Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 2026

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif
    • Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama
    • Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia
    • Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun
    • Lexis Hotel Group Celebrates Deepavali With A Lavish Diwali Fest & Feast
    • Marriott International, IOI Properties Meterai Perjanjian Buka 4 Hotel Baharu di Malaysia
    • Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan
    • Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim
    Wednesday, November 4
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

      November 3, 2026

      Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

      November 2, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

      October 29, 2026

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026

      Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

      October 9, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Content creator perlu lengkapkan diri dengan ilmu – Ustazlah
    Inspire

    Content creator perlu lengkapkan diri dengan ilmu – Ustazlah

    Miliki hampir 1 juta pengikut, pendakwah media sosial UstazLah seru content creator lengkapkan diri dengan ilmu
    Team KLHypeBy Team KLHypeNovember 15, 2024Updated:November 16, 2024No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    PENDAKWAH yang juga pempengaruh media sosial, Ustaz Abdullah Abdol Razak menyeru para pempengaruh mahupun sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang kandungan agar melengkapkan diri dengan ilmu.

    Beliau yang lebih dikenali sebagai UstazLah berkata, bukan sahaja pempengaruh tetapi masyarakat amnya seharusnya tidak berhenti menuntut ilmu.

    “Tuntutlah ilmu dan persiapkan diri dengan pendidikan setinggi yang mampu agar kita boleh memberi input yang baik kepada orang ramai.

    “Dengan ilmu, kita boleh mendidik dan menjadikan masyarakat kita golongan yang hebat” katanya.

    UstazLah menyatakan jumlah pengikut yang ramai di laman sosial sangat membantu dalam membina jenama dan menjana sumber pendapatan.

    Menjadi pempengaruh dengan 15,000 tontonan setiap kali bersiaran dan mempunyai pengikut hampir satu juta orang, ini adalah satu platform terbaik menyampaikan ilmu dan dakwah.

    UstazLah

    “Peluang yang ada saya gunakan sebaiknya dalam memberi nilai-nilai positif untuk para pengikut saya,” ujarnya lagi.

    Bina platform perniagaan

    Namun, beliau sedar kerjaya sebagai ‘content creator’ sekadar bermusim dan atas sebab itu dia membina platform bisnes bagi memastikan kedudukannya terus stabil.

    Pada masa yang sama, beliau mengukuhkan jenama sebagai pempengaruh berilmu dengan menggenggam Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Islam di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), baru-baru ini.

    Read More: Filem adaptasi novel Mereka Yang Tertewas sarat unsur keagamaan, wajib tonton!

    “Saya sedar kerjaya sebagai pempengaruh ini bermusim dan atas sebab itu, saya memberi tumpuan mengasaskan beberapa syarikat untuk menghadapi waktu yang tidak menentu.

    Saya sedar keadaan ini mungkin hanya bertahan sehingga tiga ke lima tahun. Dan sebab itu saya menjalankan kerjasama dengan beberapa syarikat korporat untuk terus relevan.


    Genggam PhD, mahu beri contoh kepentingan ilmu

    “Saya mahu membetulkan stereotaip bahawa menjadi ‘content creator’ juga perlu ada ilmu. Dan itu yang membuatkan saya sangat bersemangat untuk menamatkan PhD kerana hari ini rata-rata menyatakan tidak perlu belajar tinggi, cukup dengan menjadi ‘influencer’ boleh jadi kaya.

    Ramai generasi muda yang sudah tidak berminat untuk menyambung pengajian, bagi mereka duit adalah semata-mata. View yang tinggi adalah ‘kehidupan’ mereka.

    Ustazlah

    “Saya mahu memberikan kesan bahawa pendidikan adalah satu perkara yang sangat utama, ia teras kehidupan. Mak ayah juga menetapkan keutamaan dalam pendidikan sejak kecil bermula dengan tadika. Nabi Muhammad SAW juga mengajar bahawa dalam Al-Quran, perkara pertama yang diajar ialah Iqra.

    UstazLah ketika menerima PhD Pengajian Islam pada istiadat konvokesyen Unisza, baru-baru ini.

    “Mungkin ada yang tidak berpeluang menyambung PhD pun, di mana sahaja mereka berada, mereka perlu belajar dan menuntut ilmu,” ulasnya.

    Mengulas kejayaannya menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah dalam tempoh tiga tahun setengah, jelas UstazLah, sebagai pempengaruh, dia harus memberikan impak positif terhadap pengikut.

    Malah ilmu agama yang disampaikan perlulah tepat dan mengikut landasan Al-Quran dan sunnah, bukannya disampaikan secara semberono.

    “Alhamdulillah saya berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD dalam tempoh tiga tahun setengah di Unisza dalam Fakulti Kontemporari Islam dalam bidang Pengajian Islam.

    Tuntut ilmu untuk menjadi versi diri lebih baik

    UstazLah giat menyampaikan dakwah melalui media sosial.

    “Pempengaruh juga merupakan salah satu daripada kerjaya dan rezeki dari Allah SWT. Namun yang paling penting ialah ilmu dan sebab itu saya sangat menitikberatkan tentang pendidikan.

    Memang tidak dinafikan ramai yang beranggapan apabila sudah menjadi pempengaruh, tidak perlu lagi belajar tinggi.

    Ramai anak muda yang berlumba-lumba nak menjadi pempengaruh sehingga meninggalkan sistem pendidikan yang ada di negara kita.

    UstazLah

    “Bagi saya, ia tidak betul dan merugikan kerana kita memang boleh membina sesuatu, namun untuk mengekalkannya, kita perlu berilmu.

    “Setiap hari kita akan bertemu dengan sesuatu yang baru dan apabila kita belajar, baru kita sedar bahawa terlalu luas sebenarnya ilmu yang perlu kita ambil tahu dan kuasai. Itu akan menjadikan kita lebih rendah diri dan sentiasa mahu mengubah diri sendiri menjadi lebih baik.

    “Kita belajar bukan untuk bertanding siapa yang hebat sebaliknya untuk kebaikan diri sendiri. Bagaimana keadaan kita lima tahun lepas? Semalam? Lima tahun akan datang?

    UstazLah mahu beri contoh sebagai content creator yang berilmu.

    “Semuanya berubah kerana ilmu. Ia bertanding dengan diri sendiri untuk menjadi versi yang lebih baik.

    “Ada dua cara untuk kita timba ilmu iaitu menerusi pengalaman dan pendidikan. Kedua-duanya sangat penting. Dan apabila digabungkan kedua-duanya, ia menjadikan seseorang itu sangat berhati-hati dalam bertutur dan dalam mengambil keputusan atau apa sahaja yang dilakukan,” tambahnya lagi.

    Tauliah dan taraf pendidikan tinggi penting untuk sebar manfaat

    Terdahulu, UstazLah baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Islam di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Unisza dengan keputusan lulus dengan pembetulan kecil dan dicadangkan untuk Anugerah Tesis Terbaik.

    “Sebelum ini saya menamatkan pengajian sarjana muda di Jordan dan pengajian Sarjana di UKM. Saya memilih UniSZA berikutan universiti yang dikenali kerana pengajian Islam yang sangat bagus.

    UstazLah

    “Pentingnya mempunyai tauliah dan taraf pendidikan yang tinggi apabila ingin menyebarkan manfaat kepada orang ramai. Walaupun tidak diwajibkan namun ia memberi satu nilai yang tinggi dalam diri seseorang. 

    Apa sahaja yang keluar daripada mulut harus dijaga dan ianya bersandarkan Al-Quran dan sunnah. Saya juga harus menjaga jenama universiti kerana memegang status Doktor Falsafah UniSZA,” kongsinya lagi.

    Semangat UstazLah patut dicontohi

    Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam.

    Sehubungan itu, Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam turut menyarankan para pempengaruh mahupun pencipta kandungan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi kerana kerjaya itu dianggap ikon masyarakat yang menjadi ikutan pada masa kini.

    “Dr. Abdullah seorang graduan PHD kami yang cukup bersemangat dalam menuntut ilmu.

    Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam

    “Beliau melanjutkan pengajian di UNISZA secara research dalam mod hibrid dimana waktu itu sedang berlaku pandemik. Mod pengajian pada waktu itu hanya secara talian dan hanya sesekali sahaja bertemu dengan pensyarah.

    “Namun beliau berjaya buktikan mampu menamatkan pengajian dengan baik walaupun dengan cabaran pada waktu itu, ini adalah satu contoh yang perlu dicontohi oleh sesiapa pun tidak kira dimana-mana institusi pendidikan sekalipun” jelasnya pada sidang media selepas tamat majlis konvokesyen sidang pertama, baru-baru ini.


    content creator culture Featured Featured Slider leisure lifestyle uniSZA
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePromas anjur MIBS 2024, buka ruang pasaran global PKS
    Next Article Auto Bavaria lancar MINI Aceman sulung di Johor 
    Team KLHype

    Related Posts

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 2026

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    By Team KLHypeNovember 4, 2026

    Sempena sambutan Pesta Cahaya yang bakal tiba, Shangri-La Kuala Lumpur menjemput orang ramai meraikan kehangatan…

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 20265K

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 20263K

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 20263K

    Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun

    November 2, 20265K

    Lexis Hotel Group Celebrates Deepavali With A Lavish Diwali Fest & Feast

    November 1, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 2026

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 2026

    Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun

    November 2, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.