Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

    May 30, 2026

    Lindungi Mata & Sokong Minda: Anmum™ Tampil Dengan Formulasi Baharu Era Digital

    May 28, 2026

    GCH Retail Santuni Komuniti, Agih Daging Lima Ekor Lembu Di Giant Sri Gombak

    May 28, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026
    • Lindungi Mata & Sokong Minda: Anmum™ Tampil Dengan Formulasi Baharu Era Digital
    • GCH Retail Santuni Komuniti, Agih Daging Lima Ekor Lembu Di Giant Sri Gombak
    • Program Quranic Madani Di Rumah Titian Kaseh Sokong Aspirasi Menteri Agama
    • AKMAL Rai 201 Huffaz, Komited Lahirkan Generasi Pemimpin Berpaksi al-Quran
    • Carlo Rino Pilih Tracie Sinidol Jadi Duta, Sasar Pikat Generasi Muda
    • iBidan Bina Platform Pemulihan Selepas Bersalin Yang Lebih Moden dan Sistematik
    • Tular Di TikTok & Raih Anugerah Prestij, Bartech Beautee Kini Sedia Ke Indonesia Bersama Teknologi AI
    Sunday, May 31
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Carlo Rino Pilih Tracie Sinidol Jadi Duta, Sasar Pikat Generasi Muda

      May 26, 2026

      iBidan Bina Platform Pemulihan Selepas Bersalin Yang Lebih Moden dan Sistematik

      May 24, 2026

      KLIBW Anjur The Beauty & Fragrance House 2026, himpun produk kecantikan & wangian tempatan

      May 9, 2026

      Jubin Nautiyal Kembali ‘Pukau’ Peminat Malaysia Dengan Konsert Maraton 3 Jam Malam Ini!

      May 9, 2026

      Applecrumby® dan Hock Kee Raikan Hari Ibu dengan Momen Manis dan Sentuhan Keprihatinan untuk Sekeluarga

      May 9, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Bukan Sekadar Kereta Kompak! Ini Sebab Kenapa Toyota Yaris G Jadi Pilihan Paling ‘Stailo’ Untuk Anak Muda

      April 8, 2026

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Azizulhasni kini duta Oligo, pacu impian emas pertama Olimpik  
    Inspire

    Azizulhasni kini duta Oligo, pacu impian emas pertama Olimpik  

    Team KLHypeBy Team KLHypeMarch 16, 2024Updated:March 19, 2024No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    azizulhasni
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Syarikat Power Root turut menyumbangkan RM250 ribu kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima 

    KUALA LUMPUR – Oligo, minuman malt coklat yang enak dan berkhasiat keluaran syarikat Power Root Berhad  berganding bahu dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang untuk memacu impian pingat emas pertama Sukan Olimpik bagi Malaysia. 

    Azizulhasni, yang dikenali dengan nama jolokan Pocket Rocketman, dilantik sebagai duta jenama Oligo kerana semangat juang beliau yang tidak pernah luntur dalam sukan berbasikal trek pecut. 

    Semangat yang ditunjukkan beliau mewakili komitmen yang sama Oligo dalam memberikan tenaga dan zat-zat kepada penggunanya. 

    Pengerusi Bersama Power Root, Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin YAM Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj berkata, sejajar dengan slogan Oligo, iaitu Aktifkan Potensi Anda, jenama itu ingin melihat Pocket Rocketman memaksimumkan kehebatan beliau semasa pertandingan dengan Oligo yang diperkayakan NutriMax. 

    “Azizulhasni ialah seorang atlet negara yang kental. Beliau sentiasa bergerak ke hadapan. Setelah mendapat pingat gangsa ketika Sukan Olimpik di Rio de Janeiro pada tahun 2016, beliau terus berusaha sehingga berjaya merangkul pingat perak pula di Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020.” 

    “Harapan kami sekarang ialah untuk melihat Azizulhasni memenangi pingat emas Sukan Olimpik yang pertama untuk Malaysia pada tahun ini,” katanya pada majlis pelantikan Azizulhasni sebagai duta Oligo, baru-baru ini.

    Dalam pada itu, syarikat Power Root turut menderma sebanyak RM250 ribu kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima untuk memberikan bantuan kewangan dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu kemanusiaan di Gaza. 

    Untuk bulan-bulan yang seterusnya, jenama Oligo juga akan terus menyokong inisiatif ini dengan menyumbangkan 50 sen untuk setiap pembelian produk Oligo dalam bentuk serbuk dan 10 sen bagi setiap pembelian produk Oligo sedia diminum.

    “Melalui kerjasama ini, syarikat kami berharap untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk-penduduk Gaza dan sekali gus menyatakan solidariti kami bersama mereka,” kata Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj.

    Melalui gandingan Azizulhasni dengan Oligo, syarikat Power Root berharap ia akan memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengejar kecemerlangan, mempunyai kecekalan, serta mengamalkan gaya hidup yang sihat. 

    Menurut Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj, Azizulhasni ialah atlet yang terbaik untuk mempamerkan imej yang Oligo ingin sampaikan kepada masyarakat Malaysia. 

    Dalam mengejar kejayaan, Azizulhasni terkenal dengan sikap tidak mengaku kalah walaupun beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran yang getir. 

    Pihak media pernah melaporkan bahawa beliau meneruskan kayuhan meskipun betisnya tertusuk serpihan kayu semasa bertanding acara keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester, England pada Februari 2011. 

    Dengan azam kuat, beliau akhirnya berjaya menamatkan pertandingan di tempat yang ketiga. Ketika Sukan Olimpik di Tokyo pada tahun 2020 pula, Azizulhasni menyatakan bahawa beliau tidak pernah gentar dan bimbang walaupun saiz fizikalnya lebih kecil berbanding pelumba-pelumba lain. 

    Untuk meraikan kehebatan beliau sebagai jaguh dunia, Oligo akan memperkenalkan bungkusan baru yang memaparkan Azizulhasni. 

    Oligo diperkaya NutriMax, iaitu sejenis campuran proprietari Oligofruktosa vitamin B6, B12, kalsium dan mineral-mineral penting. 

    Rekabentuk bungkusan terbaru Oligo terdapat dalam bentuk serbuk dan pek sedia diminum. 

    Ia akan diedarkan di pasaraya-pasaraya terkemuka dan kedai-kedai runcit di seluruh negara dalam sachet 30g, pek isian semula 950g, cawan segera, tin minuman 240ml dan pek Tetra 200ml yang baru. 

    Pek Tetra terbaru ini mampu memelihara kesegaran dan integriti pemakanan untuk mereka yang aktif supaya kebaikan Oligo boleh dinikmati di mana sahaja.

    azizulhasni oligo olimpik pocket rocket man
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKempen Neo Raya 2024 Isetan KLCC tampil lebih 25 jenama fesyen
    Next Article PappaRich perkenal Set Istimewa Ramadan
    Team KLHype

    Related Posts

    Carlo Rino Pilih Tracie Sinidol Jadi Duta, Sasar Pikat Generasi Muda

    May 26, 2026

    iBidan Bina Platform Pemulihan Selepas Bersalin Yang Lebih Moden dan Sistematik

    May 24, 2026

    KLIBW Anjur The Beauty & Fragrance House 2026, himpun produk kecantikan & wangian tempatan

    May 9, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

    By Team KLHypeMay 30, 2026

    KUALA LUMPUR, 30 Mei 2026 – Pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kini berpeluang…

    Lindungi Mata & Sokong Minda: Anmum™ Tampil Dengan Formulasi Baharu Era Digital

    GCH Retail Santuni Komuniti, Agih Daging Lima Ekor Lembu Di Giant Sri Gombak

    Program Quranic Madani Di Rumah Titian Kaseh Sokong Aspirasi Menteri Agama

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

    May 30, 20261K

    Lindungi Mata & Sokong Minda: Anmum™ Tampil Dengan Formulasi Baharu Era Digital

    May 28, 20263K

    GCH Retail Santuni Komuniti, Agih Daging Lima Ekor Lembu Di Giant Sri Gombak

    May 28, 20262K

    Program Quranic Madani Di Rumah Titian Kaseh Sokong Aspirasi Menteri Agama

    May 27, 20262K

    AKMAL Rai 201 Huffaz, Komited Lahirkan Generasi Pemimpin Berpaksi al-Quran

    May 26, 20261K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

    May 30, 2026

    Lindungi Mata & Sokong Minda: Anmum™ Tampil Dengan Formulasi Baharu Era Digital

    May 28, 2026

    GCH Retail Santuni Komuniti, Agih Daging Lima Ekor Lembu Di Giant Sri Gombak

    May 28, 2026

    Program Quranic Madani Di Rumah Titian Kaseh Sokong Aspirasi Menteri Agama

    May 27, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.