Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    FLEXMA Food Tech Terima Sijil Halal Malaysia, Jalin Kerjasama WRIZERFOOD F&B

    November 26, 2026

    300 Pelajar Di Wangsa Maju Terima Bantuan Persekolahan Yayasan Kosma

    November 25, 2026

    Kursus Lima Hari Buka Peluang Jana Pendapatan, GIATMARA Perkasa Golongan Rentan Melalui Seni Pembuatan Beg

    November 25, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • FLEXMA Food Tech Terima Sijil Halal Malaysia, Jalin Kerjasama WRIZERFOOD F&B
    • 300 Pelajar Di Wangsa Maju Terima Bantuan Persekolahan Yayasan Kosma
    • Kursus Lima Hari Buka Peluang Jana Pendapatan, GIATMARA Perkasa Golongan Rentan Melalui Seni Pembuatan Beg
    • Carlo Rino Perkenal Koleksi Infinite C, Tampil Beg Halo Crossbody Tiga Pilihan Warna & Logo Baharu
    • C by camel active Perluas Rangkaian di Selatan, Buka Concept Store Baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka
    • LARRIE Rai Pemenang Utama Peraduan Travel with LARRIE 2026, Tawar Percutian Eksplorasi Malaysia Bernilai Sehingga RM15,000
    • Bath & Body Works Lancar Kempen Holiday 2026, Bawa Pop-Up Eksklusif di IOI City Mall Putrajaya & Kolaborasi Bersama Cookiecrumbs
    • Bartech Beautee Ungguli Anugerah Nona dan Superbrands, Sasar Pasaran Asia Dengan Inovasi Penjagaan Kulit Berteraskan AI
    Friday, November 27
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      C by camel active Perluas Rangkaian di Selatan, Buka Concept Store Baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka

      November 24, 2026

      Siti Khadijah & Malaysia Airports Perkasa Kemudahan Ibadah di KLIA Terminal 1

      November 18, 2026

      Persiapan Raya 2027 Bermula! Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya Kembali 66 Jam Tanpa Henti

      November 13, 2026

      KHIND Raikan 65 Kisah Inspirasi Rakyat Malaysia Menerusi Kempen ‘Sebut Namamu’

      November 11, 2026

      Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

      November 3, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

      October 29, 2026

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      C by camel active Perluas Rangkaian di Selatan, Buka Concept Store Baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka

      November 24, 2026

      Persiapan Raya 2027 Bermula! Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya Kembali 66 Jam Tanpa Henti

      November 13, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Yatie Kitchen terbit buku resipi kelima
    Lifestyle

    Yatie Kitchen terbit buku resipi kelima

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaJuly 8, 2023No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    yatie kitchen
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    NAMANYA bukanlah asing di kalangan pelayar media sosial yang ‘dahagakan’ panduan dan tips masakan lengkap dan paling penting ‘menjadi’ walaupun pertama kali menjejak kaki ke dapur.

    Berbanding influencer masakan lain, itulah yang menjadi keistimewaan figura bernama Nurhayati Zainol Abidin atau lebih dikenali sebagai Yatie Kitchen di platform media sosialnya.

    Tidak lokek berkongsi ilmu pelbagai jenis masakan, kemurahan hatinya memberi penjelasan jelas melalui tulisan mahupun video dengan niat agar pengikutnya dapat mencuba sendiri memasak makanan yang enak seperti air tangan ibu.

    Kini, Nurhayati atau lebih mesra disapa Yatie sudah memiliki lebih 800 ribu followers di Instagram dan lebih 90 ribu followers di Tiktok malah kesungguhannya menyediakan content masakan di sosial media, beliau disambar syarikat terkemuka Adabi Malaysia sebagai duta.

    Malah, wanita berusia 46 tahun ini baru melancarkan buku masakannya yang memasuki edisi kelima selepas kejayaan dan sambutan hangat terhadap keempat-empat buku masakannya sebelum ini.

    “Saya dilamar sebagai duta Adabi kira-kira enam tahun lalu dan sejak itu rezeki saya terus mencurah-curah. Banyak tawaran untuk muncul dalam program rancangan televisyen.

    “Buku pertama saya dilancarkan pada 2018, diikuti edisi kedua pada 2019, 2020 edisi ketiga dan 2021 edisi keempat dengan setiap buku menampilkan resepi berbeza yang lengkap dengan gambarajah bahan yang digunakan dalam setiap resipi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Buku Masakan Yatie Kitchen Edisi Kelima baru-baru ini.

    Menurutnya, keistimewaan setiap buku resipinya ialah ia dilengkapi dengan gambarajah lengkap bahan digunakan bagi memudahkan pembaca untuk mengikuti resipinya dan rahsia masakan ‘menjadi’.

    “Idea menyertakan gambarajah dalam resipi kerana pembantu rumah saya buta huruf dan tidak tahu membaca, jadi apabila dia membantu di dapur mudah baginya membuat persediaan bahan masakan sebelum saya memasak.

    Resipi dilengkapi gambarajah untuk memudahkan pembaca mengenalpasti bahan. – Foto FB Yatie Kitchen

    “Lagipun, saya tahu ramai yang sukar bezakan sesetengah bahan masakan yang seakan sama, misalnya daun ketumbar dan daun sup. Jadi dengan ada gambarajah mudahlah mereka membezakannya,” katanya.

    Mengenai buku resipi edisi kelima yang baru dilancarkan, beliau tekad untuk meneruskan penerbitan buku bagi berkongsi resipi dengan peminatnya kerana bimbang sekiranya laman media sosial seperti Instagram tidak dapat lagi digunakan pada masa akan datang.

    Katanya, kegusaran itu menambah lagi keyakinannya untuk menghasilkan buku resipi yang dapat memudahkan pembaca untuk merujuk resipi dihasilkan berbanding hanya bergantung semata-mata kepada media sosialnya.\

    Yatie menjadi duta Adabi sejak 6 tahun lalu.

    Tambahnya lagi, ramai kaum ibu seusianya memberi respon bahawa mereka lebih selesa merujuk resipi melalui buku masakan.

    Mengenai rancangan masa hadapannya, Yatie berimpian untuk mempunyai rancangan masakannya sendiri di kaca televisyen agar lebih ramai orang dapat manfaat daripada perkongsiannya selama lebih 10 tahun berkecimpung dalam bidang masakan.

    Selain menerbitkan buku resipi, Yatie Kitchen turut mengeluarkan beberapa produk keluarannya sendiri antaranya Sambal Bilis Petai, Sambal Signature, Paru Crispy, Mushroom Seasoning, Bawang Goreng dan Keropok Crispy.

    “Produk saya ini dijual secara online di platform e-dagang Shopee dengan kuantiti terhad bagi memastikan kualiti sentiasa terjaga. Saya tidak mementingkan kuantiti samata-mata dan setiap kali pengeluaran hanya kira-kira 200 botol sahaja.

    Antara produk keluaran Yatie Kitchen yang dijual dalam jumlah terhad setiap pengeluaran.

    “Saya memasak sendiri di central kitchen jadi setiap kali stok habis terjual saya akan memasak stok baru dalam kuantiti kecil untuk menjaga kualiti,” katanya.

    INSTAGRAM : https://www.instagram.com/yatiekitchen

    FACEBOOK : https://www.facebook.com/ Yatiekitchen

    SHOPEE : https://shopee.com.my/yatiekitchen.officialstore

    influencer masakan resipi yatie kitchen
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleVelvet Crème Poring Latté gabungan sempurna dunia gaming, budaya minuman
    Next Article “Saya akan saman balas” – Annuar Musa
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    C by camel active Perluas Rangkaian di Selatan, Buka Concept Store Baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka

    November 24, 2026

    Siti Khadijah & Malaysia Airports Perkasa Kemudahan Ibadah di KLIA Terminal 1

    November 18, 2026

    Persiapan Raya 2027 Bermula! Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya Kembali 66 Jam Tanpa Henti

    November 13, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    FLEXMA Food Tech Terima Sijil Halal Malaysia, Jalin Kerjasama WRIZERFOOD F&B

    By Team KLHypeNovember 26, 2026

    KUALA LUMPUR, 26 November 2026 – Syarikat pengeluar makanan tempatan, FLEXMA Food Tech Sdn. Bhd.…

    300 Pelajar Di Wangsa Maju Terima Bantuan Persekolahan Yayasan Kosma

    Kursus Lima Hari Buka Peluang Jana Pendapatan, GIATMARA Perkasa Golongan Rentan Melalui Seni Pembuatan Beg

    Carlo Rino Perkenal Koleksi Infinite C, Tampil Beg Halo Crossbody Tiga Pilihan Warna & Logo Baharu

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    FLEXMA Food Tech Terima Sijil Halal Malaysia, Jalin Kerjasama WRIZERFOOD F&B

    November 26, 20263K

    300 Pelajar Di Wangsa Maju Terima Bantuan Persekolahan Yayasan Kosma

    November 25, 20263K

    Kursus Lima Hari Buka Peluang Jana Pendapatan, GIATMARA Perkasa Golongan Rentan Melalui Seni Pembuatan Beg

    November 25, 20265K

    Carlo Rino Perkenal Koleksi Infinite C, Tampil Beg Halo Crossbody Tiga Pilihan Warna & Logo Baharu

    November 25, 20262K

    C by camel active Perluas Rangkaian di Selatan, Buka Concept Store Baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka

    November 24, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    FLEXMA Food Tech Terima Sijil Halal Malaysia, Jalin Kerjasama WRIZERFOOD F&B

    November 26, 2026

    300 Pelajar Di Wangsa Maju Terima Bantuan Persekolahan Yayasan Kosma

    November 25, 2026

    Kursus Lima Hari Buka Peluang Jana Pendapatan, GIATMARA Perkasa Golongan Rentan Melalui Seni Pembuatan Beg

    November 25, 2026

    Carlo Rino Perkenal Koleksi Infinite C, Tampil Beg Halo Crossbody Tiga Pilihan Warna & Logo Baharu

    November 25, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.