Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula
    • Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal
    • DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR
    • Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah
    • Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai
    • Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu
    • Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’
    • Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran
    Wednesday, April 15
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

      April 14, 2026

      Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

      April 13, 2026

      Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

      April 10, 2026

      Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

      April 5, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Gilap potensi anak dengan suplemen DXN, jangan malu ada anak istimewa
    Inspire

    Gilap potensi anak dengan suplemen DXN, jangan malu ada anak istimewa

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaNovember 6, 2023No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    DUNIA terasa begitu gelap apabila doktor mengesahkan anak bongsu daripada dua adik-beradik, Muhammad Hayyan Hazrel Ezriq, mempunyai masalah mild autism ketika berusia tiga tahun.

    Sudah pasti sebagai ibu bapa akan sedih mendengar perkhabaran begini sedangkan ketika lahir ke dunia, anak tersebut terlihat sempurna tanpa sebarang masalah kesihatan.

    Namun, disebabkan begitu banyak kempen kesedaran mengenai autism sejak akhir-akhir ini, ibu Muhammad Hayyan, Haryati Karim sedar dia perlu mengambil langkah segera untuk memastikan anaknya mendapat kehidupan berkualiti pada masa depan.

    Apatah lagi kerjayanya sebagai pengamal media, wanita berusia 38 tahun ini mencari solusi dan mengatur tindakan yang harus diambil selepas anaknya didiagnosis masalah tersebut.

    “Tipulah saya dan suami tidak bersedih, tetapi seminggu sahaja. Mengikut saranan doktor saya terus melakukan terapi pertuturan dan terapi cara kerja kerana ketika Hayyan berusia tiga tahun dia langsung tidak bercakap sebaliknya hanya menunjuk jika inginkan sesuatu.

    “Hayyan juga tidak mempunya ‘eye contact’ jika kita bercakap dengannya, tetapi dia boleh bergaul dengan rakan sebaya dengan baik,” katanya.

    Beliau ditemui pada acara Superkids Sharing Session anjuran DXN di DXN Cyberville, Cyberjaya baru-baru ini.

    Menurut Haryati, selain menghantar ke terapi swasta dan kerajaan, dia dan suami juga menghantar anaknya ke sekolah sejak berusia tiga tahun dan kelas renang pada usia lima tahun.

    “Memilili anak autism atau anak istimewa tidak kiralah apa masalah sekalipun, perlu banyak berkorban daripada segi masa dan juga wang ringgit.

    “Saya tahu bukan murah untuk menghantar anak ke terapi swasta, sekolah dan aktiviti tambahan yang lain, tetapi memikirkan semua itu membantu perkembangannya saya usahakan juga.

    “Tidak hanya itu, saya juga banyak mengikuti persatuan dan kumpulan sokongan anak-anak autism di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan ilmu terutama cara-cara melakukan terapi di rumah,” kongsi Haryati.

    Usahanya membuahkan hasil apabila anaknya berusia 4 tahun, Hayyan mula bercakap dan kini pada usia 6 tahun Hayyan boleh berkomunikasi dua hala seperti kanak-kanak lain selain boleh membaca dan mengira.

    Selain rawatan dan terapi di hospital swasta dan kerajaan, Haryati juga mencuba pelbagai rawatan alternatif seperti urutan dan pengambilan supplemen.

    “Urutan khas untuk kanak-kanak seperti Hayyan membantu untuk dia lebih bertenang dan mudah untuk bertutur.

    “Saya juga memberi Hayyan supplemen seperti Spirulina, Ganocelium (GL) dan minyak kelapa dara  keluaran DXN untuk membantunya lebih fokus ketika belajar. Selepas enam bulan pengambilannya memang nampak perubahan apabila dia lebih seronok untuk ke sekolah dan mudah menerima apa yang dipelajari,” kata Haryati.

    Sebagai ibu yang memiliki anak mild autism, Haryati mengesa ibubapa segera membawa anak berjumpa doktor jika anak mereka mempunyai perkembangan yang lewat seperti pertuturan.

    “Ibu bapa tolong jangan berada di fasa ‘indenial‘ atau penafian terlalu lama kerana jika anak benar-benar mempunyai masalah, kelewatan mendapatkan rawatan dan terapi akan memusnahkan masa depan anak anda sendiri.

    Haryati gesa ibu bapa jangan lewat mendapatkan rawatan jika anak bermasalah.

    “Lagi cepat mendapat rawatan dan terapi, lebih banyak potensi anak akan berkembang. Jangan berputus ada, sebolehnya usahakan agar anak boleh berdikari dan hidup dengan masyarakat sebab kita tidak selamanya ada bersama mereka,” jelasnya.

    Bukan itu sahaja, Haryati juga berharap ibubapa untuk tidak malu untuk mendapatkan kad OKU buat anak yang mempunyai masalah.

    Sedar akan stigma dicap sebagai cacat dan sebagainya, ada segelintir ibubapa yang enggan mendaftarkan anak sebagai OKU.

    “Kad OKU banyak faedah untuk anak-anak, kenapa malu untuk mohon? Bukan perlu dipakai atas dahi sebaliknya hanya dikeluarkan jika perlu sahaja.

    “Seperti Hayyan pada usianya 18 tahun, dia akan menjalani pemeriksaan oleh doktor semula. Jika dia okey, kad OKU akan ditarik balik dan dia akan menjalani kehidupan seperti individu normal yang lain,” luah Haryati.

    Ekzema

    Selain masalah autism pada acara tersebut turut dikongsikan tentang cabaran untuk memulihkan anak yang menghidapi ekzema dan juga tip untuk menjadikan anak pintar.

    Yusnida Mohd Yusoff yang merupakan nenek kepada Iris Mikayla, 5, anak yang menghidapi masalah ekzema sejak berusia 4 bulan, mendedahkan bukan mudah untuk menjaga dan memulihkan cucu kesayangannya itu.

    Yusnida Mohd Yusoff kongsi pengalaman mendapatkan rawatan ekzema untuk cucunya.

    “Saya sudah cuba pelbagai cara dan krim dipasaran, tetapi tidak baik-baik juga. Akhirnya dengan menjaga pemakanan dan memberi supplemen seperti Spirulina dan Ganocelium (GL) keluaran DXN, kulitnya pulih.

    Memang bukan mudah kerana rawatan secara alami mengambil masa yang agak panjang, ibu bapa atau penjaga anak ekzema perlu banyak bersabar dan jangan berhenti untuk mendapatkan rawatan.

    “Ekzema ada pelbagai jenis dan setiap orang berbeza-beza kaedah rawatannya. Paling penting harus memastikan kulit sentiasa lembab supaya tidak berasa gatal,” kongsi Yusnida.

    Anak pintar

    Turut berkongsi kisah ialah Siti Zaleha Mat Yusuf, ibu kepada Aish Arissa Maryam Shaiful Azli atau mesra disapa Maryam berusia 10 tahun yang dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar.

    Maryam yang mengamalkan pengambilan Spirulina dan Ganocelium (GL) sejak berusia enam bulan merupakan kanak-kanak cemerlang dari segi akademik dan juga ko-kurikulum.

    Tidak hanya sentiasa mendapat tempat pertama di sekolahnya, SJKC Kuo Min, Nilai, Negeri Sembilan, Maryam yang fasih bertutur dalam bahasa Mandarin, Melayu dan Inggeris itu merupakan atlet muda negeri untuk sukan renang laut terbuka.

    Bahkan Maryam turut merupakan penari Jabatan Kesenian Negeri Sembilan dan penari tarian singa selain berkebolehan bermain piano.

    “Sebagai ibu saya tidak pernah memaksanya untuk membaca buku atau melakukan sebarang aktiviti, sebaliknya semua atas kemahuannya sendiri.

    “Saya hanya menyokong apa sahaja minat anak dan memberinya peluang sehabis baik. Paling penting adalah cara membahagikan masa antara pelajaran dan aktiviti sukan serta muzik,” kata Siti Zaleha.

    Tambahnya, sesibuk manapun kerjanya, dia akan memastikan makanan anak-anaknya terjaga. Baginya pemakanan dan persekitaran yang sihat amat penting untuk pembesaran anak-anak.

    Aish Arissa Maryam Shaiful Azli, 10, dikategorikan sebagai anak pintar atau genius.

    “Selain pelbagai aktiviti dan pengambilan supplemen, paling penting adalah makanan yang sihat yang dimasak di rumah dan sokongan kita sebagai ibubapa kepada anak-anak,” katanya yang memberitahu anaknya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.

    Kesemua mereka berkongsi pengalaman masing-masing dalam sesi sembang santai Superkids Sharing Session yang diadakan di DXN Cyberville, Cyberjaya.

    Mereka turut berkongsi menggunakan supplement DXN iaitu Spirulina, Ganocelium (GL) and Reishi Gano (RG) yang diamalkan secara rutin oleh anak-anak berkenaan.

    Supplement DXN dihasilkan dari bahan semula jadi berkualiti tinggi dan membantu gaya hidup lebih sihat.

    Baca juga:

    DXN terus kukuh jenama, bawa herba tempatan ke pasaran dunia
    autism DXN makanan tambahan pintae pintar Superkids
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBZU BZU tampil losyen pelindung cahaya matahari kanak-kanak
    Next Article Teater Dang Anum ditawar ‘roadshow’ ke Batam dan Riau
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Dari pentas AJL ke puncak tertinggi di Putrajaya: artis popular serikan Gema Raya Putrajaya 2026

    February 5, 2026

    Sheikh Muhammad Fuad raih pengiktirafan tertinggi Universiti Mohammed V Maghribi

    December 30, 2025

    Wakaf kereta bugi EV kepada Madrasah Ustaz Wadi Annuar, Pengasas Go Auto angkat nilai keberkatan dalam perniagaan

    December 30, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    By Team KLHypeApril 14, 2026

    PETALING JAYA, 14 April 2026 – Program kesetiaan MYguardian Rewards, yang dilancarkan sejak 2025, kini…

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 20265K

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 20263K

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 20262K

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 20265K

    Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

    April 10, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.