Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    April 5, 2026

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    April 4, 2026

    Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran

    April 4, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu
    • Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’
    • Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran
    • Jodoh ‘Halal’ Danial Dashuki & Tiara Suraya Setahun Disimpan Kemas, Kini Fokus Lebar Empayar Perniagaan
    • PHKL Lancar Pergerakan ‘What Women Want’ Menerusi Sesi Santai ‘Sip & Share’ Kupas Isu Perimenopause
    • DRE Coffee Lancar Kafe 24 Jam di Cyberjaya, Perkenal Model ‘Drink • Refer • Earn’ Berasaskan AI
    • Sentuhan Magis Dato’ Awie & Vanidah Imran Dalam Kempen Menyala Lagi Raya SAJI Semarakkan Sambutan Aidilfitri
    • Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia
    Tuesday, April 7
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

      April 5, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Alamanda Putrajaya Santuni Anak Yatim, Rai Persiapan Raya Dan Iftar Penuh Makna

      March 11, 2026

      MS. READ & Sherry Al-Hadad Perkenal Koleksi Raya Berseri 2026, saiz UK12 sehingga UK24 pun ada!

      March 10, 2026

      Monoloq Tampil Versatil Dengan Koleksi Spring Raya & Kolaborasi Hijab Winnoe

      March 2, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Koleksi Hikayat Ariani Karya Seindah Busana sedia 300 pilihan hijab, 300,000 baju raya sempena Aidilfitri 
    Fashion

    Koleksi Hikayat Ariani Karya Seindah Busana sedia 300 pilihan hijab, 300,000 baju raya sempena Aidilfitri 

    Team Editorial KLHypeBy Team Editorial KLHypeFebruary 13, 2025Updated:February 15, 2025No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Menyuntik semangat Aidilfitri yang bakal tiba, Ariani kembali ke pentas peragaan dalam mempersembahkan koleksi Hikayat Ariani Karya Seindah Busana bertempat di Grand Ballroom Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), baru-baru ini.

    Koleksi Ariani kali ini mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan. 

    Sebanyak 158 daripada 600 pilihan hijab dan busana terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan yang dipertontonkan kepada 1,000 tetamu yang hadir pada majlis pertunjukan fesyen itu. 

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ariani, Datin Seri Farah Haryani di dalam ucapannya, Aidilfitri bukan sekadar berkumpul bersama keluarga dan sahabat handai serta saling bermaaf-maafan, tetapi juga tentang meraikan kebersamaan bersama keluarga dan insan tersayang dalam persalinan baju baharu. 

    Ketua Pegawai Eksekutif Ariani, Datin Seri Farah Haryani.

    “Tidak kira mahal atau murah, baju raya menjadi simbol kebahagiaan dan kenangan yang memberikan nilai sentimental kepada pelanggan kami dalam menyambut lebaran. 

    Bermula dari rekaan selendang sehinggalah ke pilihan tudung instant, koleksi Ariani ini merangkumi lebih 300 pilihan hijab polos dan bercorak dengan 60 pilihan warna hot selling raya.

    Datin Seri Farah Haryani

    Tidak sekadar itu, Ariani Luxe pula menampilkan lebih 100 rekaan eksklusif dengan perincian French lace dan kemasan kristal Swarovski. 

    Formulasi tudung premium dengan sentuhan artisan menjadi salah satu tarikan utama koleksi lebaran kali ini. 

    Terdiri daripada bawal dan selendang bercorak, sehinggalah ke tudung polos, semuanya didatangkan dalam material berkualiti tinggi. 

    Che Ta buka tirai sebagai Muse Ariani Luxe 2025

    Pelakon sensasi Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta, berjaya memukau dan mengejutkan tetamu yang hadir dengan membuka tirai pertunjukan fesyen petang itu, sebagai Muse Ariani Luxe 2025. 

    Masih berbisa dengan aura primadona, Che Ta kelihatan anggun dan cantik bergaya memperagakan tudung dari Ariani Luxe. 

    Pernah menjadi wajah kempen Ariani pada tahun lalu, Che Ta meluahkan rasa teruja dan bersyukur menjadi sebahagian keluarga besar Ariani, meskipun dihimpit kontroversi

    300 rekaan terkini RTW disediakan

    Meneruskan pertunjukan fesyen Ariani pada petang itu, acara tertumpu kepada koleksi Ariani ready-to-wear (RTW). 

    Sebanyak 300,000 helai baju raya yang terdiri daripada kurung, jubah, kurta dan baju melayu disediakan untuk lebaran kali ini. 

    Datin Seri Farah Haryani

    Meskipun hanya 158 rekaan sahaja dipertontonkan pada pertunjukan fesyen kali ini, hakikatnya Ariani RTW mempunyai 300 rekaan terkini yang terdiri daripada baju kurung dan jubah bercorak serta polos di mana saiznya bermula dari bayi, kanak-kanak, remaja sehinggalah saiz dewasa yang didatangkan dalam hampir 10 material berbeza, termasuklah cotton, satin, twill, brocade serta yang terbaru chiffon, crepe, jacquard dan banyak lagi. 

    Ariani tetap berpegang kepada keteguhan identiti jenama ini yang sentiasa menghasilkan koleksi selendang dan busana pada harga terbaik seiring dengan kualiti tudung dan busana yang dihasilkan, baik untuk pasaran butik fizikal juga untuk pasaran online. 

    Kesemua koleksi tudung Ariani ini disasarkan untuk semua wanita pelbagai peringkat usia. 

    Lisa, Bella Dally & Uyaini kekal duta Ariani

    Masih mengekalkan tiga pesona jelitawan Malaysia, Datin Lisa Surihani, Uyaina Arshad dan Bella Dally sebagai duta Ariani serta Fyza Kadir sebagai Muse Ariani Premium.

    Tidak cukup dengan empat figura ini, Ariani juga turut memperkenalkan 11 wajah baharu untuk kempen raya Ariani 2025 termasuklah Siti Khadijah, Siti Saleha, Amyra Rosli, Mawar Rashid, Uqasha Senrose, Liza Abdullah, Aqila Shamsudin, Amar Baharin, Naim Danial, Roy Azman dan Ezzaidi Aziz, di samping turun bekerjasama dengan rakan-rakan pempengaruh Tiktok yang lain. 

    Koleksi Aryan tampil hero veteran Malaysia

    Majlis pada petang itu dihangatkan dengan pertunjukan fesyen dari koleksi Aryan. 

    Penampilan hero-hero Malaysia yang terdiri daripada Dato Rahim Razali, Dato Fizz Fairuz, Edika Yusoff, Arash Mohamad, Rusdi Ramli, Sham Visa, Roy Azman dan Zarul Umbrella menggamatkan suasana dalam persalinan baju melayu dan kurta mengembalikan nostalgia kegemilangan lakonan mereka suatu ketika dahulu. 

    Ariani x Liberty London angkat jenama ke peringkat global 

    Kemuncak majlis pada petang itu diserikan dengan satu lagi kejutan kolaborasi istimewa antara Ariani bersama Liberty London, yang merupakan sebuah gedung fesyen mewah yang terkenal di kota itu. 

    Selain menawarkan pilihan fabrik yang berkualiti dengan corak bunga ikonik, Liberty juga menawarkan fesyen RTW, aksesori wanita, barangan kecantikan dan dekorasi rumah dengan sentuhan klasik dan unik. 

    Koleksi Liberty x Ariani menampilkan 5 rekaan potongan tradisional dengan empat pilihan corak evergreen dari Liberty sebagai simbolik mengangkat nilai budaya Malaysia bersama jenama antarabangsa. 

    Kolaborasi dengan Bokitta

    Selain itu, Ariani juga turut menjalinkan kolaborasi bersama Bokitta, jenama tudung instant tanpa pin yang cukup popular di Malaysia. 

    Koleksi istimewa keluaran Ariani x Bokitta edisi raya ini merangkumi 4 rekaan tudung instant plain, dengan 4 pilihan fabrik berbeza. 

    Koleksi lengkap Ariani x Bokitta ini akan dikeluarkan secara berperingkat bermula Jualan Mega Lebaran yang akan datang sehinggalah ke penghujung tahun ini dengan lebih 30 rekaan yang diperkenalkan.

    Ariani Premium tampil rekaan mewah, sentuhan ekslusif

    Majlis pada petang itu diteruskan dengan pertunjukan fesyen dari Ariani Premium khusus untuk pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif dan dijual dalam kuantiti yang terhad. 

    Penggunaan material sutera, satin berkualiti tinggi dan kapas berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori berupa kristal Swarovski antara keistimewaan koleksi Ariani Premium ini yang tidak sekadar cantik di pandang, tapi cukup praktikal untuk digayakan. 

    Dato’ Amy Search, Dato’ Awie, Ziana Zain dan Dayang Nurfaizah ‘gegar’ dewan

    Majlis itu turut diserikan dengan persembahan beberapa penyanyi popular tanah air, antaranya Dato’ Amy Search, Dato’ Awie, Ziana Zain dan Dayang Nurfaizah. 

    Majlis pertunjukan fesyen pada petang itu dianggap antara penganjuran pertunjukan fesyen terbaik dan termahal yang pernah dianjurkan oleh Ariani.

    Majlis yang penuh gemilang itu turut dihadiri oleh tetamu istimewa iaitu, Tengku Permaisuri Hajjah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor.

    Kesemua koleksi ArianiI sempena lebaran ini akan dijual secara berperingkat bermula 13 Februari ini dan koleksi lengkap sepenuhnya akan berada di pasaran sempena Jualan Mega Lebaran yang akan berlangsung pada 21 Februari akan datang. 

    Aidilfitri culture Fashion Featured Featured Slider fesyen leisure lifestyle
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMiCasa All Suite Hotel tampil bufet Ramadan bertema “Icip Iclip Desa”
    Next Article Mencari damai di resort mewah ala Perancis, The Chateau Spa & Wellness Resort
    Team Editorial KLHype

    Related Posts

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    April 5, 2026

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    April 4, 2026

    Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran

    April 4, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    By Team Editorial KLHypeApril 5, 2026

    Kao Corporation baru-baru ini mengumumkan bahawa jenama penjagaan kulitnya, Bioré, akan mempercepatkan pengembangan antarabangsa menerusi…

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran

    Jodoh ‘Halal’ Danial Dashuki & Tiara Suraya Setahun Disimpan Kemas, Kini Fokus Lebar Empayar Perniagaan

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    April 5, 20262K

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    April 4, 20262K

    Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran

    April 4, 20263K

    Jodoh ‘Halal’ Danial Dashuki & Tiara Suraya Setahun Disimpan Kemas, Kini Fokus Lebar Empayar Perniagaan

    April 4, 20263K

    PHKL Lancar Pergerakan ‘What Women Want’ Menerusi Sesi Santai ‘Sip & Share’ Kupas Isu Perimenopause

    March 30, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team Editorial KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    April 5, 2026

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    April 4, 2026

    Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran

    April 4, 2026

    Jodoh ‘Halal’ Danial Dashuki & Tiara Suraya Setahun Disimpan Kemas, Kini Fokus Lebar Empayar Perniagaan

    April 4, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.