Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?

    September 21, 2026

    Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

    September 17, 2026

    R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

    September 17, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?
    • Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia
    • R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9
    • ProreX Intai Pasaran Asia Tenggara, Penuhi Keperluan Pedagang Generasi Pintar
    • Sultan Kedah Berkenan Rasmikan Hilton Burau Bay Langkawi Resort
    • Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines
    • Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan
    • Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus
    Monday, September 21
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

      September 17, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      Jadi Batek & Bokitta Lancar The Art Series: Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

      September 8, 2026

      ED Fest Kembali Lagi di Summit USJ: Lebih 100 Jenama Dan 500 Barangan Tawaran Hebat Menanti Anda!

      September 5, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Diskaun tol 50 peratus pada 23, 24 Disember sempena Krismas
    News

    Diskaun tol 50 peratus pada 23, 24 Disember sempena Krismas

    Team KLHypeBy Team KLHypeDecember 19, 2025No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KUALA LUMPUR, 19 Disember – Diskaun tol sebanyak 50 peratus akan diberikan kepada pengguna kenderaan persendirian selama dua hari iaitu pada 23 dan 24 Disember 2025 sempena sambutan Hari Krismas 2025.

    Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, diskaun berkenaan melibatkan pengguna kenderaan Kelas 1 di semua plaza tol lebuh raya bertol di seluruh negara sebagai usaha meringankan kos perjalanan rakyat serta memupuk semangat perpaduan dalam kerangka Malaysia MADANI.

    Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada plaza tol di pintu masuk sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia–Singapura (LINKEDUA). Bagi Jambatan Pulau Pinang, diskaun berkenaan terpakai kepada kenderaan Kelas 2.

    Kerajaan akan menanggung implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20.65 juta bagi membayar pampasan kepada semua syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat susulan pemberian diskaun tol tersebut.

    “Inisiatif itu bertujuan membantu meringankan sebahagian beban kos perjalanan rakyat yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Krismas atau bercuti bersama keluarga sempena musim cuti sekolah.

    “Langkah itu juga selari dengan hasrat kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan kepercayaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Pemilihan tarikh pemberian diskaun tol ini turut mengambil kira usaha penyuraian trafik semasa musim perayaan dan cuti sekolah, khususnya bagi mengoptimumkan aliran trafik di lebuh raya, kawasan hentian sebelah (Lay-By) serta kawasan rehat dan rawat (R&R).

    Sehubungan itu, pengguna lebuh raya digalakkan merancang perjalanan lebih awal dengan memanfaatkan aplikasi Trafik dan Navigasi Lebuh Raya LLM (TuJU) serta MyPLUS-TTA, selain mematuhi cadangan masa perjalanan yang disyorkan bagi memastikan perjalanan lebih lancar dan selamat.

    Pengguna juga diingatkan agar sentiasa mematuhi had laju, papan tanda serta peraturan lalu lintas, di samping berhenti berehat sekiranya berasa letih atau mengantuk demi keselamatan semua pihak.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBahasa Russia di hati Atlantik: Suatu Perspektif Budaya dan Akademik
    Next Article Efferty perluas sokongan kesuburan kepada pasangan TTC, lancar Brand Showcase Products 2026
    Team KLHype

    Related Posts

    Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?

    September 21, 2026

    Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

    September 17, 2026

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    September 12, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?

    By Team KLHypeSeptember 21, 2026

    KUALA LUMPUR, 21 September 2026 — Status tuntutan pembayaran balik pelaburan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan…

    Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

    R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

    ProreX Intai Pasaran Asia Tenggara, Penuhi Keperluan Pedagang Generasi Pintar

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?

    September 21, 20263K

    Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

    September 17, 202610K

    R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

    September 17, 20263K

    ProreX Intai Pasaran Asia Tenggara, Penuhi Keperluan Pedagang Generasi Pintar

    September 17, 20265K

    Sultan Kedah Berkenan Rasmikan Hilton Burau Bay Langkawi Resort

    September 15, 20264K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?

    September 21, 2026

    Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

    September 17, 2026

    R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

    September 17, 2026

    ProreX Intai Pasaran Asia Tenggara, Penuhi Keperluan Pedagang Generasi Pintar

    September 17, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.