Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    January 26, 2026

    Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026

    January 24, 2026

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    January 24, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh
    • Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026
    • IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS
    • Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia
    • Nootkaherb raih pengiktirafan Parenthood Records untuk Semburan Perlindungan Lampin Pertama di Malaysia
    • guardian Malaysia raikan Tahun Baharu Cina dengan segalanya ONG, kempen ‘Stay ONG in Health and Radiance’
    • Gema Raya Putrajaya sasar muncul destinasi ikonik festival raya
    • Hwajing Travel & Tours rai kehadiran M/V Piano Land di Port Klang, lebar sayap industri pelayaran serantau
    Wednesday, January 28
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Hwajing Travel & Tours rai kehadiran M/V Piano Land di Port Klang, lebar sayap industri pelayaran serantau

      January 17, 2026

      FitFlop Buka Butik Terbaru di Sunway Pyramid, Ikon Global Song Hye Kyo Dilantik Sebagai Duta Jenama untuk AW25/SS26

      January 7, 2026

      Malam Warisan Yu Ting & Chef Martin Yan: 68 tahun keunggulan, nilai dan legasi

      December 31, 2025

      Glocal Travel & Tours lancar pakej Haji 1447H/2026M, bentuk pasukan sokongan motivasi & kesihatan komprehensif untuk jemaah

      November 26, 2025

      Siti Khadijah buka flagship store baharu di Bangsar, tingkatkan pengalaman ibadah dengan sentuhan premium

      November 21, 2025
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Karnival Sukan Permotoran BOSS Sepang 2025 tawar aksi permotoran & hiburan menggamatkan

      September 30, 2025

      DMS Berselawat jadi acara tahunan DMS MOTORS, himpunkan 500 peserta dalam suasana penuh barakah

      September 30, 2025

      Farid Kamil muncul artis pertama buka kedai motosikal elektrik (EV)

      September 13, 2025

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Kuala Lumpur tuan rumah dua persidangan belia IGN tahun depan

      November 7, 2024

      Anna Jobling menyinar di negara seberang, terima tiga tawaran filem selepas Lembayung

      September 18, 2024

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      Karnival Sukan Pemotoran: Merakyatkan Litar Sepang, Fokus Keselamatan dan Pendidikan

      October 5, 2025

      Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung

      October 4, 2025

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025

      Crocs x SKULLPANDA: fantasi timur bertemu futurisme dalam koleksi terbaharu

      September 29, 2025

      Misi Wan Ajaib segarkan media Islam, sentuh jiwa generasi digital

      September 19, 2025

      Malam 3 Suara: Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bersatu dalam konsert eksklusif di Kuala Lumpur

      September 10, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » USANITA imbau kenangan zaman kanak-kanak sempena sambutan Hari Kebangsaan
    Lifestyle

    USANITA imbau kenangan zaman kanak-kanak sempena sambutan Hari Kebangsaan

    Team Editorial KLHypeBy Team Editorial KLHypeAugust 31, 2024Updated:September 2, 2024No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Usanita Sdn Bhd (Usanita) dengan penuh semangat menganjurkan Usanita Fest Kita Merdeka Madani, Jiwa Merdeka di Menara Kuala Lumpur sempena Hari Kemerdekaan ke-67.

    Acara ini menggabungkan elemen masa depan dan masa lampau, bertemakan neon dan nostalgia zaman kanak-kanak, untuk menyatukan semua dalam satu program yang penuh warna-warni dan berjiwa merdeka. 

    Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9, Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) dan Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan. 

    Turut hadir Dato’ Abdul Hamid Shaikh, Pengarah Urusan, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd bersama CEO Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd Nazli Saad. 

    Usanita Fest dimeriahkan lagi dengan barisan selebriti terkenal seperti Awal Ashaari, Ella, Fiza Sabjahan, Amir Masdi, Uyaina, Zoey Rahman, Marsila Hasan, dan Syairul Islam. 

    Mereka turut sama menyemarakkan semangat kemerdekaan melalui penampilan dan persembahan yang menghiburkan. 

    Menariknya, acara ini mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti seperti permainan tradisional congkak, batu seremban, dan ting ting, selain daripada demo seni kraf canting batik yang membangkitkan warisan tradisi kita.

    Suasana bertambah meriah dengan sentuhan futuristik yang diterapkan melalui elemen neon dan gubahan muzik dari DJ yang menggetarkan, direka khas untuk menarik minat golongan muda dan pelancong yang ingin merasai keunikan budaya Malaysia.

    Jiwa merdeka imbau nostalgia zaman kanak-kanak

    Satu lagi sorotan istimewa ialah ketika semua tetamu kehormat dan hadirin bersama-sama naik ke pentas untuk mengibarkan Jalur Gemilang, diiringi nyanyian Ella dengan lagu “Standing in The Eyes of The World”.

    Momen ini sungguh mengujakan, menghidupkan semangat patriotisme dan kebanggaan terhadap tanah air. 

    Datuk Adzliana dalam ucapannya berkongsi bahawa tema Jiwa Merdeka dipilih untuk menghidupkan semula memori indah zaman kanak-kanak sambil menyatukan semua lapisan masyarakat dalam semangat kemerdekaan. 

    Read More: Awal Ashari wajah baru Usanita, bakal kendali program bual bicara 15 episod

    “Pendekatan ‘throwback to childhood memories’ ini memberikan sentuhan nostalgia yang membawa kita kembali ke zaman kecil, sementara elemen neon melambangkan harapan masa depan yang lebih cerah,” kata beliau dengan penuh inspirasi. 

    Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil juga menyatakan rasa bangganya terhadap pencapaian Usanita di bawah kepimpinan Datuk Adzliana, berharap beliau akan terus bersemangat memberi sumbangan kepada masyarakat.

    Acara diteruskan pada sebelah malam dengan Makan Malam Gala Kita Merdeka Madani Inspirasi Wanita Jiwa Merdeka dengan tema Elegant Neon yang menggabungkan keanggunan dan kemodenan dalam satu suasana yang penuh gemerlapan. 


    Anugerah Ikon Wanita Usanita

    Kemuncak acara adalah penganugerahan Ikon Wanita Usanita kepada 9 wanita ikonik yang telah menunjukkan kekuatan dan memartabatkan wanita dalam pelbagai industri. 

    Anugerah ini disampaikan oleh Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kepada penerima anugerah yang terdiri daripada Nurul Nadirah Shamsul liani, Fatin Nadzirah Mohd Arsad, Allison Yes Phui Se, Kavita Sidhu, serta 5 penerima dari Perintis Usanita iaitu Nurun Nadia Masrom, Nurul Rena Rifaee, Saadiah Ibrahim, Nasyrah Hanim Mohamad Zainuddin, dan Nor Zawani Mohamed Zakaria. 

    Anugerah yang paling berprestij pada malam ini diberikan kepada Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sebagai IKON WANITA USANITA, mengiktiraf beliau sebagai contoh teladan dan ikon kepada setiap wanita di Malaysia. 

    Penganugerahan ini adalah penghormatan kepada wanita-wanita hebat yang telah menunjukkan keberanian dan kecekalan dalam pelbagai bidang. 

    Datuk Adzliana

    “Pengiktirafan ini diharap dapat menyuntik semangat lebih ramai wanita untuk terus berdiri teguh dan jangan mudah patah semangat, walau apa jua cabaran yang dihadapi,” katanya.

    Majlis ini bukan sahaja meraikan pencapaian wanita-wanita ikonik, tetapi juga menandakan komitmen Usanita dalam memperkasakan wanita dan memartabatkan perjuangan mereka dalam masyarakat.

    Dengan tema Elegant Neon, acara malam ini menjadi simbol gabungan tradisi dan kemodenan, memperlihatkan keindahan dan kekuatan wanita dalam setiap aspek kehidupan.


    culture Featured Featured Slider hari kebangsaan lifestyle merdeka Usanita
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePAPUH anjur Muslim Travel Fair 2024, elak risiko penipuan syarikat tidak berlesen 
    Next Article In Saff Travel tawar cabutan bertuah bernilai RM100,000 sempena ulang tahun ke-10
    Team Editorial KLHype

    Related Posts

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    January 26, 2026

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    January 24, 2026

    Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia

    January 21, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 202528K

    Don't Miss

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    By Team Editorial KLHypeJanuary 26, 2026

    Dalam landskap kesihatan global yang semakin kompleks, keperluan terhadap solusi berteraskan ilmu, sains dan nilai…

    Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    January 26, 20261K

    Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026

    January 24, 20261K

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    January 24, 20262K

    Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia

    January 21, 20262K

    Nootkaherb raih pengiktirafan Parenthood Records untuk Semburan Perlindungan Lampin Pertama di Malaysia

    January 20, 20262K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team Editorial KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025

    PM rasmi Alamanda berwajah baru

    February 24, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    January 26, 2026

    Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026

    January 24, 2026

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    January 24, 2026

    Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia

    January 21, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.