Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula
    • Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal
    • DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR
    • Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah
    • Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai
    • Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu
    • Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’
    • Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran
    Wednesday, April 15
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

      April 14, 2026

      Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

      April 13, 2026

      Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

      April 10, 2026

      Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

      April 5, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Impian jadi kenyataan, Buttonscarves kini buka cawangan keenam di Suria KLCC
    BIZ

    Impian jadi kenyataan, Buttonscarves kini buka cawangan keenam di Suria KLCC

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaJune 19, 2024Updated:June 27, 2024No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Buttonscarves melakar satu lagi kejayaan di Malaysia dengan pembukaan cawangan keenamnya di pusat beli belah ikonik, Suria KLCC.

    Dengan pembukaan cawangan ini, ia sekaligus menandakan pencapaian penting dalam kempen #ButtonscarvesGoesGlobal jenama berasal dari Indonesia ini mengukuhkan komitmennya untuk menyediakan pengalaman fesyen premium kepada komuniti BSLady yang sentiasa berkembang di Malaysia dan di luar negara.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Linda Anggrea, menempatkan jenama itu di Suria KLCC bukan satu tugas mudah malah beliau dan pasukannya mengambil masa sehingga empat tahun sebelum dibuka secara rasmi 13 Jun lalu.

    “Ini cabaran pertama yang Buttonscarves hadapi dalam melayakkannya berada sebaris dengan jenama terkenal lain di gedung berprestij itu.

    “Bukan mudah mendapat tempat di salah satu premis di Suria KLCC kerana kami perlu meyakinkan gedung beli-belah ini untuk menerima jenama Buttonscarves.”

    Linda Angrea

    “Bagaimanapun, kami tidak pernah berputus asa dan Alhamdulillah, ‘dreams do come true!’ Jadi, saya mahu tekankan bahawa, jangan takut untuk bermimpi, kerana dengan usaha dan komitmen tanpa jemu, anda pasti dapat mencapai apa yang diinginkan dalam kehidupan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran butik Buttonscarves di Suria KLCC baru-baru ini.

    Langkah penting bawa jenama ke persada global

    Menjelas lanjut, Linda yang juga Pengarah Kreatif Buttonscarves berkata beliau akan terus komited dengan visinya untuk Buttonscarves, menekankan penyatuan tradisi dan modeniti dalam setiap rekaan. 

    “Pembukaan rasmi Buttonscarves di Suria KLCC melambangkan langkah penting dalam perjalanan kami untuk membawa visi Buttonscarves ke persada global. 

    “Kami sangat berterima kasih atas sokongan yang luar biasa dari tetamu terkemuka kami, selebriti, dan komuniti BSLady yang dinamis, yang menegaskan komitmen kami untuk menentukan semula fesyen premium,” katanya.

    Butik baru tersebut menawarkan pelbagai produk premium, termasuk pilihan eksklusif hijab, beg kulit asli, kasut, dan aksesori. 

    Sebagai tambahan unik, tetamu juga boleh meneroka rangkaian menarik dari Buttonscarves Beauty, barisan jenama yang mengkhusus dalam penjagaan kulit, solekan, dan wangian.

    Read More: Buttonscarves terus ‘mendunia’, kali ini berkolaborasi dengan Singapore Tourism Board

    Tetamu di pembukaan rasmi berpeluang untuk terjun ke dalam kehalusan kerja tangan yang eksklusif dan kualiti yang tiada tandingan dari barangan kulit asli Buttonscarves, serta meneroka wangian menarik dari Buttonscarves Beauty Eau De Parfums.


    Pembukaan BS di KLCC simbol inklusiviti

    Sementara itu, Pengarah Negara Buttonscarves Malaysia Sharifah Itasha Jamalullai berkata, dengan setiap pembukaan cawangan Buttonscarves di negara ini, pihaknya berusaha untuk mencipta ruang di mana fesyen menjadi jambatan yang menghubungkan budaya dan komuniti yang berbeza.

    Butik BS di Suria KLCC melambangkan budaya ini, berfungsi sebagai mercu tanda keanggunan dan inklusiviti bagi peminat fesyen di seluruh dunia.

    Itasha Jamalullai

    Pembukaan rasmi kedai Buttonscarves di Suria KLCC membawa babak baru dalam perjalanan jenama ini, mengukuhkan komitmen pada keunggulan, inovasi, dan pengembangan global. 

    Perasmian butik Buttonscarves di KLCC baru-baru ini.

    Sementara Buttonscarves terus berkembang, ia tetap berazam untuk memberdayakan individu untuk merangkul gaya unik mereka dan meraikan seni fesyen.

    Also Read: Siti Khadijah lancar koleksi telekung premium Siti Khadijah x Buttonscarves


    Mengenai Buttonscarves

    Ditubuhkan pada 2016, Buttonscarves telah mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama gaya hidup mewah terkemuka Indonesia, yang mengkhusus dalam rangkaian aksesori fesyen yang pelbagai seperti tudung bercetak, beg, kasut, kerongsang dan telekung. 

    Ketua Pegawai Eksekutif Buttonscarves, Linda Anggrea

    Sejak 2018, jenama itu berjaya mengembangkan kehadirannya dengan membuka kedai luar talian di pelbagai pusat beli-belah di seluruh Indonesia dan di Malaysia.

    Selama 8 tahun, Buttonscarves telah berkarya dan menjadi salah satu jenama yang mengharumkan industri fesyen di Indonesia dan kini melebarkan sayapnya di Malaysia.

    Percaturan jenama berasal dari negara jiran ini nampaknya membuahkan hasil malah berjaya menempatkan diri sebaris nama popular fesyen terkini khususnya buat Muslimah di Malaysia.

    Sehingga kini, Buttonscarves mempunyai lebih 50 cawangan yang terletak di seluruh Indonesia dan berkembang pesat di Malaysia, Singapura, dan Brunei Darussalam.

    Buttonscarves juga mencatatkan sejarahnya tersendiri dengan melakukan kolaborasi dengan pelbagai pihak dari lokal hingga peringkat antarabangsa selaras visi jenama dalam merealisasikan kempen #ButtonscarvesGoesGlobal.

    Buttonscarves boleh didapati di pusat membeli-belah utama di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara melalui penghantaran www.buttonscarves.com.my

    buttonscarves ButtonscarvesGoesGlobal Featured Featured Slider fesyen hijab
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleWedge Buka Cawangan Kedua Berkonsepkan Gaya Hidup Golf – Wedge Range 
    Next Article ‘Jom Trade Together-gether’ bersama M+ Global dan Menangi Hadiah Bernilai Lebih RM380,000
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    By Team KLHypeApril 14, 2026

    PETALING JAYA, 14 April 2026 – Program kesetiaan MYguardian Rewards, yang dilancarkan sejak 2025, kini…

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 20265K

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 20263K

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 20262K

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 20265K

    Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

    April 10, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.