Haruman sering kali menjadi jambatan kepada memori. Menjelang Aidilfitri tahun ini, jenama wangian global terkemuka, Bath & Body Works, melancarkan kempen Raya bertemakan “Sekali Hidu, Pulang Rindu”.
Kempen ini bukan sekadar tentang wangian, malah ia sebuah naskhah cinta buat nostalgia pagi Syawal yang sentiasa dirindui.


Melalui kerjasama bersama Astro dan Rocketfuel Entertainment, sambutan tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran kumpulan ALPHA—pemenang anugerah yang kini mendominasi carta dengan lagu Raya No.1 di Malaysia bagi tahun 2026.
6 Wajah, 6 Personaliti, 6 Haruman Mewah
Meraikan kepelbagaian rasa rindu, Bath & Body Works memperkenalkan enam personaliti popular iaitu Nadia Annuar, Masnorr, Rasyidin, Raasyiqa, Triiseya, dan Ellysa Ramlee sebagai wajah kempen tahun ini. Setiap daripada mereka mewakili satu aroma eksklusif daripada koleksi Everyday Luxuries yang direka untuk melengkapkan setiap momen di hari raya.

Diraikan dalam suasana mesra berbuka puasa di Restoran De.Wan, berikut adalah “menu” haruman yang bakal membuatkan Raya anda terasa lebih premium:
1. Mediterranean Mirage: Aura Riviera Eropah
Sesuai buat mereka yang inginkan kesegaran luar biasa di pagi Raya. Gabungan bergamot segar, amber yang mempesona, dan musk lembut membawa imaginasi anda ke perairan biru kristal Riviera Eropah.
Vibe: Segar, ceria, dan sangat classy untuk menziarahi keluarga.
2. Covered In Roses: Keanggunan Mawar Mewah
Bayangkan anda dikelilingi ribuan kelopak mawar yang mekar. Dengan nota ruby berries, sugared rosebuds, dan blush amber, haruman ini cukup manis dan elegan untuk Raya yang istimewa.
Vibe: Romantik, lembut, dan sofistikated.
3. Free As A Flower: Pesona Rumah Terbuka
Ringan dan penuh pesona! Campuran wild orange flower, bright lavender, dan creamy vetiver ini memberikan sentuhan menyegarkan ketika anda sibuk melayan tetamu atau bergelak tawa bersama sahabat handai.
Vibe: Bebas, ceria, dan menenangkan.
4. Midnight Addiction: Haruman Malam yang Memikat
Selepas seharian menziarahi, tenangkan diri dengan aura Midnight Addiction. Nota ripe plum, rich almond flower, dan addictive coffee bean memberikan sentuhan manis lembut dengan sedikit rempah yang memikat.
Vibe: Bold, misteri, dan ketagih!
5. Inner Angel: Ketenangan dalam Kemewahan
Serlahkan sisi tenang anda dengan Inner Angel. Wangian yang membangkitkan rasa syukur di penghujung hari dengan nota spiced apple cognac, tonka bean, dan warm praline.
Vibe: Mewah, manis, dan ‘dreamy’.
6. Pink Obsessed: Mood Happy di Pagi Raya
Wangian yang buat hati tersipu malu! Gabungan blushing jasmine, cashmere praline, dan vanilla bourbon pastinya membuatkan mood anda terus ceria sepanjang majlis rumah terbuka.
Vibe: Manis, ceria, dan penuh energi remaja.
Ganjaran Eksklusif: Kolaborasi Bersama Tudung Ruffle
Melengkapkan lagi gaya Raya anda, Bath & Body Works turut bekerjasama dengan jenama hijab popular, Tudung Ruffle.

Khas buat para peminat wangian (fragrance fans), anda boleh memiliki Sampul Raya Eksklusif Bath & Body Works x Tudung Ruffle secara PERCUMA (6 paket) dengan setiap perbelanjaan minimum RM120. Satu tambahan koleksi yang wajib dimiliki buat pengumpul sampul raya tegar!
Terokai koleksi penuh


Raya bukan sekadar tentang hari, ia tentang rasa yang tinggal di hati. Kerana ada rindu yang tidak perlukan jarak; cukup dengan satu haruman, segala memori kembali dekat.
Jadikan setiap momen Syawal tahun ini terasa lebih mewah dengan rangkaian Everyday Luxuries. Terokai koleksi penuh di cawangan Bath & Body Works berhampiran anda atau beli secara dalam talian sekarang!


