Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula
    • Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal
    • DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR
    • Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah
    • Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai
    • Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu
    • Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’
    • Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran
    Thursday, April 16
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

      April 14, 2026

      Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

      April 13, 2026

      Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

      April 10, 2026

      Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

      April 5, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Dettol perkenal Hygiene Hour terap tabiat cuci tangan, amalan kebersihan
    Lifestyle

    Dettol perkenal Hygiene Hour terap tabiat cuci tangan, amalan kebersihan

    EpulBy EpulOctober 25, 2023No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    dettol
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KUALA LUMPUR – Penyakit berjangkit semakin meningkat kerana amalan mencuci tangan dan kebersihan komprehensif yang diamalkan semasa pandemik COVID-19 semakin berkurangan walaupun mencuci tangan secara berterusan merupakan satu-satunya langkah pencegahan yang paling berkesan.

    Di samping itu, penularan penyakit berjangkit dan kesan perubahan iklim juga semakin meningkat.

    Pengerusi Majlis Kebersihan Global (GHC), Profesor Emerita Elizabeth Scott melaporkan bahawa kesan buruk penyakit berjangkit terhadap masyarakat tidak pernah sebegini jelas.

    Memandangkan pandemik COVID-19 menunjukkan tanda-tanda akan berakhir, ‘pandemik senyap’ kerana kerintangan antibiotik (AMR) sedang berlaku, di mana, AMR diiktiraf sebagai salah satu daripada ancaman terbesar kepada kesihatan manusia.

    “Dianggarkan, pada tahun 2019, kematian 4.95 juta orang dikaitkan dengan Jangkitan bakteria yang kebal terhadap antibiotik.

    “Jika tiada tindakan yang diambil bagi menghentikan penyebaran AMR, angka ini boleh meningkat kepada 10 juta kematian setahun menjelang tahun 2050 yang mana prosedur biasa seperti pembedahan caesarean akan mengalami risiko yang lebih besar,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika perbincangan panel informatif untuk bertukar pandangan mengenai kepentingan penambahbaikan amalan kebersihan, konteks kesihatan global dan landskap kesihatan awam tempatan sempena Hari Mencuci Tangan Sedunia 2023 anjuran Dettol dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, GHC, Pakar Penyakit Berjangkit, Profesor Dr Zamberi Sekawi dan Watsons.

    Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dari Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Norhayati Rusli bagi menyokong inisiatif dan usaha ini bersama pakar kesihatan utama yang bertujuan menyokong program Madani Afiat Kementerian Kesihatan dengan menggalakkan pengamalan tabiat kebersihan dan mencuci tangan yang lebih berkesan di seluruh Malaysia.

    GHC mengiktiraf bahawa amalan kebersihan seperti mencuci tangan sebagai satu cara bagi menangani AMR melalui pengurangan risiko jangkitan serta keperluan untuk antibiotik.

    Kebersihan tangan boleh membantu mengurangkan penyebaran jangkitan sekaligus melindungi 1 dalam 3 kanak-kanak yang terjejas dengan cirit-birit dan telah menunjukkan pengurangan 30% dalam preskripsi antibiotik untuk kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan. 

    Dengan itu, GHC menggesa Kerajaan dan penggubal dasar untuk meningkatkan kepentingan kebersihan bagi melindungi berjuta-juta nyawa.

    Dr Zamberi berkata, dalam memerangi penyakit berjangkit, amalan kebersihan yang baik adalah barisan pertahanan pertama kita.

    Cabaran global baru-baru ini yang ditimbulkan oleh penyakit berjangkit telah menekankan keperluan untuk mematuhi langkah-langkah asas yang berkesan ini.

    “Di peringkat tempatan, lima jangkitan paling biasa yang berada di tangga teratas sejak tahun 2021 ialah COVID-19, Demam Denggi, Tuberkulosis, keracunan makanan serta Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), yang mana tiga daripadanya boleh dikurangkan melalui amalan kebersihan tangan yang baik.

    “Dengan menerapkan kebersihan yang baik ke dalam rutin harian kita dan mempromosikan kepentingannya dalam kalangan komuniti, kita boleh mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit dan membina masyarakat yang lebih sihat serta berdaya tahan secara kolektif,” katanya.

    Bagi menangani isu yang berterusan ini, jenama perlindungan kuman, Dettol bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memperkasa amalan kebersihan yang lebih berkesan di seluruh negara, selaras dengan program Madani Afiat – platform yang direka oleh KKM untuk menyalurkan maklumat mengenai pencegahan penyakit dan kebersihan yang penting kepada orang ramai melalui inisiatif jangkauan komuniti.

    Usaha kolaboratif ini bertujuan untuk memperkukuh misi utama jenama dalam melindungi nyawa, mengurangkan beban penyakit dan memacu perubahan tingkah laku yang mewujudkan tabiat kebersihan sepanjang hayat.

    Ia dibina berdasarkan kurikulum ‘Hygiene Quest’ Dettol yang berterusan, satu kempen kesedaran awam yang telah melibatkan 250,000 pelajar sehingga kini dengan sasaran untuk mencapai 4 juta pelajar menjelang tahun 2024 dan menyemai tabiat kebersihan yang berkesan dalam kalangan pelajar sekolah dengan menyebarkan maklumat penting mengenai amalan mencuci tangan.

    Melalui pelbagai platform dan penglibatan pengguna di lapangan, kolaborasi ini menjadi mercu tanda penting dalam komitmen bersama jenama dan Kementerian untuk mengurangkan insiden ponteng sekolah dan mewujudkan tabiat kebersihan yang berpanjangan.

    Wakil daripada Kementerian Kesihatan, Dr Ho Bee Kiau, berkata amalan kebersihan yang baik adalah asas sebuah masyarakat yang lebih sihat.

    Ia membentuk barisan pertahanan pertama melawan penyakit yang boleh dicegah dan memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan awam.

    “Dengan mengamalkan tabiat kebersihan yang betul, kita memperkukuh daya tahan kolektif kita, sekaligus memupuk komuniti yang lebih selamat dan bertenaga untuk semua,” katanya.

    Sementara itu, Pengarah Pemasaran Kesihatan, Malaysia dan Singapura Reckitt, Tiffany Tang berkongsi pihaknya gembira dapat bekerjasama dengan pakar kesihatan serta pemimpin dalam industri kesihatan.

    “Dengan bekerjasama rapat ini, kami boleh menawarkan kepada orang ramai maklumat yang tepat dan komprehensif mengenai memupuk tabiat kebersihan yang lebih baik.

    “Kebersihan tangan adalah cara yang paling mudah dan berkesan untuk membendung penularan penyakit berjangkit kerana 80% daripada kuman merebak melalui tangan dan sehingga tujuh permukaan boleh berpotensi untuk tercemar dengan hanya satu sentuhan. 

    “Dengan mengutamakan perkara ini, kita boleh mengurangkan beban penyakit dengan menawarkan kepada komuniti penyelesaian yang terbaik bagi menggalakkan perubahan tingkah laku dan memotivasikan tabiat kebersihan yang berterusan.” katanya.

    Sebagai lambang komitmen untuk mempromosikan kesedaran kebersihan dan menandakan Hari Mencuci Tangan Global, Dettol memperkenalkan ‘Hygiene Hour’ sulungnya dengan menerangi Menara KL yang ikonik serta menghantar Kru Kebersihan Dettol, penunggang motosikal e-hailing yang berdedikasi, ke pelbagai komuniti bagi menyampaikan kit kebersihan yang penting seperti pembersih tangan Dettol, untuk terus memacu pengamalan amalan kebersihan yang lebih baik.

    Jenama itu juga bekerjasama dengan Peruncit Kesihatan dan Kecantikan No.1 dalam talian dan luar talian di Malaysia, Watsons untuk membantu menanam tabiat mencuci tangan serta amalan kebersihan yang berkesan di 700 lokasi dengan sasaran untuk mendidik lebih 500,000 pembeli dalam tempoh enam bulan.

    Terus berikrar dan berdedikasi untuk memupuk Malaysia ke arah lebih sihat, Dettol dianugerahkan pensijilan Malaysian Book of Records pada acara Hari Mencuci Tangan Global selepas mencapai Penyertaan Kanak-Kanak Terbesar dalam Sesi Kesedaran Mencuci Tangan yang menyaksikan 4,865 orang murid sekolah menyertai inisiatif itu.

    Tang berkata, pihaknya percaya platform seperti acara Hari Mencuci Tangan Global dan Hygiene Hour akan menggalakkan perubahan tingkah laku yang positif serta memberi inspirasi untuk pelaksanaan amalan kebersihan dan mencuci tangan yang lebih baik, sekaligus mempengaruhi masa depan yang lebih bersih dan sihat untuk semua.

    covid-19 Dettol hygiene hour kebersihan
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKumpulan Jakel, Ariani sumbang RM3.5juta untuk Palestin
    Next Article Royal Alloy lancar skuter edisi khas Dinda, kolaborasi dengan Masdo  
    Epul

    Related Posts

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 2026

    Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

    April 10, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    By Team KLHypeApril 14, 2026

    PETALING JAYA, 14 April 2026 – Program kesetiaan MYguardian Rewards, yang dilancarkan sejak 2025, kini…

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 20265K

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 20263K

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 20262K

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 20265K

    Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

    April 10, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.