Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah

    July 4, 2026

    HWC Coffee Lancar Kempen ConnectKL, Belanja Lebih RM350,000 Bakeri Percuma Sepanjang Julai

    July 4, 2026

    Raikan Demam Piala Dunia Bersama Applecrumby: Koleksi Edisi Terhad Eksklusif & Kempen ‘Spend & Win’ Bernilai RM16,990 Menanti Anda

    July 4, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah
    • HWC Coffee Lancar Kempen ConnectKL, Belanja Lebih RM350,000 Bakeri Percuma Sepanjang Julai
    • Raikan Demam Piala Dunia Bersama Applecrumby: Koleksi Edisi Terhad Eksklusif & Kempen ‘Spend & Win’ Bernilai RM16,990 Menanti Anda
    • Kerugian RM1.8 juta, Briar Resources fail saman pembekal didakwa langgar kontrak bekalan baja
    • Sentuhan Ajaib Untuk Kulit Sempurna: Rawatan Revolusioner DJM Magic Finger Kini di ESME
    • Tam Spider, Zamani & Hazama Bakal Gegar Showcase JRNL Demi ‘Anak Syurga’
    • Kolaborasi Unik Kapten Batik x Tetris Gamit Memori 90-an
    • Batuk Berpanjangan Atau Sesuatu Yang Lebih Serius? Fakta Kesihatan Paru-Paru Wanita Wajib Tahu
    Sunday, July 5
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-16, Lancar AlHijrah Media Nexus Di Cyberjaya

      June 24, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan

      June 11, 2026

      Destinasi Sukan Urban Baharu Di Tengah Ibu Kota: Perdana KLCC Kini Tampil Dengan Gelanggang Pickleball & Padel ‘In the Sky’

      June 10, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Destinasi Sukan Urban Baharu Di Tengah Ibu Kota: Perdana KLCC Kini Tampil Dengan Gelanggang Pickleball & Padel ‘In the Sky’

      June 10, 2026

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Dettol Malaysia Perjuang Amalan Kebersihan Untuk Malaysia Yang Lebih Sihat
    Editor's Picks

    Dettol Malaysia Perjuang Amalan Kebersihan Untuk Malaysia Yang Lebih Sihat

    Team KLHypeBy Team KLHypeNovember 6, 2024Updated:November 7, 2024No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Seiring dengan ancaman kesihatan global yang kian meningkat disebabkan oleh rintangan antimikrob (AMR), Dettol Malaysia mengambil langkah proaktif melalui kempennya Selangkah Lebih, Selangkah Kasih untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan beban sakit. 

    Usaha ini menumpukan galakan pengamalan kebersihan seperti membasuh tangan dan membasmi kuman pada permukaan bagi mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit serta mengatasi peningkatan AMR.

    Organisasi Kesihatan Dunia telah mengenal pasti AMR sebagai salah satu daripada 10 ancaman kesihatan awam global yang sering dikenali sebagai “pandemik senyap.” 

    Oleh sebab penyakit berjangkit menyumbang kepada satu dalam empat kematian di seluruh dunia dan 35% jangkitan biasa kini kebal kepada antibiotik, keperluan mengambil langkah pencegahan adalah amat mendesak. 

    Jika tidak ditangani, AMR boleh mengorbankan hingga 10 juta nyawa setahun menjelang 2050, menjadikan prosedur perubatan rutin seperti pembedahan caesarean sebagai rawatan berisiko tinggi.

    Menurut kajian The STAR Asean, di Asia, penggunaan antibiotik yang berlebihan memperburukkan masalah ini, dengan Malaysia mencatatkan kadar preskripsi antibiotik tertinggi iaitu sebanyak 44%.

    Oleh itu, kepentingan strategi pencegahan alternatif, seperti amalan kebersihan yang lebih baik, tidak boleh dipertikaikan.

    Kajian mendapati bahawa amalan kebersihan yang lebih baik boleh mengurangkan preskripsi antibiotik bagi kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan sehingga 30%.

    Kurang kesedaran

    Pakar Penyakit Berjangkit, Prof Dr Zamberi Sekawi berkata, kekurangan kesedaran mengenai manfaat dan risiko penggunaan antibiotik menjadi cabaran dalam menangani AMR. 

    “Misalnya, walaupun 72% penyedia penjagaan kesihatan mengesyorkan antibiotik, hanya 28% yang membincangkan manfaat dan potensi risikonya dengan pesakit. 

    “Jurang pengetahuan ini amat signifikan kerana 71% individu percaya antibiotik berkesan melawan selesema dan flu, sementara 70% menyangka antibiotik boleh membunuh virus—salah faham yang mendorong kepada penyalahgunaan dan preskripsi antibiotik berlebihan. 

    “Menangani salah faham ini adalah penting untuk mengurangkan penggunaan antibiotik dengan sewenang-wenangnya terutama bagi jangkitan virus seperti selesema dan flu, yang mana antibiotik tidak memberikan sebarang manfaat,” katanya.

    Read More: Dettol bantu ibu bapa Malaysia beri permulaan hidup terbaik buat si kecil 

    Dengan musim tengkujuh yang semakin hampir, Malaysia menghadapi risiko jangkitan dan penyakit yang lebih tinggi. 

    Hujan berterusan dan banjir mewujudkan keadaan yang kondusif untuk penyebaran penyakit bawaan air seperti kolera dan disenteri. 

    Populasi yang terjejas yang ditempatkan di pusat perlindungan yang sesak juga terdedah kepada jangkitan pernafasan dan masalah kulit, sekali gus menekankan keperluan kritikal untuk amalan kebersihan yang betul.


    Kebersihan tangan, permukaan henti penyebaran penyakit

    Pengarah Pemasaran untuk Kesihatan Malaysia dan Singapura di Reckitt, Tiffany Tang berkata, kebersihan tangan dan kebersihan permukaan adalah asas dalam menghentikan penyebaran penyakit.

    Tangan kita boleh membawa lebih daripada 3,000 jenis bakteria, dan permukaan yang tercemar boleh menampung virus sehingga 48 jam.

    TIFFANY TANG

    “Kempen Dettol mendidik rakyat Malaysia tentang amalan mudah tetapi berkesan seperti mencuci tangan dengan sabun antibakteria dan sentiasa membasmi kuman pada permukaan yang kerap disentuh, yang boleh menghalang penyebaran penyakit seperti COVID-19, influenza, dan virus bawaan makanan,” katanya.

    Dettol menekankan statistik yang menunjukkan penyebaran kuman:

    • Penyakit cirit-birit yang dikaitkan dengan kebersihan yang kurang baik dan air yang tercemar kekal sebagai punca utama kematian di kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Malaysia.
    • 80% kuman disebarkan melalui tangan, dan dengan hanya satu sentuhan mampu mencemarkan hingga tujuh permukaan.
    • Membasuh tangan boleh menjadi seefektif vaksinasi dalam mencegah penyakit tertentu, menjadikannya alat kesihatan awam yang penting.

    Dengan menyedari hakikat ini, Dettol bertekad untuk membawa perubahan amalan kebersihan di rumah dan di tempat-tempat awam seperti sekolah serta restoran—lokasi yang kerap menjadi titik penyebaran penyakit jika kebersihan terabai.

    Walaupun mencuci tangan adalah asas kebersihan diri, kebersihan permukaan juga memainkan peranan penting, khususnya di kawasan yang sering disentuh ramai orang. 

    Kempen capai 5 juta individu

    Permukaan seperti tombol pintu, palang katil, dan peralatan yang dikongsi boleh menjadi tempat pembiakan bakteria jika tidak dibersihkan dengan teliti. 

    Melalui kempen ini, Dettol menekankan kepentingan kebersihan permukaan dalam mengurangkan penyebaran bakteria dan virus seperti MRSA, E. coli, dan virus influenza.

    Dettol

    Pembasmian kuman yang teratur boleh menghapuskan lebih 99% bakteria yang berkait dengan penyakit bawaan makanan, sekali gus membantu mencegah risiko jangkitan.

    Melalui kempen Dettol Selangkah Lebih, Selangkah Kasih yang komprehensif ini, Dettol telah mencapai lebih daripada 5 juta individu dan ini menunjukkan komitmen teguhnya untuk mempertingkatkan kesihatan awam melalui galakan amalan kebersihan yang ringkas namun sangat berkesan. 

    Inisiatif ini merangkumi siri program yang disusun khas untuk pelbagai lapisan masyarakat.

    Salah satu fokus kempen ini adalah mendekati ibu-ibu baru melahirkan di hospital, yang mana Dettol menyediakan maklumat dan sumber penting mengenai kebersihan bagi diri mereka serta persekitaran sekeliling mereka. 

    Usaha cipta masa depan lebih sihat

    Selain itu, kempen ini juga menyasarkan kanak-kanak sekolah melalui Program Sekolah Dettol, yang melibatkan mereka dalam aktiviti pendidikan bagi membentuk tabiat kebersihan yang baik sejak usia muda.

    Selain itu, Dettol turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menyertai inisiatif kesihatan komuniti, termasuk kempen Bulan Kesihatan. 

    Kerjasama ini menyediakan platform penting untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan langkah kebersihan praktikal, terutamanya dalam kalangan komuniti yang terpinggir.

    Usaha-usaha ini penting untuk menjaga kumpulan yang paling terdedah kepada jangkitan, khususnya kanak-kanak kecil, yang lebih mudah terkena penyakit seperti gastroenteritis dan lain-lain masalah kesihatan akibat amalan kebersihan yang lemah.

    Dengan kehadiran dwicabaran peningkatan AMR dan penyakit berjangkit bermusim yang dihadapi rakyat Malaysia, Dettol terus komited memberi masyarakat akses kepada pengetahuan dan langkah yang betul untuk melindungi diri mereka sendiri. 

    Usaha Dettol dalam menggalakkan amalan kebersihan bertujuan mencipta masa depan yang lebih sihat dan selamat untuk seluruh rakyat Malaysia.

    Dettol health healthy kempen leisure lifestyle Selangkah Lebih Selangkah Kasih
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHejira Travel mahu ramai anak muda tunai umrah, tawar pakej harga menarik
    Next Article Hotel TEEDO tawar pemandangan bangunan kedua tertinggi dengan bilik ‘mesra bajet’
    Team KLHype

    Related Posts

    Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah

    July 4, 2026

    HWC Coffee Lancar Kempen ConnectKL, Belanja Lebih RM350,000 Bakeri Percuma Sepanjang Julai

    July 4, 2026

    Raikan Demam Piala Dunia Bersama Applecrumby: Koleksi Edisi Terhad Eksklusif & Kempen ‘Spend & Win’ Bernilai RM16,990 Menanti Anda

    July 4, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah

    By Team KLHypeJuly 4, 2026

    KUALA LUMPUR, 4 Julai 2026 – Sebuah filem terbitan negara Arab yang ketika ini diberi…

    HWC Coffee Lancar Kempen ConnectKL, Belanja Lebih RM350,000 Bakeri Percuma Sepanjang Julai

    Raikan Demam Piala Dunia Bersama Applecrumby: Koleksi Edisi Terhad Eksklusif & Kempen ‘Spend & Win’ Bernilai RM16,990 Menanti Anda

    Kerugian RM1.8 juta, Briar Resources fail saman pembekal didakwa langgar kontrak bekalan baja

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah

    July 4, 20262K

    HWC Coffee Lancar Kempen ConnectKL, Belanja Lebih RM350,000 Bakeri Percuma Sepanjang Julai

    July 4, 20261K

    Raikan Demam Piala Dunia Bersama Applecrumby: Koleksi Edisi Terhad Eksklusif & Kempen ‘Spend & Win’ Bernilai RM16,990 Menanti Anda

    July 4, 20262K

    Kerugian RM1.8 juta, Briar Resources fail saman pembekal didakwa langgar kontrak bekalan baja

    July 3, 20262K

    Sentuhan Ajaib Untuk Kulit Sempurna: Rawatan Revolusioner DJM Magic Finger Kini di ESME

    July 3, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah

    July 4, 2026

    HWC Coffee Lancar Kempen ConnectKL, Belanja Lebih RM350,000 Bakeri Percuma Sepanjang Julai

    July 4, 2026

    Raikan Demam Piala Dunia Bersama Applecrumby: Koleksi Edisi Terhad Eksklusif & Kempen ‘Spend & Win’ Bernilai RM16,990 Menanti Anda

    July 4, 2026

    Kerugian RM1.8 juta, Briar Resources fail saman pembekal didakwa langgar kontrak bekalan baja

    July 3, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.