    FLEXMA Food Tech Terima Sijil Halal Malaysia, Jalin Kerjasama WRIZERFOOD F&B

    November 26, 2026

    300 Pelajar Di Wangsa Maju Terima Bantuan Persekolahan Yayasan Kosma

    November 25, 2026

    Kursus Lima Hari Buka Peluang Jana Pendapatan, GIATMARA Perkasa Golongan Rentan Melalui Seni Pembuatan Beg

    November 25, 2026

    Carlo Rino Perkenal Koleksi Infinite C, Tampil Beg Halo Crossbody Tiga Pilihan Warna & Logo Baharu

    November 25, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.