Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

    May 31, 2026

    Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

    May 30, 2026

    Lindungi Mata & Sokong Minda: Anmum™ Tampil Dengan Formulasi Baharu Era Digital

    May 28, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’
    • Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026
    • Lindungi Mata & Sokong Minda: Anmum™ Tampil Dengan Formulasi Baharu Era Digital
    • GCH Retail Santuni Komuniti, Agih Daging Lima Ekor Lembu Di Giant Sri Gombak
    • Program Quranic Madani Di Rumah Titian Kaseh Sokong Aspirasi Menteri Agama
    • AKMAL Rai 201 Huffaz, Komited Lahirkan Generasi Pemimpin Berpaksi al-Quran
    • Carlo Rino Pilih Tracie Sinidol Jadi Duta, Sasar Pikat Generasi Muda
    • Hospital Pakar Damansara 2 Dan Yayasan Hope for Children Jalin Kerjasama Perluas Akses Pembedahan Pediatrik
    Monday, June 1
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Carlo Rino Pilih Tracie Sinidol Jadi Duta, Sasar Pikat Generasi Muda

      May 26, 2026

      iBidan Bina Platform Pemulihan Selepas Bersalin Yang Lebih Moden dan Sistematik

      May 24, 2026

      KLIBW Anjur The Beauty & Fragrance House 2026, himpun produk kecantikan & wangian tempatan

      May 9, 2026

      Jubin Nautiyal Kembali ‘Pukau’ Peminat Malaysia Dengan Konsert Maraton 3 Jam Malam Ini!

      May 9, 2026

      Applecrumby® dan Hock Kee Raikan Hari Ibu dengan Momen Manis dan Sentuhan Keprihatinan untuk Sekeluarga

      May 9, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Bukan Sekadar Kereta Kompak! Ini Sebab Kenapa Toyota Yaris G Jadi Pilihan Paling ‘Stailo’ Untuk Anak Muda

      April 8, 2026

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Betty Beauty azam tingkat jualan, pelawa orang ramai jana pendapatan
    Beauty

    Betty Beauty azam tingkat jualan, pelawa orang ramai jana pendapatan

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaMarch 8, 2024Updated:March 8, 2024No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    betty beauty
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    DIKURNIAKAN pakej lengkap wajah jelita namun perwatakannya pemalu dan menyenangkan meskipun baru pertama kali bersua ibu muda bernama Zetty Tajudin ini.

    Berkecimpungan dalam dunia perniagaan lebih-lebih lagi menjadi pengasas produk jenamanya sendiri iaitu Betty Beauty mungkin nampak mudah namun Zetty mengakui banyak onak dan ranjau yang perlu dilaluinya.

    Menurut Zetty, obsesinya pada kecantikan mendorongnya mengorak langkah berani dengan memulakan perniagaan dalam bidang kecantikan dan mengasaskan jenama BettyBeauty meskipun dia sedar bukan calang-calang persaingan yang perlu ditempuhinya.

    Namun, dia tidak gentar selaras dengan sifat semula jadinya yang akan melakukan sesuatu sampai jadi. Tidak menoleh ke belakang, wanita ini cekal berdepan jatuh bangun dalam perniagaan.

    “Ramai pasti tertanya mengapa saya memilih kosmetik sedangkan bidang ini boleh dikata terlalu sengit persaingannya dan setiap hari pelbagai jenama baharu menjengah pasaran.

    “Jawapannya hanya satu. Minat. Apatah lagi saya memang gemar bersolek dan sukakan kecantikan. Memang industri ini berkembang pesat seolah cendawan turun selepas hujan, tapi yang membezakan setiap produk adalah kualiti, cara kita memasarkannya dan paling utama pasukan yang dipilih dalam menggerakkan pemasaran agar produk lebih dikenali,” katanya yang ditemui pada malam Grand Launching BettyCosmetics X Muabellaz, baru-baru ini.

    Pada majlis gilang-gemilang dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada rakan pengasas, ketua tim dan ejen produk, kakitangan, pembeli ‘pink box’ bertuah, pelanggan BettyBeauty dan ramai lagi itu turut diadakan pelancaran produk terbaru, Trio Stick.

    Bersempena pelancaran tersebut juga, BettyBeauty turut menampilkan jurusolek terkemuka, Muabellaz sebagai muse dan tetamu istimewa malam itu.

    Ibu kepada dua cahaya mata itu juga mengakui, kekuatannya turut datang dari sokongan padu suami tercinta, Qusyairy Sahat atau lebih dikenali sebagai Kuchai, yang sentiasa berada di sampingnya dalam jatuh bangun perniagaan.

    Malah persahabatannya dengan Muabellaz turut menjadi batu loncatan untuk menjalin kerjasama memperkenalkan jenama itu menerusi produk kecantikan yang berkualiti tinggi.

    Suami, Kuchai menjadi tulang belakang Zetty dalam menghadapi ranjau perniagaan.

    “Tahun ini, kita mahu sasarkan lebih ramai ejen sebagai satu langkah mengembangkan jenama ini di Malaysia dan kami berharap untuk mencapai sasaran 1,000 pengedar yang akan menyertai keluarga BettyBeauty menjelang akhir tahun ini,” katanya.

    Menurutnya, jenama itu kini meluaskan rangkaian produk dengan mengeluarkan beberapa produk kecantikan antaranya produk penjagaan wajah iaitu serum dan produk kosmetik.

    Meskipun sudah berada di pasaran sejak 2018 dengan produk terlarisnya iaitu ‘serum oren’, baru kini Zetty memberanikan diri memperkenalkan secara rasami jenama BettyBeauty dan BeautyCosmetics serta rangkaian produk kosmetik kedua selepas hampir sebulan produk pertama, Pink Box berada di pasaran.

    Katanya, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha gigih dan tidak kenal jemu. Baginya, keyakinan diri, tidak malu dan berdisiplin tinggi adalah kunci utama dalam menjayakan sesuatu.

    Persembahan khas dari Indonesia, Charly Van Houten memukau tetamu yang hadir.

    “⁠Perancangan akan datang, BettyBeauty mahu terus fokus menaikkan lagi jenama ini dan juga memperkenalkan produk yang memberi manfaat untuk pengguna.

    “Selain itu, saya menggalakkan lebih ramai reseller dan team dapat menjana pendapatan dengan produk yang pastinya berkualliti dan lain dari yang lain,” katanya.

    Untuk maklumat lanjut berkaitan produk, boleh lawati instagram @bettybeautyhq

    beauty bettybeauty bettycosmetics kecantikan muabellaz produk
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUnder Armour celebrates Women’s Day with purple-themed clothing collection
    Next Article Burger King, WAO collaborate for International Women’s Day
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Tular Di TikTok & Raih Anugerah Prestij, Bartech Beautee Kini Sedia Ke Indonesia Bersama Teknologi AI

    May 22, 2026

    KLIBW Anjur The Beauty & Fragrance House 2026, himpun produk kecantikan & wangian tempatan

    May 9, 2026

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    May 4, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

    By Team KLHypeMay 31, 2026

    SHAH ALAM, 31 Mei – Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd (Toyo Tires)…

    Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

    Lindungi Mata & Sokong Minda: Anmum™ Tampil Dengan Formulasi Baharu Era Digital

    GCH Retail Santuni Komuniti, Agih Daging Lima Ekor Lembu Di Giant Sri Gombak

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

    May 31, 20262K

    Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

    May 30, 20261K

    Lindungi Mata & Sokong Minda: Anmum™ Tampil Dengan Formulasi Baharu Era Digital

    May 28, 20263K

    GCH Retail Santuni Komuniti, Agih Daging Lima Ekor Lembu Di Giant Sri Gombak

    May 28, 20262K

    Program Quranic Madani Di Rumah Titian Kaseh Sokong Aspirasi Menteri Agama

    May 27, 20262K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

    May 31, 2026

    Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

    May 30, 2026

    Lindungi Mata & Sokong Minda: Anmum™ Tampil Dengan Formulasi Baharu Era Digital

    May 28, 2026

    GCH Retail Santuni Komuniti, Agih Daging Lima Ekor Lembu Di Giant Sri Gombak

    May 28, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.