Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula
    • Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal
    • DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR
    • Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah
    • Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai
    • Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu
    • Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’
    • Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran
    Thursday, April 16
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

      April 14, 2026

      Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

      April 13, 2026

      Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

      April 10, 2026

      Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

      April 5, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » MILO® anjur Kejuaraan Surf Skate pertama dan terbesar
    Lifestyle

    MILO® anjur Kejuaraan Surf Skate pertama dan terbesar

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaSeptember 25, 2023No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    milo
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    PUTRAJAYA – MILO® telah mengadakan karnival keluarga dan Kejuaraan Surf Skate yang pertama dan terbesar dalam usaha untuk merayakan Hari Malaysia bersama rakyat Malaysia di Putrajaya Challenge Park, baru-baru ini.

    Program selama dua hari berturut-turut itu mencerminkan dengan jelas sokongan kukuh dan komitmen tinggi MILO® terhadap sukan dan kecergasan melalui kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO, yang tidak hanya memberikan dorongan besar kepada industri surf skate di Malaysia, malah memperkukuhkan ikatan negara dalam semangat kesukanan yang penuh bermakna.

    MILO® sentiasa komited terhadap perkembangan industri sukan dan kesihatan, dengan tekad untuk membantu rakyat Malaysia mencapai potensi penuh mereka, melalui pemberian tenaga yang tidak terbatas, mendorong percubaan perkara baharu, serta menjelajahi setiap peluang yang ada.

    Barisan juri pada Kejuaraan Surf Skate MILO®baru-baru ini.

    Tahun ini, MILO® telah menggerakkan komuniti sukan surf skate dengan mengadakan Kejuaraan Surf Skate yang pertama dan terbesar, berkolaborasi erat dengan Wavvy Hub Surf Skate Club.

    Inisiatif luar biasa ini menerima reaksi hangat dari peminat surf skate di seluruh negara dan rantau Asia Pasifik, yang berkumpul untuk bersaing dalam acara selama dua hari.

    Peserta berbakat ini juga telah mengagumkan kemahiran unik dan teknik-teknik surf skate yang penuh tenaga, menunjukkan semangat serta dedikasi tinggi dalam dunia sukan yang begitu memukau ini.

    Pengurus Pemasaran Sukan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad Lim Ker Win (dua dari kanan) bersama Pengasas Wavvy Hub Surf Skate Club.

    Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen berkata, MILO® yakin bahawa pembelajaran melalui sukan adalah langkah penting dalam perkembangan kanak-kanak.

    Katanya sama ada melalui sukan surf skate, badminton, bola sepak, atau mana-mana sukan asas, aktiviti ini membentuk kemahiran, ketabahan, dan keyakinan diri, sambil menghimpun nilai-nilai positif seperti komunikasi, semangat bekerjasama, dan tanggungjawab.

    “Kami sungguh bersyukur dengan sokongan luar biasa yang diberikan oleh komuniti surf skate, rakan kongsi, penaja, dan peserta yang telah menjayakan acara ini.

    “Memandang kepada perjalanan MILO® di Malaysia sejak dahulu, slogan ‘Malaysia Boleh’ yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1992 sempena Sukan SEA 1993, masih menyiratkan makna besar serta membangkitkan semangat perpaduan di kalangan kami sebagai rakyat Malaysia.

    “Saya berharap ia akan terus memberi motivasi kepada kita semua untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan menjadi sejarah yang bermakna. Mari kita terus mencapai kejayaan bersama-sama di bawah slogan #MalaysiaBolehBersamaMILO,” katanya.

    Bengkel Surf Skate dibuka kepada orang ramai untuk mencuba Surf Skating.

    Kejuaraan Surf Skate ini telah menghimpunkan hadiah-hadiah yang cukup menggiurkan dengan jumlah keseluruhan lebih RM40,000.

    Hadiah-hadiah ini dibahagikan kepada empat kategori yang berbeza iaitu Piala Terbuka Lelaki dan Wanita, Plat Terbuka Lelaki dan Wanita, Kategori Kanak-kanak, serta Kategori Khas yang memberi penghargaan kepada pencapaian istimewa.

    Muhamad Nor Afiq Haikal dan Faye Tan dari Malaysia yang bergelar juara bagi kategori Piala Terbuka Lelaki dan Wanita, telah menerima hadiah wang tunai bernilai RM3,000 setiap seorang serta barangan tajaan lain seperti pakej 1 tahun Pendaftaran Masuk Percuma ke Wavvy Club, satu tiket untuk pakej 3H2M Surf Perhentian, satu set lengkap YOW Performance Board, baucar tunai Rip Curl berjumlah RM500 dan kontrak duta dengan Chillax (Cariuma) selama 1 tahun serta dua pasang Cariuma.

    Manakala Nitinai Sorrawit Jinyong dari Thailand dan Cmylia Lai dari Malaysia yang dinobatkan sebagai juara Plat Terbuka Lelaki dan Wanita, telah menerima baucar tunai Rip Curl bernilai RM400 dan barangan tajaan lain.

    Di samping itu, juara bagi Kategori Kanak-kanak juga turut disampaikan dengan hadiah menarik yang merangkumi satu set lengkap YOW Board, pakej 3 bulan Pendaftaran Masuk percuma ke Wavvy Club, dan baucar tunai bernilai RM200 dari Rip Curl.

    Pemenang Kategori Khas seperti Best Flow dan Best Newcomer, Sorrawit Jinyong dari Thailand, Kimi Lim dari Malaysia, dan Strala dari Singapura, juga turut menerima penghargaan eksklusif, antaranya termasuk YOW Surf Wheels, YOW Surf Deck dan topi keledar keselamatan.

    Selain daripada Kejuaraan Surf Skate yang berlangsung, terdapat juga pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti cabutan bertuah dan persembahan.

    Ng Su Yen (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia & Singapura, Juan Aranols (dua dari kiri) bergambar di hadapan Trak ikonik MILO® yang disediakan buat pengunjung.

    Nestlé Harvest Gourmet, Nestlé Ice Cream, LlaoLlao, dan Tealive adalah antara jenama-jenama yang turut hadir dalam Fun Fair Hari Malaysia MILO® dan menawarkan menu MILO® edisi terhad menggunakan produk MILO®.

    Trak MILO® Goodness yang terkenal turut memeriahkan acara tersebut dengan menyajikan pengalaman 360 ̊ kepada orang awam, memungkinkan mereka untuk menyelami seluk-beluk proses pembuatan MILO®.

    Selain itu, trak-trak MILO® yang ikonik juga turut hadir pada hari tersebut untuk memberikan peluang kepada semua untuk mencuba MILO® secara percuma.

    Acara dua hari ini menerima sambutan yang amat positif dari orang awam dan mendorong MILO® untuk kekal komited dalam menganjurkan lebih banyak acara sukan dan aktitviti dalam masa yang terdekat untuk belia dan komuniti-komuniti sukan.

    Langkah yang diambil MILO® ini akan terus mendayakan rakyat Malaysia untuk kekal aktif dan mengejar cita-cita mereka.

    Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web MILO® Malaysia di www.milo.com.my.

    #MalaysiaBolehBersamaMILO milo surf skate
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article20 pelajar terpilih terima biasiswa sarjana muda PIDM pengajian tinggi
    Next Article Kawkki Korean Flaming Chicken buka cawangan pertama di Malaysia
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 2026

    Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

    April 10, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    By Team KLHypeApril 14, 2026

    PETALING JAYA, 14 April 2026 – Program kesetiaan MYguardian Rewards, yang dilancarkan sejak 2025, kini…

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 20265K

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 20263K

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 20262K

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 20265K

    Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

    April 10, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.