Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    April 5, 2026

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    April 4, 2026

    Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran

    April 4, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu
    • Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’
    • Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran
    • Jodoh ‘Halal’ Danial Dashuki & Tiara Suraya Setahun Disimpan Kemas, Kini Fokus Lebar Empayar Perniagaan
    • PHKL Lancar Pergerakan ‘What Women Want’ Menerusi Sesi Santai ‘Sip & Share’ Kupas Isu Perimenopause
    • DRE Coffee Lancar Kafe 24 Jam di Cyberjaya, Perkenal Model ‘Drink • Refer • Earn’ Berasaskan AI
    • Sentuhan Magis Dato’ Awie & Vanidah Imran Dalam Kempen Menyala Lagi Raya SAJI Semarakkan Sambutan Aidilfitri
    • Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia
    Wednesday, April 8
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

      April 5, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Alamanda Putrajaya Santuni Anak Yatim, Rai Persiapan Raya Dan Iftar Penuh Makna

      March 11, 2026

      MS. READ & Sherry Al-Hadad Perkenal Koleksi Raya Berseri 2026, saiz UK12 sehingga UK24 pun ada!

      March 10, 2026

      Monoloq Tampil Versatil Dengan Koleksi Spring Raya & Kolaborasi Hijab Winnoe

      March 2, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » “Dulu saya pendam, sekarang saya lepaskan” – AGY jumpa Dr. Healing, nekad sembuh luka lama
    Celebrities

    “Dulu saya pendam, sekarang saya lepaskan” – AGY jumpa Dr. Healing, nekad sembuh luka lama

    Team Editorial KLHypeBy Team Editorial KLHypeJuly 30, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Usia 30 menjadi titik refleksi penting buat penyanyi dan personaliti media sosial, Muhammad Affizy Mohd Khairy atau lebih dikenali sebagai AGY, apabila dia akhirnya memilih untuk berdamai dengan masa lalu dan memberi ruang kepada dirinya untuk sembuh, selepas bertahun bergelut dengan tekanan emosi yang tidak pernah dikongsi secara terbuka. 

    Bermula sebagai figura media yang sering menjadi perhatian, AGY mengakui dia tidak terlepas daripada kecaman dan sindiran netizen yang menilai setiap langkahnya dalam industri hiburan. 

    Namun, apa yang ramai tidak tahu, semua itu pernah membuatkan dia hampir hilang semangat. 

    “Saya pernah terfikir, kenapa ada orang tak suka saya, walaupun saya tak kacau sesiapa. Sampai satu tahap, saya rasa mungkin saya tak cukup bagus untuk teruskan dalam industri ini,” katanya. 

    Dia tidak menafikan bahawa di awal kemunculan, hatinya mudah terluka dengan komen-komen negatif. Lama-kelamaan, dia belajar untuk menjadi lebih kuat dan sedar bahawa penerimaan orang bukan sesuatu yang boleh dipaksa. 

    AGY berkongsi trauma yang pernah dialaminya.

    Bagi AGY, apa yang penting ialah kepercayaan terhadap diri sendiri dan sokongan yang tidak pernah putus daripada keluarganya, terutama ibu bapa, keluarga dan bapa saudaranya (Pak Long) yang sentiasa menjadi tulang belakang meskipun mereka sendiri turut terkena tempias apabila namanya dipetik dalam kontroversi atau kecaman dalam talian. 

    “Saya kesian pada keluarga. Mereka tak pernah salah, tapi nama mereka terpalit sama bila saya dikritik. Tapi mereka tetap ada di belakang saya, tanpa syarat,” ujarnya lagi. 

    Keluarga penguat semangat

    Mengenang zaman kecil, AGY berkata dia bukan pelajar yang menonjol. Semasa di sekolah rendah, dia tidak pernah meraih sebarang pencapaian membanggakan, malah sering merasa terpinggir. 

    Hanya apabila memasuki alam sekolah menengah, barulah dia mula mengenal potensi dirinya dan lebih berani keluar dari kepompong sunyi. Namun begitu, pengalaman-pengalaman itu yang disangka telah lama ditinggalkan sebenarnya masih hidup dalam dirinya. 

    Beban emosi yang dipendam sekian lama akhirnya membentuk satu lapisan luka jiwa yang tidak sembuh dengan sendirinya. 

    AGY memberanikan diri ke sesi khas bersama Dr Healing untuk keluar dari trauma.

    Selepas sekian lama menyimpan semuanya sendiri, AGY akhirnya melangkah ke ruang penyembuhan menerusi sesi khas bersama Dr. Hisham Dzakiria atau lebih dikenali sebagai Dr. Healing, seorang pakar pembangunan insan dan jurulatih penyembuhan yang cukup dikenali dalam kalangan mereka yang pernah bergelut dengan trauma, tekanan dan cabaran hidup. 

    Sesi penyembuhan yang diadakan di Ascott, Kuala Lumpur itu membuka ruang buat AGY untuk berdepan dengan sisi dirinya yang sebenar. Sisi yang sering disorok di sebalik senyuman dan keyakinan yang ditayangkan di khalayak ramai. 

    “Selama ini, saya banyak simpan semuanya sendiri. Saya jarang menangis depan orang.” katanya. 

    Terapi bersama Dr Healing

    Salah satu pendekatan yang dijalankan dalam sesi itu adalah teknik ‘melepaskan botol’, di mana dia diberikan sebotol air dan diminta untuk memegang serta memindahkan segala beban emosi ke dalam botol tersebut secara simbolik. 

    Teknik ‘melepaskan botol’ berjaya memberi kelegaan buat AGY.

    Ia dilakukan dalam keadaan reflektif dan penuh tumpuan sebagai satu bentuk pelepasan sedar terhadap trauma atau perasaan yang tidak pernah diluahkan. 

    AGY menggambarkan pengalaman itu sebagai sesuatu yang luar biasa. Tangannya kebas sewaktu proses berlangsung, namun pada masa sama dia merasai kelegaan yang tidak pernah dialami sebelum ini. 

    Sesi bersama Dr. Healing bukan sekadar membuka matanya terhadap proses penyembuhan tetapi juga mengajarnya bahawa tidak salah untuk mengakui kelemahan dan tidak semestinya setiap masa perlu berpura-pura kuat. 

    Dr. Hisham Dzakiria atau lebih dikenali sebagai Dr. Healing, seorang pakar pembangunan insan dan jurulatih penyembuhan.

    “Saya selalu tunjuk sisi kuat di luar, sebab tak nak orang tahu saya pernah luka. Tapi sampai bila? Saya pun manusia,” katanya yang kini lebih terbuka dengan proses mengenal dan memahami diri. 

    Pelancaran single terbaru, Jadi Aku

    Dengan semangat baharu, AGY kini melihat kehidupannya dari perspektif yang lebih tenang dan matang. Dia masih aktif dalam dunia seni dan sudah pun merancang beberapa projek baharu sepanjang tahun ini, termasuk pelancaran single terbarunya yang berjudul Jadi Aku. 

    Lagu tersebut, kata AGY, cukup dekat dengan jiwanya kerana menggambarkan proses dia menerima diri sendiri dan berdamai dengan siapa dirinya yang sebenar. 

    “Jadi Aku bukan sekadar lagu, ia cermin perasaan saya yang sebenar. Lirik dia tentang keinginan untuk difahami, tentang luka, tentang kekuatan yang lahir dari keikhlasan. Saya harap bila orang dengar, mereka akan rasa sesuatu,” katanya. 

    AGY

    Di akhir temu bual, AGY berharap, dengan langkah baharu yang diambil ini, orang ramai akan terus memberi sokongan terhadap perjalanan seninya. 

    “Saya tak minta semua orang suka saya. Tapi kalau ada yang sudi terus sokong, saya hargai sangat. Saya akan terus belajar jadi lebih baik, bukan saja dalam kerjaya, tapi juga sebagai individu,” katanya penuh harapan.

    AGY celebrities Featured hiburan leisure lifestyle
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleThe Food Merchant bawa cita rasa global dan pengalaman membeli-belah premium ke IOI Mall Damansara
    Next Article Leonhart Energy Coffee: minuman tenaga buat si berani mengejar impian!
    Team Editorial KLHype

    Related Posts

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    April 5, 2026

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    April 4, 2026

    Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran

    April 4, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    By Team Editorial KLHypeApril 5, 2026

    Kao Corporation baru-baru ini mengumumkan bahawa jenama penjagaan kulitnya, Bioré, akan mempercepatkan pengembangan antarabangsa menerusi…

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran

    Jodoh ‘Halal’ Danial Dashuki & Tiara Suraya Setahun Disimpan Kemas, Kini Fokus Lebar Empayar Perniagaan

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    April 5, 20262K

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    April 4, 20262K

    Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran

    April 4, 20263K

    Jodoh ‘Halal’ Danial Dashuki & Tiara Suraya Setahun Disimpan Kemas, Kini Fokus Lebar Empayar Perniagaan

    April 4, 20263K

    PHKL Lancar Pergerakan ‘What Women Want’ Menerusi Sesi Santai ‘Sip & Share’ Kupas Isu Perimenopause

    March 30, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team Editorial KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    April 5, 2026

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    April 4, 2026

    Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran

    April 4, 2026

    Jodoh ‘Halal’ Danial Dashuki & Tiara Suraya Setahun Disimpan Kemas, Kini Fokus Lebar Empayar Perniagaan

    April 4, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.