Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula
    • Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal
    • DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR
    • Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah
    • Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai
    • Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu
    • Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’
    • Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran
    Wednesday, April 15
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

      April 14, 2026

      Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

      April 13, 2026

      Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

      April 10, 2026

      Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

      April 5, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Adakah masalah ketuat salah satu jangkitan virus HPV?
    Featured

    Adakah masalah ketuat salah satu jangkitan virus HPV?

    Penulis ialah Pakar Perunding Dermatologi, Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr Tan Wooi Chiang.
    kolumnisBy kolumnisMarch 7, 2025No Comments7 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Ketuat adalah benjolan kecil, bertekstur kasar dan keras serta sering disalah anggap sebagai pertumbuhan biasa pada kulit.

    Namun, ketuat yang tumbuh di kawasan mudah dilihat seperti di tangan, jari atau kaki ada ketikanya boleh menimbulkan rasa tidak senang bagi sesetengah orang.

    Mungkin ramai tidak mengetahui pertumbuhan ketuat disebabkan jangkitan virus dikenali sebagai human papillomavirus (HPV).

    Pakar Perunding Dermatologi, Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr Tan Wooi Chiang, berkata terdapat lebih 150 subjenis HPV diketahui penyelidik namun hanya sebahagian kecil daripadanya menyebabkan pelbagai jenis ketuat.

    Menurutnya, ketuat boleh dikelaskan mengikut tempat ia berlaku sama ada ia ketuat kulit atau ketuat mukosa, bergantung kepada jenis HPV yang terbabit dengan tempoh inkubasi sehingga 12 bulan, bergantung kepada jumlah virus.

    Ketuat mukosa merujuk kepada ketuat yang tumbuh pada permukaan lembap atau berlapis seperti pada rongga mulut, hidung, tekak atau alat kelamin.

    “Jangkitan bermula di lapisan paling bawah epidermis, mencetuskan pertumbuhan sel berlebihan yang membawa kepada penebalan dan pengerasan lapisan luar kulit di kawasan tersebut.

    Dr Tan Wooi Chiang

    “HPV paling biasa menjangkiti kulit adalah jenis 1, 2, 3, 4, 10, 27, 29, dan 57 yang menyebabkan benjolan kecil atau tonjolan pada kulit dengan permukaan kasar dan hiperkeratotik (penebalan lapisan atas kulit).

    “Ketuat jenis itu paling biasa ditemui pada bahagian tangan mewakili 70 peratus ketuat pada bahagian kulit bukan genital.

    “Jenis HPV nombor 6, 11, 42, 43 dan 44 dikategorikan sebagai berisiko rendah pula menyebabkan ketuat muncul di bahagian kemaluan dan ia bukan kanser serviks,” katanya.

    Perubahan hormon ketika hamil

    Dr Wooi Chiang menjelaskan, perubahan hormon ketika kehamilan boleh menyebabkan ketuat genital membesar atau bertambah bilangannya dan kadangkala ia mungkin mudah berdarah.

    Ketuat yang membesar boleh menghalang saluran kencing bagaimanapun, ia jarang berlaku selain menyekat saluran kelahiran dan mengurangkan keanjalannya. Ketuat genital bersifat lembut, lembap dan biasanya berwarna daging. Ia mungkin rata, timbul atau berbentuk seperti kubis bunga jika tumbuh secara berkelompok.

    “Ketuat ini adalah satu daripada jangkitan seksual paling biasa dengan HPV jenis 6 dan 11 bertanggungjawab terhadap peratus kes kutil genital.

    Katanya, mereka yang berisiko tinggi menghidap dan menyebarkan ketuat genital selain wanita hamil ialah penghidap herpes, pengguna tembakau atau peminum alkohol tegar, aktif secara seksual pada usia muda atau mempunyai hubungan seks tanpa perlindungan dengan ramai pasangan dan mempunyai penyakit kelamin lain.

    “Risiko berdepan masalah ketuat juga boleh meningkat kepada individu yang ada ekzema dan dermatitis serta mereka yang mengalami imunosupresi (keadaan sistem imun lemah) akibat penggunaan ubat azathioprine atau ciclosporin dalam jangka masa panjang.

    “Individu dengan sistem imun yang lemah seperti pesakit diabetes, HIV/AIDS, kanser, penerima pemindahan organ, dan lain-lain selain stres berpanjangan boleh menyumbang kepada ketuat dengan melemahkan sistem imun” jelasnya.


    Mudah berjangkit melalui sentuhan langsung kulit

    Katanya, ketuat mudah berjangkit dan biasanya tersebar melalui sentuhan langsung dengan kulit, seperti ketika seseorang cuba mencabut ketuat mereka dan kemudian menyentuh kawasan lain di badan.

    Ia juga boleh merebak melalui perkongsian barangan peribadi seperti tuala, pisau cukur atau ketika menggunakan selipar basah yang telah bersentuhan dengan ketuat pada badan seseorang, misalnya ketika berkongsi selipar selepas menggunakan kolam renang awam.

    “HPV adalah virus yang boleh disebarkan melalui sentuhan kulit ke kulit secara langsung dengan seseorang yang dijangkiti atau objek tercemar.

    “Jika ketuat digaru atau dicungkil, ketuat mungkin berkembang di bawah kuku atau virus boleh merebak ke kawasan kulit lain,” katanya.

    Ciri-ciri umum ketuat:

    Beliau berkata, ciri-ciri umum ketuat yang tumbuh di bahagian badan seseorang lazimnya mempunyai permukaan keras dan berkeratin dengan titik-titik merah atau hitam kecil yang boleh dilihat dengan mata kasar.

    “Ketuat dinamakan berdasarkan tempat dan bentuknya. Ketuat biasa dikenali sebagai verruca vulgaris; verruca plana berlaku di muka, tulang kering dan belakang tangan; verruca plantaris di tapak kaki, verruca periungual terdapat di sekitar kuku.

    “Ketuat biasanya bersaiz dari 1 milimeter (mm) hingga 1 sentimeter (cm) atau lebih yang tumbuh secara tunggal atau berganda serta sering ditemui pada lutut, belakang jari tangan atau kaki selain kuku.

    Menurutnya, ketuat yang muncul di tapak kaki biasanya tumbuh ke dalam tapak kaki dan dalam keadaan lebih teruk boleh berkembang kepada bentuk kubah dengan permukaan lembut mengandungi titik hitam atau coklat dan menyebabkan kesakitan semasa berjalan atau berdiri.

    Harus diingat, ketuat boleh tumbuh pada mana-mana bahagian kulit termasuk di kelopak mata, dan saiz dserta bilangannya boleh berkembang dari semasa ke semasa sehingga berpotensi menghalang penglihatan, namun seseorang lebih cenderung mendapat ketuat pada kulit yang cedera.

    Kecacatan kosmetik

    Walaupun kebanyakan ketuat tidak menyebabkan gejala, ia dikhuatiri boleh menyebabkan kecacatan kosmetik yang kadangkala menimbulkan rasa tidak selesa akibat tekanan dan geseran berlebihan.

    Ketuat bersaiz besar misalnya, tumbuh di kaki boleh menghalang pergerakan pesakit dan kemampuan memakai kasut. Ketuat juga boleh memberi kesan psikososial seperti ejekan di sekolah, rasa malu atau dihalang daripada mengikuti kelas renang.

    Rawatan mungkin tidak diperlukan dalam semua kes kerana kebanyakan ketuat sembuh dengan sendiri terutama kepada kanak-kanak.

    Namun, beliau mendapati, rawatan pemusnahan segera lebih disukai daripada penyelesaian semula jadi yang lambat dan hanya berjaya kira-kira 40 peratus dalam tempoh sekitar dua tahun atau lebih.

    Katanya, rawatan bergantung pada simptom, komplikasi, pilihan pesakit, ketersediaan rawatan dan kos setelah diagnosis dibuat. Bagaimanapun, tiada satu pun 100 peratus berkesan dan kes berulang perkara biasa selepas rawatan.

    Dapatkan rawatan paling murah, kurang menyakitkan

    Beliau menyarankan, individu mendapatkan rawatan paling murah dan kurang menyakitkan dahulu. Dalam kebanyakan kes, rawatan topikal menggunakan cat ketuat, pes atau tampalan mengandungi asid salisilik, podofilin atau sebatian serupa berfungsi menghilangkan sel-sel kulit permukaan.

    Katanya, asid salsilik akan menyebabkan rasa pedih kulit kerana bersifat menghakis dengan kadar kejayaan antara 50 peratus hingga 70 peratus manakala cat ketuat membolehkan penyembuhan dalam tempoh 12 minggu melalui penggunaan harian sendiri di rumah.

    Rawatan lain adalah krioterapi yang menggunakan nitrogen cecair bagi untuk pengelupasan lapisan permukaan kulit dan ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa kerana kulit melepuh selama beberapa hari.

    “Rawatan pembedahan elektro iaitu menggunakan arus elektrik pula digunakan untuk ketuat besar dan tahan lasak. Terdapat keberangkalian 20 peratus untuk ketuat kembali tumbuh pada parut menjadikannya agak sukar dirawat,” katanya.

    Menurutnya, alternatif lain adalah menggunakan ubat oral seperti Vitamin A analog yang dipanggil acitretin untuk mempercepatkan ‘turnover’ sel supaya boleh keluarkan kulit baharu dan cimetidine untuk memperlahankan angiogenesis (proses pembentukan saluran darah baharu).

    “Bagaimanapun, semua rawatan itu tidak spesifik direka untuk merawat ketuat dan mempunyai kesan sampingan tersendiri,” katanya.

    Periksa kulit secara berkala

    Dr Wooi Chiang menasihati mereka yang mengalami masalah ketuat memeriksa kulit secara berkala untuk melihat sama ada berlaku pertumbuhan ketuat baharu atau sebarang keabnormalan dan mendapatkan rawatan segera untuk mengelakkan virus menembusi lapisan kulit yang lebih dalam.

    “Rawatan tidak menghapuskan virus, tetapi berfungsi dengan menghilangkan kulit yang mengandungi virus. Konsistensi dalam rawatan dan kesabaran adalah penting. Harus ingat, HPV menjangkiti lapisan sel basal (paling bawah) epidermis, jadi ketuat akan cepat muncul semula jika virus tidak dihapuskan sepenuhnya,” katanya.

    Antara fakta mengenai ketuat:

    ● Ketuat tiada kaitan dengan kandungan tahap kolesterol dalam badan.

    ● Kanak-kanak dan remaja mempunyai keberangkalian tinggi mempunyai ketuat dengan secara purata, satu daripada tiga remaja mempunyai masalah kulit itu.

    ● Ketuat menjejaskan tiga hingga lima peratus orang dewasa dan mencecah sehingga 10 peratus dalam populasi secara umum.

    ● Ketuat tidak mengenal jantina, usia tua atau muda, warna kulit sama ada berkulit cerah atau gelap dan bangsa seseorang. Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja.

    ● Ketuat lebih cenderung muncul di tangan, kaki, dan leher kerana kawasan berkenaan sering terdedah, mudah lembap serta cedera.

    ● Sistem imun lemah juga boleh menjadikan individu lebih mudah dijangkiti ketuat memandangkan sistem imun melawan jangkitan termasuk virus HPV dan apabila sistem imun lemah.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleFaith Events, OUM jalin kerjasama maju pendidikan Islam, perkukuh pemahaman antara agama
    Next Article Selera Warisan Mines Beach Resort tawar 100 hidangan
    kolumnis

    Related Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    By Team KLHypeApril 14, 2026

    PETALING JAYA, 14 April 2026 – Program kesetiaan MYguardian Rewards, yang dilancarkan sejak 2025, kini…

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 20265K

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 20263K

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 20262K

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 20265K

    Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

    April 10, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.