Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    DPDDM, DPPKL jalin kerjasama strategik dengan UTM Space Services perkasa modal insan

    June 5, 2026

    Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

    June 4, 2026

    Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

    June 4, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • DPDDM, DPPKL jalin kerjasama strategik dengan UTM Space Services perkasa modal insan
    • Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 
    • Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan
    • Gaya Hidup Moden Punca Tekanan: Program ‘Pure Reset Malaysia’ Ajak Warga Kota Utamakan Kesihatan Holistik
    • Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan
    • Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’
    • Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026
    • Imbau Nostalgia 80-an Di Karnival VIKids Alamanda Dan Mesra Mall Sepanjang Cuti Sekolah
    Sunday, June 7
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Carlo Rino Pilih Tracie Sinidol Jadi Duta, Sasar Pikat Generasi Muda

      May 26, 2026

      iBidan Bina Platform Pemulihan Selepas Bersalin Yang Lebih Moden dan Sistematik

      May 24, 2026

      KLIBW Anjur The Beauty & Fragrance House 2026, himpun produk kecantikan & wangian tempatan

      May 9, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Dari perniagaan sambal dan kosmetik, Aleeya Avenys kini tauke batu permata
    BIZ

    Dari perniagaan sambal dan kosmetik, Aleeya Avenys kini tauke batu permata

    Team KLHypeBy Team KLHypeFebruary 23, 2026No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Jika mahu disingkap kembali bukan mudah perjalanan hidup usahawan dan pempengaruh terkenal, Aleeya Zailan.

    Ibu kepada tiga anak yang kini dikenali dengan nama Aleeya Avenys menganggap semua itu termasuk kisah silam hidup susah dan lahir dalam keluarga bercerai berai  sebagai pelajaran serta pengalaman berharga. 

    Enggan menoleh ke belakang lagi, wanita kecil molek berkulit putih gebu itu kini juga sudah berjinak-jinak dengan cabang perniagaan baharu sebagai sebagai tauke barang kemas pula baru-baru ini di bawah nama Avenys & Co.

    Terdahulu, isteri kepada Azri Aziz atau lebih dikenali dengan gelaran Big Boss itu meneroka dan mencipta nama dalam perniagaan jual sambal, penjagaan kulit dan suplemen.

    Sejak awal, suami tercinta yang mesra dengan Big Boss menjadi penyokong setia pempengaruh dan usahawan popular ini.

    “Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi berlian dan permata umpama teman akrab golongan wanita. Macam lagu mendiang Marilyn Monroe berjudul Diamonds Are a Girl’s Best Friend.

    Evolusi bisnes: dari sambal ke empayar barang kemas

    “Dalam erti kata lain, saya sudah mula ‘tersuka’ dan ‘terjatuh hati’ dengan barang kemas terutama berlian. Dari membeli dan mencari berlian terbaik untuk diri sendiri, akhirnya jadi geram sampai terbeli dalam kuantiti banyak.

    Kini Aleeya Avenys bergelar tauke berlian dan permata pula.

    “Kemudian suka pula batu permata. Lama-kelamaan, asyik fikir dan menikmati keindahan barang kemas, tercetus rasa serta keputusan untuk menceburi perniagaan ini. Lebih istimewa saya reka sendiri barang kemas yang diingini,” katanya teruja.

    Aleeya Avenys berkata, fokus dan tumpuannya terhadap perniagaan barang kemas juga lebih banyak sekitar 80 peratus.

    “Selebihnya (20 peratus) perhatian itu tetap diberikan untuk perniagaan penjagaan kulit (jenama Avenys) yang dibangunkan sejak beberapa tahun lalu. 

    “Tambahan lagi, perniagaan penjagaan kulit itu sudah ibarat boleh lepas tangan kerana sudah boleh dibeli di banyak premis perniagaan termasuk Guardian dan Aeon Wellness.

    “Saya pun ada hos siaran langsung di TikTok yang aktif menjual. Syukur juga jenama kebanggaan saya ini sudah dikenali, dipercayai dan mempunyai kelompok pelanggan serta peminat tegar,” katanya.

    Misi mendidik pembeli bijak

    Tambah Aleeya Avenys lagi, semangatnya meluaskan cabang empayar perniagaan berlian dan batu permata didorong keinginan untuk mendidik orang untuk lebih bijak membeli.

    “Memang kita selalu dengar ramai yang kena tipu sebab tak tahu selok belok barang kemas. Ada yang beriya -iya nak beli berlian dan permata tapi hujung-hujung batu dicari tak berkilau selain palsu. 

    “Jadi untuk permulaan barang kemas saya ini dibuat secara konsep ‘made to order’ dan boleh ditempah menerusi laman sesawang www.avenys.com,” Katanya.

    Cabaran akaun digodam & TikTok diharamkan

    Dalam pada itu, Aleeya Avenys mengakui masih bersarang rasa sedih dan ralat apabila akaun Instagram (IG) peribadinya dengan jumlah lebih 900,000 pengikut digodam sebelum ini.

    Aleeya Avenys akui kehilangan akaun Instagram peribadi cukup memberi tempatan besar dalam hidup.

    “Sedih memang sedih kerana IG itu banyak kenangan. Termasuklah mengumpul ramai peminat dan pelanggan. Menerusi IG itu juga saya perlahan demi perlahan membina jenama, meluaskan empayar diri serta pengaruh perniagaan.

    “Saya kini banyak guna medium Facebook dan TikTok saja. Tapi kebelakangan ini lebih kepada Facebook (Avenys) termasuk buat ‘live’ di medium berkenaan kerana banyak sangat kekangan di TikTok. TikTok perniagaan saya sendiri sudah empat kali diharamkan. 

    “Saya ada juga usaha untuk mendapatkan akaun IG itu kembali. Tapi macam agak sukar. Akhirnya, kena reda saja. Ada juga buat akaun IG baharu, tapi  berjaya kumpul sedikit saja pengikut sekitar lebih 2,000.

    Wanita kebal yang selesa menjenamakan dirinya sebagai Aleeya Avenys.

    “Natijahnya sampai wang syarikat  saya di bawah akaun TikTok itu pun lesap. Sudah banyak kali buat aduan dengan pihak TikTok tapi semuanya berakhir dengan kehampaaan,” Katanya.

    Kesan penyakit ain & kembali aktif ber-Vlog

    Aleeya Avenys sebelum ini juga mengakui pernah memperlahankan kerancakan bersiaran langsung di media sosial kerana penyakit ain.

    “Sebab itu juga juga saya guna khidmat hos siaran langsung. Kita tak pernah tahu apa yang ada dalam hati orang yang mungkin iri dan cemburu. Jadi saya ambil langkah berjaga-jaga untuk tidak terlalu menonjol.

    “Cuma kebelakangan ini saya mula rasa senangat  balik nak aktif di media sosial termasuklah buat vlog untuk dimuat naik di TikTok dan platform media sosial lain.

    “Macam baru-baru ini saya ada buat vlog semasa bercuti di benua Antartika selama tiga minggu bersama suami. Percutian mewah itu pun mencuri perhatian netizen apabila ada yang menyamakan kos ke sana macam pakej VIP menunaikan haji. Macam – macam lagilah telahan netizen, tapi saya sudah Imun,” Katanya.

    Aleeya Avenys Fashion Featured Featured Slider fesyen lifestyle
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleJenama Peranti Penyingkiran Bulu, Ulike Anjur Acara Tahun Baharu Raya dengan Penuh Gemilang
    Next Article Jelajah Kulinari 5 Rasa: MiCasa All Suite Hotel Raikan Ramadan Dengan Sentuhan Autentik Mahsuri
    Team KLHype

    Related Posts

    Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

    June 4, 2026

    Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

    June 4, 2026

    Gaya Hidup Moden Punca Tekanan: Program ‘Pure Reset Malaysia’ Ajak Warga Kota Utamakan Kesihatan Holistik

    June 2, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    DPDDM, DPPKL jalin kerjasama strategik dengan UTM Space Services perkasa modal insan

    By Team KLHypeJune 5, 2026

    KUALA LUMPUR, 5 Jun 2026 – Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) bersama gabungan delegasi Dewan…

    Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

    Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

    Gaya Hidup Moden Punca Tekanan: Program ‘Pure Reset Malaysia’ Ajak Warga Kota Utamakan Kesihatan Holistik

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    DPDDM, DPPKL jalin kerjasama strategik dengan UTM Space Services perkasa modal insan

    June 5, 20263K

    Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

    June 4, 20263K

    Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

    June 4, 20262K

    Gaya Hidup Moden Punca Tekanan: Program ‘Pure Reset Malaysia’ Ajak Warga Kota Utamakan Kesihatan Holistik

    June 2, 20262K

    Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

    June 1, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    DPDDM, DPPKL jalin kerjasama strategik dengan UTM Space Services perkasa modal insan

    June 5, 2026

    Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

    June 4, 2026

    Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

    June 4, 2026

    Gaya Hidup Moden Punca Tekanan: Program ‘Pure Reset Malaysia’ Ajak Warga Kota Utamakan Kesihatan Holistik

    June 2, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.