Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    January 26, 2026

    Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026

    January 24, 2026

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    January 24, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh
    • Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026
    • IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS
    • Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia
    • Nootkaherb raih pengiktirafan Parenthood Records untuk Semburan Perlindungan Lampin Pertama di Malaysia
    • guardian Malaysia raikan Tahun Baharu Cina dengan segalanya ONG, kempen ‘Stay ONG in Health and Radiance’
    • Gema Raya Putrajaya sasar muncul destinasi ikonik festival raya
    • Hwajing Travel & Tours rai kehadiran M/V Piano Land di Port Klang, lebar sayap industri pelayaran serantau
    Wednesday, January 28
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Hwajing Travel & Tours rai kehadiran M/V Piano Land di Port Klang, lebar sayap industri pelayaran serantau

      January 17, 2026

      FitFlop Buka Butik Terbaru di Sunway Pyramid, Ikon Global Song Hye Kyo Dilantik Sebagai Duta Jenama untuk AW25/SS26

      January 7, 2026

      Malam Warisan Yu Ting & Chef Martin Yan: 68 tahun keunggulan, nilai dan legasi

      December 31, 2025

      Glocal Travel & Tours lancar pakej Haji 1447H/2026M, bentuk pasukan sokongan motivasi & kesihatan komprehensif untuk jemaah

      November 26, 2025

      Siti Khadijah buka flagship store baharu di Bangsar, tingkatkan pengalaman ibadah dengan sentuhan premium

      November 21, 2025
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Karnival Sukan Permotoran BOSS Sepang 2025 tawar aksi permotoran & hiburan menggamatkan

      September 30, 2025

      DMS Berselawat jadi acara tahunan DMS MOTORS, himpunkan 500 peserta dalam suasana penuh barakah

      September 30, 2025

      Farid Kamil muncul artis pertama buka kedai motosikal elektrik (EV)

      September 13, 2025

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Kuala Lumpur tuan rumah dua persidangan belia IGN tahun depan

      November 7, 2024

      Anna Jobling menyinar di negara seberang, terima tiga tawaran filem selepas Lembayung

      September 18, 2024

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      Karnival Sukan Pemotoran: Merakyatkan Litar Sepang, Fokus Keselamatan dan Pendidikan

      October 5, 2025

      Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung

      October 4, 2025

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025

      Crocs x SKULLPANDA: fantasi timur bertemu futurisme dalam koleksi terbaharu

      September 29, 2025

      Misi Wan Ajaib segarkan media Islam, sentuh jiwa generasi digital

      September 19, 2025

      Malam 3 Suara: Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bersatu dalam konsert eksklusif di Kuala Lumpur

      September 10, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Cukuplah rakyat diperkudakan oleh PH/BN
    News

    Cukuplah rakyat diperkudakan oleh PH/BN

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaJuly 28, 2023Updated:February 11, 2024No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    PAS
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    SAAT ini gabungan Pakatan Harapan (PH)-UMNO-Barisan Nasional (BN) sedang melalui zaman getir dan kelamnya.

    “Mimpi indah” yang didambakan mereka tidak menjadi kenyataan selepas memenangi PRU 15, bergabung dan menubuhkan kerajaan samada diperingkat negeri mahupun persekutuan.

    Mereka dikritik hebat berikutan tidak menunaikan janji-janji, kegagalan memacu ekonomi dan negara ke arah yang lebih baik serta tidak menjadi pemimpin mahupun kerajaan yang efektif, berwibawa dan up to date sebagaimana begitu hebatnya digambarkan di pentas ceramah mahupun media sosial sebelum menjadi kerajaan.

    Mereka kelihatan lesu, tidak komited dan tidak mempunyai visi mahupun hala tuju yang jelas untuk memacu atau membawa negara ke arah yang lebih baik sebagaimana yang dijanjikan.

    Perilaku mereka sama sahaja sebagaimana ketika menjadi pembangkang, tiada beza malah secara tidak langsung menjatuhkan kredibiliti mereka sendiri di mata rakyat.

    Jelas ketika ini mereka cuba melakukan segala-galanya untuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan rakyat apatah lagi PRN akan berlangsung tidak lama lagi, namun semuanya sudah terlambat.

    Jika berdasarkan mood dan sokongan majoriti rakyat ketika ini, jelas ia berpihak kepada Perikatan Nasional (PN) dan ini amat menakutkan mereka.

    Mengapa ia menakutkan mereka?

    Kerana menurut perkiraan dan tinjauan berdasarkan mood semasa, jika Selangor mahupun Negeri Sembilan yang diramal tumbang kepada PNdan setidak-tidaknya kerajaan PH Pulau Pinang gagal mempertahankan dua pertiga majoriti di Dewan Undangan Negeri, keadaan PH-UMNO-BN akan menjadi “jasad yang tegak namun tiada nyawa”.

    Jika ini berlaku selepas PRN kelak di mana sememangnya ia dijangka akan berlaku, kita akan lihat ketika itu gabungan PH-UMNO-BN akan mula berantakan dan akan bermulalah perang sesama mereka yang dengan sendirinya akan meruntuhkan kerajaan campuran di peringkat persekutuan.

    Percayalah ketika ini bermacam-macam cerita yang selama ini menjadi rahsia akhirnya akan terbongkar dan akan mendedahkan kepada kita semua bahawa sebenarnya gabungan kerajaan campuran mereka sebenarnya telah gagal sejak awal-awal lagi kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri dan “memperkudakan” antara satu sama lain.

    DAP mahupun PH memperkudakan UMNO dengan harapan untuk memperolehi sokongan orang-orang Melayu di kala UMNO sendiri telah kehilangannya.

    Setelah strategi “di sebalik tabir” mereka berhasil untuk bergabung dengan UMNO-BN menubuhkan kerajaan persekutuan, DAP mahupun PH amat berharap untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu yang jelas amat menjauhi mereka.

    UMNO pula memperkudakan PH mahupun DAP dengan harapan untuk terus kekal relevan dalam era politik semasa di saat ia sudah kehilangan pengaruh di kalangan rakyat di samping untuk terus kekal menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan.

    Namun “perkudaan” tersebut telah menjadi “duri dalam daging” kepada UMNO bilamana kebanyakkan ahli-ahli UMNO secara diam-diam menolak gabungan dan kerjasama dengan DAP mahupun PH.

    BN ketika ini sudah seperti hilang arah tujuan dan dipinggirkan apatah lagi setelah MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRN kali ini.

    PKR yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya memperkudakan semua parti dalam gabungan tersebut dengan tujuan utamanya adalah untuk berkuasa dan amat berharap dapat terus “menjinakkan” DAP dan UMNO dalam usaha untuk mengekalkan kuasa dan gabungan idaman beliau ketika ini.

    Ini adalah kerana beliau tahu jika gagal “menjinakkan” DAP dan UMNO maka akan berantakanlah gabungan idaman beliau termasuk juga akan tumbanglah kerajaan persekutuan.

    Apa yang jelasnya jika dilihat secara mendalam, mereka saling memperkudakan sesama mereka dalam usaha untuk terus kekal berkuasa walau hakikatnya mereka saling curiga dan mempunyai agenda tersendiri.

    AJK PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abd Hadi

    Namun jelas yang paling malang ialah kita rakyat Malaysia kerana kita sebenarnya diperkudakan PH-UMNO-BN pada PRU15 yang lalu.

    Kita dijanjikan mimpi yang indah-indah, angan-angan yang melambung tinggi dan cerita-cerita dongeng yang menarik yang menyebabkan kebanyakkan daripada kita menyokong mereka pada PRU yang lalu.

    Sekarang ramai yang sudah mula menyesal dan merasa terpedaya kerana apa yang dijanjikan palsu semata-mata dan bertukar menjadi igauan ngeri.

    Menyesal kerana diperkuda sehabis-habisnya oleh PH-UMNO-BN. Apakah anda mahu sesalan anda berterusan tanpa mahu mengubahnya dengan terus diperkudakan mereka?

    Ubahlah sesalan itu dengan bersama-sama PN, biarkan mereka memperkudakan sesama mereka hingga mereka jatuh rebah ke bumi.

    Sikap memperkudakan ini sebenarnya adalah sikap mahupun sifat orang yang tamak haloba mahupun gila untuk berkuasa tanpa memikir dan memperdulikan nasib rakyat dan masa depan negara.

    Cukuplah ia sebagai pengajaran, umpama pepatah orang tua-tua sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

    ‘Malaysia Sejahtera’

    DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI

    AJK PAS Pusat

    minda Politik
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMcDonald’s Malaysia, Menara KL rai Hari Kentang Goreng Antarabangsa dengan sambutan ikonik
    Next Article IKEA sedia tawaran, aktiviti menarik selama sebulan sempena 20 Years of Damansara Lah!
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    January 26, 2026

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    January 24, 2026

    Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia

    January 21, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 202528K

    Don't Miss

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    By Team Editorial KLHypeJanuary 26, 2026

    Dalam landskap kesihatan global yang semakin kompleks, keperluan terhadap solusi berteraskan ilmu, sains dan nilai…

    Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    January 26, 20261K

    Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026

    January 24, 20261K

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    January 24, 20262K

    Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia

    January 21, 20262K

    Nootkaherb raih pengiktirafan Parenthood Records untuk Semburan Perlindungan Lampin Pertama di Malaysia

    January 20, 20262K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team Editorial KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025

    PM rasmi Alamanda berwajah baru

    February 24, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    January 26, 2026

    Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026

    January 24, 2026

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    January 24, 2026

    Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia

    January 21, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.