Dua gergasi budaya popular, FUJIFILM dan atmos, kini menjalin kerjasama strategik menerusi penganjuran program “Street in Focus” bersempena sambutan ulang tahun ke-40 kamera filem sekali guna ikonik, FUJIFILM QuickSnap™.
Inisiatif terbaharu ini mempertemukan dua dunia berbeza – kepakaran seni fotografi analog FUJIFILM dan pengaruh kuat budaya streetwear serta sneaker daripada atmos – ke dalam satu ruang kreatif yang memfokuskan ekspresi diri dan penceritaan komuniti bandar.
Bertempat di atmos Mid Valley Megamall, orang ramai berpeluang merasai pengalaman unik menerusi konsep in-store takeover khas yang berlangsung dari 5 hingga 25 Oktober ini.
Empat dekad legasi QuickSnap™ ungkap pesona fotografi analog

Dalam era digital yang serba pantas, fotografi filem terus mempertahankan kedudukannya yang tersendiri menerusi pengalaman merakam imej yang autentik dan sentimental.
Sempena meraikan empat dekad legasi QuickSnap™, FUJIFILM memperkenalkan dua model baharu dalam rangkaian ikonik berkenaan pada harga RM118 setiap satu:
- QuickSnap Black and White™: Kamera sekali guna yang memfokuskan kepada imej hitam putih bernuansa tinggi, memberikan penekanan terhadap kontras dan tekstur visual. Ia direka ringkas tanpa tetapan rumit, sangat ideal untuk gaya fotografi jalanan (street photography) dan lanskap seni bina bandar.
- QuickSnap Active™: Khas buat peminat aktiviti luar dan pengembaraan, model kalis air ini mampu beroperasi sehingga kedalaman 10 meter. Ia sesuai digunakan ketika percutian di pantai, aktiviti di kolam renang, mahupun sukan air.


Inovasi fotografi segera generasi baharu
Selain meraikan warisan analog, kolaborasi ini turut menjadi pentas pelancaran tempatan bagi generasi baharu fotografi segera menerusi pengenalan instax Pal 2™ dan instax Link WIDE 2™.
Kedua-dua peranti moden ini direka untuk melengkapi gaya hidup generasi muda yang inginkan kemudahan cetakan terus daripada telefon pintar dengan kualiti warna yang menyerlah.




Raikan Kuala Lumpur menerusi Pameran “Capture Your City”
Antara tarikan utama sepanjang tempoh pengambilalihan (takeover) ini ialah Pameran Galeri Foto Komuniti: “Capture Your City: Kuala Lumpur Edition”.
Sebanyak lebih 50 karya daripada peserta pelbagai latar belakang dipamerkan, merakam kepelbagaian sudut, wajah dan warna-warni ibu kota Kuala Lumpur menerusi lensa persendirian mereka.


Selain itu, pengunjung dan peminat tegar budaya jalanan juga berpeluang melihat secara dekat koleksi barangan barangan edisi terhad eksklusif FUJIFILM x atmos yang dikeluarkan khas sempena sambutan ulang tahun ke-40 QuickSnap™.
Maklumat acara & pelancaran tempatan
- Lokasi: atmos, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
- Tarikh: 5 Oktober – 25 Oktober 2026
- Tarikh Pelancaran Model QuickSnap™: 15 September (Kini boleh didapati di pasaran pada harga RM118)


