Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Carlo Rino Takes Fashion On A Dreamlike Journey With Its Autumn/Winter 2026 ‘The Wandering Stitch’

    September 24, 2026

    Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

    September 24, 2026

    Hub Kargo Baharu Asia Tenggara: Lion Parcel Pilih Malaysia Sebagai Tapak Pertama Rangkaian Antarabangsa

    September 22, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Carlo Rino Takes Fashion On A Dreamlike Journey With Its Autumn/Winter 2026 ‘The Wandering Stitch’
    • Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September
    • Hub Kargo Baharu Asia Tenggara: Lion Parcel Pilih Malaysia Sebagai Tapak Pertama Rangkaian Antarabangsa
    • Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?
    • Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia
    • R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9
    • ProreX Intai Pasaran Asia Tenggara, Penuhi Keperluan Pedagang Generasi Pintar
    • Sultan Kedah Berkenan Rasmikan Hilton Burau Bay Langkawi Resort
    Thursday, September 24
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Carlo Rino Takes Fashion On A Dreamlike Journey With Its Autumn/Winter 2026 ‘The Wandering Stitch’

      September 24, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

      September 17, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Abbott, MHAS tingkat kesedaran kesihatan otot, anjur cabaran #Stand4Strength
    Lifestyle

    Abbott, MHAS tingkat kesedaran kesihatan otot, anjur cabaran #Stand4Strength

    Team KLHypeBy Team KLHypeApril 1, 2024Updated:April 4, 2024No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    abbot
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    BILANGAN penduduk lanjut usia di Malaysia kian meningkat dengan pantas — diramalkan bahawa menjelang 2040, kira-kira 15% daripada penduduk negara ini berumur 65 tahun dan ke atas. 

    Kehilangan jisim otot akibat penuaan adalah satu isu penting yang menghalang penuaan sihat. Kini, 1 daripada 3 dewasa yang berusia lebih 60 tahun mempunyai jisim otot rendah, yang mungkin menjejaskan kekuatan dan kesihatan keseluruhan mereka.

    Abbott, sebuah syarikat penjagaan kesihatan global, telah mengumumkan kerjasamanya dengan Persatuan Penuaan Sihat Malaysia (MHAS) pada hari ini untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan otot untuk menyokong dewasa lebih berumur dan membantu pembinaan sebuah komuniti yang menua secara sihat di Malaysia.

    Inisiatif Abbott dan MHAS bertujuan menggalakkan golongan dewasa Malaysia untuk memberi perhatian kepada kesihatan otot mereka sebagai langkah mengelakkan kehilangan jisim otot disebabkan penuaan, yang seterusnya meningkatkan risiko kehilangan upaya dengan ketara.

    Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Abbott dan MHAS akan menganjurkan siri aktiviti pendidikan tentang kesihatan otot dan juga saringan otot. 

    Jisim Otot Dewasa Lebih Rendah Semakin Dibimbangi 

    Otot kita merosot secara beransur-ansur seiring peningkatan usia. Bermula dari usia 40 tahun, orang dewasa boleh kehilangan sehingga 8% daripada jisim otot mereka setiap dekad, dan selepas 70 tahun kadar ini hampir berganda.

    Sarkopenia-atau kehilangan jisim dan fungsi otot berkaitan usia boleh memberikan kesan ketara kepada daya pergerakan dan kekuatan, meningkatkan kelemahan dan tempoh masa kemasukan hospital di samping mengurangkan daya tahan.

    Malah, kajian menunjukkan bahawa jisim otot rendah dikaitkan dengan keimunan yang terjejas, keradangan yang lebih tinggi dan kecenderungan mengalami jangkitan.

    “Jika golongan dewasa ini tidak mengambil langkah pencegahan, kehilangan jisim otot berkaitan usia boleh menimbulkan masalah kesihatan secara keseluruhan dan menyukarkan mereka untuk melakukan aktiviti harian masing-masing,” kata Profesor Dr. Shahrul Bahyah Kamaruzzaman, presiden MHAS.

    ”Melalui kerjasama bersama Abbott, kami berharap untuk menyokong golongan yang berumur di Malaysia dengan menggalakkan orang dewasa untuk menjalani saringan bagi mengukur kehilangan jisim otot dan mula bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri — bermula dengan diet dan berusaha mengamalkan cara hidup lebih aktif.” 

    Ramai dewasa tidak menyedari tanda-tanda kehilangan otot, termasuk kekurangan tenaga, berjalan lebih perlahan, tidak lagi begitu kuat atau kelesuan.

    Untuk membantu golongan dewasa lebih memahami kesihatan otot mereka, Abbott akan menganjurkan roadshow kesedaran kesihatan otot — termasuk cabaran #Stand4Strength—di seluruh Malaysia dari April hingga Oktober.

    Semua dewasa Malaysia dijemput mengambil bahagian dalam cabaran #Stand4Strength di salah satu acara atau di dalam talian.

    Cabaran ini menggalakkan individu untuk melakukan senaman ringkas yang telah disahkan secara saintifik, iaitu cabaran duduk kepada berdiri dan mencatatkan keputusan mereka dalam Kalkulator Usia Otot dalam talian untuk menentukan usia otot sebenar masing-masing.

    Tambahan lagi, MHAS akan menganjurkan Persidangan Penuaan Sihat ASEAN di Pulau Pinang pada bulan Ogos untuk mendidik para profesional penjagaan kesihatan dan orang ramai tentang cara menangani dan mencegah sarkopenia.

    Pencegahan Kehilangan Jisim Otot bermula dengan Penjagaan Pemakanan dan Senaman 

    Hakikatnya, kehilangan otot boleh dicegah atau diperlahankan dengan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Walaupun penuaan memang lumrah kehidupan, kehilangan jisim otot masih boleh ditangani.

    Kajian mendapati bahawa pemakanan yang lengkap dan seimbang serta aktiviti fizikal boleh membalikkan atau memperlahankan kelemahan fizikal disebabkan peningkatan umur.

    “Perubahan mudah seperti memberi tumpuan kepada makanan yang kaya nutrien seperti protein adalah salah satu daripada faktor paling penting untuk mencegah kehilangan otot dan menggalakkan penuaan secara sihat,” kata Dr. Nina Mazera Mohd Said, pengarah perubatan pemakanan Abbott bagi Malaysia.

    ”Selama lebih seabad, Abbott telah membangunkan penyelesaian pemakanan berasaskan sains untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan rakyat di seluruh dunia. Inovasi serba maju kami— Ensure® Gold StrengthPro yang baharu—boleh memperkasakan dewasa Malaysia untuk membantu meningkatkan kekuatan dan keimunan mereka demi kualiti kehidupan yang lebih baik.”  

    Ensure® Gold StrengthPro yang baharu dan ditambah baik ini membekalkan khasiat nutrisi lengkap dan seimbang, yang dihasilkan dengan formula dwitindakan mengandungi HMB (beta-hidroksi-beta-metilbutrat) untuk menguatkan kesihatan otot dalam masa 8 minggu dan YBG (yis beta glukan) untuk meningkatkan tahap keimunan dalam masa 4 minggu:

    • HMB — Leusin adalah asid amino penting dan HMB ialah metabolit bagi leusin dan boleh dihasilkan oleh badan.  HMB boleh didapati dalam jumlah kecil dalam makanan seperti avokado, limau gedang, kubis bunga dan ikan keli. Bagaimanapun, adalah sukar untuk mendapatkan HMB secukupnya untuk menyokong kesihatan otot menerusi sumber makanan sahaja, sebab itulah ada manfaatnya untuk mengambil makanan tambahan yang mengandungi HMB. 
    • YBG — bersama nutrien lain — membantu menguatkan sistem imun. YBG dikaitkan dengan penanda keimunan lebih baik, seperti tahap sel-sel imun dalam edaran dan pengeluaran antibodi yang lebih tinggi menguatkan keimunan mukosa untuk membantu melindungi badan kita daripada penembusan patogen. Kajian juga menunjukkan bahawa YBG boleh mengurangkan risiko jangkitan salur pernafasan atas dan meningkatkan mukosa IgA.7

    Ensure® Gold StrengthPro juga mengandungi nutrien penting lain, termasuk fruktooligosakarida (FOS) untuk penghadaman lebih baik, serta kalsium dan Vitamin D untuk tulang yang kuat dan adunan lemak berasaskan tumbuhan dengan omega-3 untuk menyokong kesihatan jantung.

    Ensure® Gold StrengthPro, yang disediakan dalam tiga perisa (vanila, gandum dan kopi), kini boleh didapati di gedung runcit, pasar raya dan platform e-dagang di Malaysia. 

    Untuk maklumat lanjut tentang Ensure® Gold StrengthPro baharu, Kalkulator Usia Otot  atau menyertai cabaran #Stand4Strength, layari https://www.family.abbott/my-en/ensure/tools-and-resources/tools/muscle-age-calculator.html.

    Abbot Abbott Ensure Ensure Gold StrenghPro MHAS Stand4Strength
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIftar piknik, ini 5 lokasi popular anda boleh kunjungi
    Next Article Sungei Wang Plaza rai anak-anak yatim, tampil dekorasi raya bunga hutan tropika
    Team KLHype

    Related Posts

    Carlo Rino Takes Fashion On A Dreamlike Journey With Its Autumn/Winter 2026 ‘The Wandering Stitch’

    September 24, 2026

    Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

    September 24, 2026

    Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

    September 17, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Carlo Rino Takes Fashion On A Dreamlike Journey With Its Autumn/Winter 2026 ‘The Wandering Stitch’

    By Team KLHypeSeptember 24, 2026

    Carlo Rino welcomes the new season with The Wandering Stitch, its Autumn/Winter 2026 (AW26) collection…

    Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

    Hub Kargo Baharu Asia Tenggara: Lion Parcel Pilih Malaysia Sebagai Tapak Pertama Rangkaian Antarabangsa

    Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Carlo Rino Takes Fashion On A Dreamlike Journey With Its Autumn/Winter 2026 ‘The Wandering Stitch’

    September 24, 20263K

    Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

    September 24, 20262K

    Hub Kargo Baharu Asia Tenggara: Lion Parcel Pilih Malaysia Sebagai Tapak Pertama Rangkaian Antarabangsa

    September 22, 20262K

    Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?

    September 21, 20263K

    Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

    September 17, 202610K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Carlo Rino Takes Fashion On A Dreamlike Journey With Its Autumn/Winter 2026 ‘The Wandering Stitch’

    September 24, 2026

    Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

    September 24, 2026

    Hub Kargo Baharu Asia Tenggara: Lion Parcel Pilih Malaysia Sebagai Tapak Pertama Rangkaian Antarabangsa

    September 22, 2026

    Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?

    September 21, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.