Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    June 15, 2026

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 2026

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik
    • Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari
    • DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan
    • ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress
    • Raih Jualan 8 Angka, ONTHEGO Optimis Tembusi Pasaran Antarabangsa 
    • Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan
    • Jiwa & Raga Lerai Rindu Dua Dekad Peminat Yusry
    • Farm Fresh Sumbang Lebih 50 Ribu Kotak Susu Percuma Kepada Murid Prasekolah Sempena Hari Susu Sedunia 2026
    Tuesday, June 16
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan

      June 11, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Carlo Rino Pilih Tracie Sinidol Jadi Duta, Sasar Pikat Generasi Muda

      May 26, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Me’nate berjaya kumpul RM300,000 untuk Palestin
    News

    Me’nate berjaya kumpul RM300,000 untuk Palestin

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaDecember 4, 2023No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KUALA LUMPUR – Restoran Me’nate Steak Hub (Me’nate) berjaya mengumpul sebanyak RM300,000 untuk disumbangkan kepada tabung kemanusiaan Palestin menerusi kempen Dine and Donate yang dianjurkan bermula 6 hingga 20 November lalu.

    Pengarah Urusan Palace Butcher Resources Sdn Bhd, Syed Ashraf Syed Ali berkata, pihaknya pertama kali menganjurkan kempen kebajikan dan menganggap kejayaan mengumpul sasaran dalam tempoh yang singkat ini adalah hasil sokongan padu daripada pelanggannya.

    Katanya, dengan sambutan yang diterima ternyata dana itu dilihat sebagai permulaan yang baik buat rangkaian restoran untuk menganjurkan lebih banyak kempen seperti ini pada masa akan datang.

    “Dalam tempoh kempen berlangsung, sebanyak 10 peratus daripada perbelanjaan pelanggan akan disumbangkan kepada tabung kemanusiaan Palestin dan Alhamdulillah sasaran itu berjaya dicapai dalam tempoh yang singkat.

    “Pada pandangan saya, pelanggan Me’nate sangat cakna dengan apa yang berlaku di Palestin dan saya yakin ini juga peluang mereka untuk turut sama membantu saudara kita di sana,” katanya kepada media di majlis penyerahan sumbangan di sini, hari ini.

    Sumbangan bantuan Palestine melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima diwakili Media Prima Omnia, Sharifah Omar di Menate Training and Development Centre, Kuala Lumpur.

    Melihat kerjasama yang dijalankan dengan Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT) dan Tabung Kemanusian Palestin Media Prima sebagai satu langkah tepat, jelas Syed Ashraf, selain memberi fokus dalam menyampaikan bantuan kepada manga kekejaman Israel, kempen ini juga dilihat sebagai cara menyampaikan tanda solidariti pihaknya terhadap perjuangan penduduk Palestin.

    “Kerjasama yang dijalinkan kami bersama SEJAGAT dan Media Prima dilihat memenuhi kriteria yang diperlukan dalam menyampaikan dana ini dengan selamat dan tepat.

    “Saya juga tidak mahu melepaskan peluang mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka atas persetujuan untuk menyampaikan bantuan ini mewakili pihak Me’nate Steak Hub.

    “Dengan apa yang dilalui penduduk Palestin hari ini pastinya kami mahu melihat sumbangan ini kelak mampu memberi mangsa-mangsa ini bantuan yang diperlukan terutamanya makanan dan bantuan perubatan yang semakin kritikal di sana,” jelasnya.

    Menurutnya, Me’nate bercadang untuk melakukan lebih banyak kempen kemanusiaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

    Kutipan bernilai RM300,000 itu diagihkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima dan Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia.

    Syed Ashraf berkata, kerjasama bersama dua organisasi ini disifatkan tepat kerana ia sebagai cara menyampaikan tanda solidariti terhadap perjuangan penduduk Palestin.

    Beliau berkata, Me’nate akan kekal sensitif dengan isu seumpama ini dalam memastikan rangkaian perniagaan ini lebih dekat dengan masyarakat.

    “Walaupun kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami, tetapi melalui isu ini kami juga ingin mengambil peluang mendidik masyarakat luar sana akan kepentingan kempen kemanusiaan ini.

    “Bagi Me’nate kami tidak hanya tertumpu dalam pasaran dalam negara, mengorak langkah sebagai antara jenama Malaysia yang sudah mendapat tempat di pasaran antarabangsa, usaha seperti ini juga memberi peluang untuk kami mendapat pengiktirafan dari masyarakat di luar sana,” katanya.

    Me'nate Steak Hub Media Prima palestin SEJAGAT sumbangan
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSoutun Nadwah ungguli minggu ketiga Pentas Marhaban
    Next Article Aurum Theatre dan Getha jalin kerjasama tingkat pengalaman hiburan ultra-mewah
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    June 15, 2026

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 2026

    Farm Fresh Sumbang Lebih 50 Ribu Kotak Susu Percuma Kepada Murid Prasekolah Sempena Hari Susu Sedunia 2026

    June 9, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    By Team KLHypeJune 15, 2026

    KUALA LUMPUR, 15 Jun 2026 – Projek Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru, Kampung Bharu, melangkah…

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    June 15, 20265K

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 20263K

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 20262K

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    June 12, 20263K

    Raih Jualan 8 Angka, ONTHEGO Optimis Tembusi Pasaran Antarabangsa 

    June 11, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    June 15, 2026

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 2026

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 2026

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    June 12, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.