Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    guardian bawakan kempen Hairppiness sepanjang Jun 2025 

    June 6, 2025

    Hafaz al-Quran dalam tempoh setahun, 150 pelajar diraikan di Majlis Haflah Takrimiah AKMAL 2025

    June 2, 2025

    Lebih dari sekadar kopi: Nasken Coffee buka cawangan ke-43 di Putrajaya, sasar Bursa Malaysia menjelang 2026

    May 31, 2025
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • guardian bawakan kempen Hairppiness sepanjang Jun 2025 
    • Hafaz al-Quran dalam tempoh setahun, 150 pelajar diraikan di Majlis Haflah Takrimiah AKMAL 2025
    • Lebih dari sekadar kopi: Nasken Coffee buka cawangan ke-43 di Putrajaya, sasar Bursa Malaysia menjelang 2026
    • Zizan Razak dilantik duta rasmi G-SHOCK Malaysia pertama
    • Premier Integrated Rehab sambut ulang tahun ke-25 dengan identiti, jenama baharu
    • Konsert Desaku Mendunia tarik ribuan penonton, MAWO MRSM FELDA Trolak bakal harumkan nama Malaysia di Prague
    • KitchenAid lancar era baharu kebebasan memasak dengan sistem tanpa wayar Go Cordless
    • Sambut Hari Bapa dengan stik premium, kasih sayang dan hadiah istimewa di Maria’s SteakCafe
    Friday, June 13
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      guardian bawakan kempen Hairppiness sepanjang Jun 2025 

      June 6, 2025

      Lebih dari sekadar kopi: Nasken Coffee buka cawangan ke-43 di Putrajaya, sasar Bursa Malaysia menjelang 2026

      May 31, 2025

      Konsert Desaku Mendunia tarik ribuan penonton, MAWO MRSM FELDA Trolak bakal harumkan nama Malaysia di Prague

      May 29, 2025

      KitchenAid lancar era baharu kebebasan memasak dengan sistem tanpa wayar Go Cordless

      May 28, 2025

      Kulit lebih segar, berseri dengan rawatan Oxygen Peel dan Ice Globe Therapy di Nazirin Skin Clinic

      May 28, 2025
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

      May 1, 2025

      Acer lancar teknologi perniagaan direka untuk tempat kerja moden

      April 25, 2025

      Toshiba lancar pemanas Air SensTemp™ Suhu Stabil

      January 5, 2025

      Proton X90 Premium: SUV ideal untuk keluarga moden

      January 3, 2025

      Kuala Lumpur tuan rumah dua persidangan belia IGN tahun depan

      November 7, 2024

      Anna Jobling menyinar di negara seberang, terima tiga tawaran filem selepas Lembayung

      September 18, 2024

      Uniqlo reveals KAWS + Warhol UT Collection and Art Book

      August 10, 2024

      Tiga adik-beradik cilik sedia gegar RCB Minimoto Championship 2025

      May 22, 2025

      Rayyan Wafiy si cilik ‘Raja’ go-kart

      May 20, 2025

      Kayuhan malam paling dinanti kembali 11 Oktober ini

      May 19, 2025

      Luke mahu rakan sepasukan ‘turun semula ke bumi’

      May 6, 2025

      guardian bawakan kempen Hairppiness sepanjang Jun 2025 

      June 6, 2025

      Lebih dari sekadar kopi: Nasken Coffee buka cawangan ke-43 di Putrajaya, sasar Bursa Malaysia menjelang 2026

      May 31, 2025

      Konsert Desaku Mendunia tarik ribuan penonton, MAWO MRSM FELDA Trolak bakal harumkan nama Malaysia di Prague

      May 29, 2025

      Kulit lebih segar, berseri dengan rawatan Oxygen Peel dan Ice Globe Therapy di Nazirin Skin Clinic

      May 28, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Kuching destinasi pelancongan paling berpatutan percutian akhir tahun
    travel & dine

    Kuching destinasi pelancongan paling berpatutan percutian akhir tahun

    EpulBy EpulOctober 1, 2023No Comments8 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    SETIAP 10 hari terakhir dalam sesebuah tahun, industri pelancongan pasti mendapat sambutan hangat sama ada sambutan ambang tahun baru, Hari Krismas, cuti sekolah, mahupun semata-mata berehat sejenak daripada kesibukan kerja.

    Bagi membantu para pelancong mendapatkan tawaran terbaik, Agoda berkongsi destinasi pelancongan termurah sekitar Asia Pasifik menjelang hujung tahun ini.

    Agoda juga telah menganalisis purata caj bilik bagi destinasi-destinasi pelancongan dari 22 hingga 31 Disember.

    Di Malaysia, Kuching, Sarawak merupakan destinasi pelancongan yang paling berpatutan, dengan purata caj sebuah bilik bernilai RM 281.28.  

    Destinasi pelancongan dengan purata caj penginapan terendah di sekitar Asia Pasifik ialah Hat Yai di Thailand, Yogyakarta di Indonesia, Kuching di Malaysia, Dalat di Vietnam, Goa di India, Baguio di Filipina, Nagoya di Jepun, Taichung di Taiwan, Melbourne di Australia dan Busan di Korea Selatan.

    Purata caj bilik bermula daripada RM202 di Hat Yai hingga RM 742 di Busan.

    Pengarah Perkhidmatan Rakan Kongsi Malay dan Brunei Agoda, Cleland Robertson berkata, 2023 telah menyaksikan kebangkitan semula industri pelancongan merentasi Asia memandangkan orang ramai kembali berhubung dengan rakan-rakan, ahli keluarga dan yang tersayang, dan tempoh percutian hujung tahun yang istimewa tersebut juga bakal mengalami perkara yang sama.

    “Namun baik pengembaraan solo mahupun mencipta kenangan indah bersama yang tersayang, pelancongan ketika musim kemuncak menandakan permintaan yang lebih tinggi, jadi pencarian tawaran yang istimewa mampu mengubahnya.

    “Dengan mengetengahkan destinasi pelancongan dengan purata caj penginapan yang berpatutan, Agoda membantu pelancong tanpa mengira bajet mereka untuk meraikan musim hujung tahun dengan penuh gaya,” katanya.

    Meskipun bergelar destinasi pelancongan termurah, lokasi-lokasi tersebut mempunyai pelbagai tarikan tersedia untuk para pengunjung dan kesemuanya merupakan destinasi yang baik untuk memeriahkan hari-hari terakhir tahun 2023.

    Dari kesibukan pantai dan taman tema yang mengujakan kepada sanktuari spiritual dan syurga buat pencinta makanan, berikut adalah antara tarikan utama dalam 10 destinasi pelancongan paling berpatutan: 

    1. Hat Yai, Thailand (Purata caj bilik: RM 202)

    Hat Yai ialah lubuk pelbagai kedai kopi yang serba bergaya, kehidupan malam yang meriah, dan makanan laut yang cukup menyelerakan.

    Bandar selatan ini juga terkenal dengan sajian tempatan dan makanan laut yang cukup menyelerakan.

    Hat Yai ialah kawasan ideal untuk meneroka persekitaran luar bandar yang berhampiran, mengunjungi air terjun Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary yang memukau, atau merasai sendiri budaya tradisional Thai di Songkhla Old Town.

    Ingin merancang percutian sekitar Disember? Bawakan semangat Hari Krismas anda, kerana Hat Yai merupakan syurga pelbagai acara dan hiasan keraian sepanjang bulan.

    Kunjungi pusat beli belah Central Festival Hatyai untuk melihat pokok Krismas gergasi dan menikmati pertunjukan cahaya Hari Krismas.

    Anda juga boleh berkunjung ke Kim Yong Market untuk mendapatkan hadiah dan cenderahati yang serba unik. 

    2. Yogyakarta, Indonesia (Purata caj bilik: RM 263)

    Yogyakarta, seringkali digelar sebagai “Serambi Budaya Jawa”, merupakan sebuah destinasi percutian yang menarik menjelang Disember, meriah dengan budaya Jawa yang serba kaya dan tapak-tapak bersejarah terkemuka, termasuklah Sultan’s Palace yang ikonik, Keraton Yogyakarta.

    Warisan yang kaya ini sebati dengan populasi penduduknya yang pelbagai. Terokai gereja-gereja yang dihias indah dan saksikan tradisi Krismas tempatan yang memaparkan keharmonian antara pelbagai budaya.

    Untuk hujung tahun yang lebih menarik terokailah Tapak Warisan Dunia UNESCO, kuil-kuil purba Prambanan atau kunjungi Kaliurang yang teletak di Utara kira-kira 25km jarak perjalanan, di mana momen-momen menenangkan menanti anda dengan Gunung Merapi yang memukau sebagai pemandangan anda.

    Menjelang Ambang Tahun Baru, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Alun-Alun Kidul (Dataran Selatan) bagi Yogyakarta Night Festival, di mana pertunjukan bunga api yang gilang gemilang menjadikan langit malam kelihatan cukup magis.

    3. Kuching, Malaysia (Purata caj bilik: RM 282)

    Kuching, ibu negeri Sarawak yang cukup menyeronokkan ini terkenal dengan pasar-pasar jalanan yang meriah, makanan jalanan yang menyelerakan, pemandangan alam sekitar yang mempesona, dan tempat-tempat bersejarah seperti Perkampungan Budaya Sarawak.

    Kuching ialah destinasi percutian keluarga yang sempurna untuk dibelai keindahan alam sekitar dan memanfaatkan hari-hari percutian anda sebaiknya.

    Disember menukarkan Kuching menjadi sebuah dunia keraian yang menakjubkan, dihiasi lampu-lampu dan hiasan berwarna warni.

    Bersiar-siarlah di Kuching Waterfront yang indah atau sertai perarakan tahunan Kuching Christmas bagi meraikan keseronokan pesta keraian.

    Jangan lepaskan peluang untuk melihat Tugu Kucing Bulatan Padungan yang sentiasa dihias seiring dengan apa jua sambutan.

    Rakyat tempatan dan pelancong lazimnya berhimpun di Carpenter Street yang rancak dengan kehidupan malam serba meriah, menjadikan Ambang Tahun Baru anda lebih mengujakan.

    4. Dalat, Vietnam (Purata caj bilik: RM319)

    Bandar pergunungan yang mempesonakan, Dalat, ialah sebuah destinasi pelancongan yang popular sepanjang tahun, namun sewajarnya menjadi destinasi wajib singgah menjelang musim Krismas dan Tahun Baru.

    Bandar ini bertukar menjadi sebuah dunia khayalan musim sejuk, dengan limpahan lampu bergemerlapan, hiasan-hiasan musim perayaan, dan atmosfera yang menggembirakan.

    Cuaca sejuk ini ideal untuk meneroka tarikan-tarikan utama bandar tersebut, seperti Crazy House, Xuan Huong Lake, dan Valley of Love yang mekar dengan kuntuman bunga-bunga indah.

    Sama ada anda mencari-cari lokasi percutian romantik, percutian mesra keluarga, atau sambutan perayaan, Dalat, Vietnam ialah lokasi sempurna untuk dikunjungi menjelang Hari Krismas dan Tahun Baru.

    5. Goa, India (Purata caj bilik: RM 432)

    Goa, pusat pesta India, terkenal dengan keindahan Pantai, kemeriahan waktu malam, pasar-pasar yang meriah dan makanan laut yang cukup lazat.

    Meskipun kurang menjadi pilihan pelancong, Goa kaya dengan pelbagai pesona yang tersembunyi, menjadikannya lokasi ideal untuk sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru.

    Tahun ini, sediakan bagasi anda dan kunjungi Goa yang sememangnya menakjubkan.

    Bergembiralah dalam kehijauan alam sekitar Goa di Dudhasagar Warterfalls atau kunjungi kafe Artjuna untuk bengkel-bengkel imersif, muzik secara langsung dan sesi-sesi yoga.

    Biarkan rambut anda bebas dibelai angin di festival Bonderam dan raikan Ambang Tahun Baru seperti rakyat setempat; atau naiki feri ke Pulau Divar untuk bersantai sambal melawati gereja-gereja bersejarah dan menikmati sajian tempatan.

    6. Baguio, Filipina (Purata caj bilik: RM 446)

    Udara Baguio yang sejuk dan nyaman membezakan lokasi tersebut dari lokasi-lokasi lain di negara tersebut, lalu digelar ‘Kota Musim Panas Filipina’.

    Namun jangan hanya pandang sebelah mata: Baguio dan pelbagai tarikan komersial dan indah merupakan tarikan pelancongan yang terkemuka sepanjang tahun.

    Hayati pemandangan pokok pine yang menghiasi kembara anda sepanjang landskap pelancongan kegemaran seperti Mines View Park dan Camp John Hay.

    Baguion juga memiliki warisan kraf dan seni rakyat yang tersendiri sekaligus dinobatkan sebagai Bandar Kreatif UNESCO.

    Bandar tersebut juga merupakan rumah arena beli belah barangan terpakai yang cukup meriah di Baguio Night Market di mana anda boleh mendapatkan barangan-barangan vintaj terbaik.

    Jangan tinggalkan Baguio tanpa sempat berpeluang menikmati buah strawberi yang tumbuh subur di topografi unik bandar tersebut.

    Sama ada anda meraikan pagi Krismas dengan taho strawberry (snek Pinoy yang diperbuat daripada tofu lembut, sirap dan sago) mahupun meraikan tahun baru dengan wain strawberi bersama yang tersayang, percutian di tanah tinggi semestinya bakal menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan oleh seisi keluarga.

    7. Nagoya, Jepun (Purata caj bilik: RM 502)

    Nagoya, bandar keempat terbesar di Jepun, ialah sebuah destinasi cosmopolitan yang meriah dan menawarkan sesuatu untuk semua yang dating berkunjung.

    Menjelang musim Krismas dan Ambang Tahun Baru, bandar tersebut dihidupkan oleh cahaya-cahaya musim perayaan, acara-acara istimewa, dan suasana keraian.

    Nagoya terkenal dengan lampu-lampu musim sejuk yang memukau, antara yang terbaik di Jepun.

    Jalan-jalan dan taman-taman utama di bandar tersebut bertukar menjadi dunia khayalan musim sejuk yang penuh mahis dengan jutaan lampu yang bergemerlapan, seperti taman botani Nabana no Sato serta daerah Sakae dan Osu yang cukup bercahaya.

    8. Taichung, Taiwan (Purata caj bilik: RM 594)

    Taichung bukan sahaja sarat dengan warisan sejarah dan budaya, bahkan terkenal dengan keindahan alam sekitar yang mengilhamkan pesona.

    Terkenal dengan tarikan pelancongan dan aktivitii-aktiviti yang pelbagai, Taichung sesuai untuk semua jenis pelancong, baik yang menggemari penerokaan tinggalan-tinggalan budaya, menikmati sajian-sajian lazat, mahupun yang asyik dibelai keindahan alam sekitar.

    Tambahan pula, Taichung bakal menjadi tuan rumah Lishan Guguan Light Art Festival Disember ini, dilimpahi dengan kesenian cahaya yang mempesonakan sepanjang bulan tersebut.

    Di samping pertunjukan cahaya yang luar biasa, festival ini juga menampilkan pelbagai persembahan dan acara muzik, menimbulkan suasana hidup sepanjang sambutan tersebut. 

    Para pengunjung boleh menghayati keindahan karya seni bercahaya sambil menikmati persembahan muzik secara langsung atau mengambil bahagian dalam pertunjukan tarian dan bengkel-bengkel kesenian.

    9. Melbourne, Australia (Purata caj bilik: RM 727)

    Melbourne telah sekian lama digelar ‘Permata Budaya’ dengan arena seni yang dinamik, acara kesukanan yang meriah, kopi artisan terkemuka dunia, dan kehidupan malam yang mempesona.

    Menjelang Hari Krismas dan cuti sekolah, metropolis tepi Pantai ini turut dihidupkan dengan kemeriahan yang sesuai buat seisi keluarga.

    Dari pasar Krismas sehinggalah acara kesukanan bertaraf dunia seperti Australian Open Tennis Tournament, Melbourne pasti mempunyai sesuatu buat semua tanpa mengira bajet perbelanjaan anda.

    Dengan adanya sistem tram yang merupakan keempat terbesar di dunia, Melbourne ialah sebuah destinasi yang boleh diteroka dengan berjalan kaki.

    Baik pantai-pantai indah, mahupun kesibukan Federation Square, ada sahaja sesuatu yang mengujakan di Melbourne yang serba meriah.

    10. Busan, South Korea (Purata caj bilik: RM742)

    Busan ialah sebuah destinasi persisiran pantai yang seindah namanya dengan kombinasi pantai-pantai nan indah, pencakar langit moden, pasar-pasar tradisional dan Lorong-lorang kafe yang selesa.

    Untuk berpeluang melihat pemandangan ibu kota yang pelbagai di depan mata, kunjungi Busan X the SKY, balai cerap yang terletak di tingkat atas bangunan kedua tertinggi di Korea, terletak di Haeundae Beach.

    Sekiranya anda lebih menggemari pengalaman yang lebih santai, bersiar-siar di Dalmaji-gil Road yang kaya dengan kafe-kafe kecil dan memukau yang menampilkan pemandangan lautan biru yang menakjubkan.

    Apa kata anda rasai sendiri pengalaman pesta cahaya unik musim sejuk di tepi laut? Gwangalli Beach menganjurkan Gwangalli Marvelous Drone Light Show, sebuah acara mingguan pada setiap malam Sabtu yang menampilkan persembahan dron bercahaya yang menakjubkan merentasi langit malam musim sejuk yang luas terbentang.

    Di samping membantu para pelancong untuk memilih destinasi pelancongan yang paling berpatutan, Agoda juga membantu mendapatkan penjimatan terbesar menerusi Price Freeze, Price Alerts, diskaun kart beli belah, tawaran media sosial dan pelbagai lagi, membolehkan orang ramai untuk berjalan jauh dan meluaskan pemandangan pada harga yang berpatutan.

    agoda kembara Krismas kuching pelancongan tourism travel
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleShell Malaysia, Lim Tayar kerjasama tingkat mutu perkhidmatan
    Next Article CHAGEE Malaysia terima sijil Halal JAKIM
    Epul

    Related Posts

    Lebih dari sekadar kopi: Nasken Coffee buka cawangan ke-43 di Putrajaya, sasar Bursa Malaysia menjelang 2026

    May 31, 2025

    Sambut Hari Bapa dengan stik premium, kasih sayang dan hadiah istimewa di Maria’s SteakCafe

    May 28, 2025

    Sushi King rai 30 tahun warisan kulinari Jepun di Malaysia, tampil dengan gaya serba baharu

    May 22, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 202528K

    Don't Miss

    guardian bawakan kempen Hairppiness sepanjang Jun 2025 

    By Team Editorial KLHypeJune 6, 2025

    Bulan ini, guardian Malaysia meraikan segala-galanya tentang mahkota kepala melalui kempen Hairppiness, yang berlangsung dari…

    Hafaz al-Quran dalam tempoh setahun, 150 pelajar diraikan di Majlis Haflah Takrimiah AKMAL 2025

    Lebih dari sekadar kopi: Nasken Coffee buka cawangan ke-43 di Putrajaya, sasar Bursa Malaysia menjelang 2026

    Zizan Razak dilantik duta rasmi G-SHOCK Malaysia pertama

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    guardian bawakan kempen Hairppiness sepanjang Jun 2025 

    June 6, 202510K

    Hafaz al-Quran dalam tempoh setahun, 150 pelajar diraikan di Majlis Haflah Takrimiah AKMAL 2025

    June 2, 202515K

    Lebih dari sekadar kopi: Nasken Coffee buka cawangan ke-43 di Putrajaya, sasar Bursa Malaysia menjelang 2026

    May 31, 20259K

    Zizan Razak dilantik duta rasmi G-SHOCK Malaysia pertama

    May 31, 202512K

    Premier Integrated Rehab sambut ulang tahun ke-25 dengan identiti, jenama baharu

    May 29, 20259K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team Editorial KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025

    PM rasmi Alamanda berwajah baru

    February 24, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    guardian bawakan kempen Hairppiness sepanjang Jun 2025 

    June 6, 2025

    Hafaz al-Quran dalam tempoh setahun, 150 pelajar diraikan di Majlis Haflah Takrimiah AKMAL 2025

    June 2, 2025

    Lebih dari sekadar kopi: Nasken Coffee buka cawangan ke-43 di Putrajaya, sasar Bursa Malaysia menjelang 2026

    May 31, 2025

    Zizan Razak dilantik duta rasmi G-SHOCK Malaysia pertama

    May 31, 2025
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.