Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

    October 30, 2026

    Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

    October 30, 2026

    10 Cents Capital Expands Into AI Business Applications & Cross-Border Digital Trade With Brazil As Priority Market

    October 30, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan
    • Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim
    • 10 Cents Capital Expands Into AI Business Applications & Cross-Border Digital Trade With Brazil As Priority Market
    • Kumpulan Suria KLCC Rai Deepavali Penuh Gemilang Di Suria KLCC, Alamanda & Mesra Mall
    • The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI
    • CSUN Rasmi Dilancarkan, Meterai 50 MOU Rentas Sektor & Raih Asia Record
    • KESO Legacy Network Dan KLNET Akademi Terajui GEMERSIT BUMI, Perkasakan TVET Menerusi Kepakaran Industri Emas
    • TPM Temui Komuniti Permotoran Di Semenyih Malam Esok, Tiket MotoGP Percuma Antara Tarikan Utama
    Sunday, November 1
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026

      Premier Clinic Dedah Pentingnya Rawatan Bersasar, Kesihatan Kulit Jangka Panjang

      October 26, 2026

      Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR

      October 16, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

      October 29, 2026

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026

      Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

      October 9, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Eskayvie tangani malnutrisi melalui kempen Inspirasi Generasi Masa Hadapan
    Featured

    Eskayvie tangani malnutrisi melalui kempen Inspirasi Generasi Masa Hadapan

    Team KLHypeBy Team KLHypeFebruary 24, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    SHAH ALAM – Jenama kesihatan terkemuka di Malaysia, Eskayvie komited meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan nutrisi kepada rakyat Malaysia melalui penganjuran karnival Eskayvie Inspirasi Generasi Masa Hadapan.

    Sebagai permulaan, jenama itu menjejaki Sekolah Kebangsaan Seksyen 24 bagi mendekati golongan pelajar dan ibu bapa, Sabtu lalu.

    Isu malnutrisi dibentangkan Dr Syid Ayob dengan pembabitan pelajar dan ibu bapa melalui aktiviti di sekolah.
    Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed menyampaikan hadiah kepada para peserta demo masakan resipi sihat.

    Inisiatif ini adalah sebahagian daripada misi jenama itu untuk menangani isu malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak serta melahirkan generasi pemimpin masa depan yang cemerlang dan berkualiti melalui amalan pemakanan sihat.

    Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 menunjukkan 21.2% kanak-kanak mengalami masalah bantut (stunting), 46.5% mengalami anemia, 15.3% berada di bawah berat badan normal (underweight) dan 6% obes, meningkat kepada 14.3% pada usia remaja.

    Isu ini bukan sekadar statistik, malah ia cabaran yang menjejaskan perkembangan otak, emosi dan produktiviti anak-anak.

    Malnutrisi memberi kesan serius dalam jangka pendek di mana ia boleh melemahkan sistem imun, menyebabkan keletihan, menghalang tumbesaran, menjejaskan fokus dan prestasi akademik.

    Halang pencapaian akademik

    Kartika Wati berkongsi misi Eskayvie untuk menangani isu malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak melalui amalan pemakanan sihat dan seimbang.

    Menurut Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, lebih membimbangkan, kesan ini boleh berlanjutan hingga dewasa, menghalang pencapaian akademik dan peluang pekerjaan, sekali gus menjejaskan ekonomi keluarga dan negara.

    ‘’Melalui kempen ini, Eskayvie bekerjasama dengan komuniti setempat bagi meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak dan keluarga.

    “Masalah malnutrisi ini amat kritikal kerana ia memberi kesan langsung kepada potensi minda generasi masa hadapan.

    “Melalui kempen ini, kami ingin memberikan kesedaran kepada ibu bapa dan komuniti mengenai peri penting nutrisi lengkap dalam setiap hidangan anak-anak supaya mereka membesar dengan sihat dan perkembangan minda dapat dioptimumkan.

    “Dengan pendekatan yang menyeluruh, kami berhasrat membina komuniti keibubapaan dengan menyediakan panduan praktikal, sokongan motivasi, idea aktiviti serta perkongsian kesihatan dan nutrisi untuk membantu ibu bapa membesarkan anak-anak yang sihat, cerdas dan berdaya saing,” kata Kartika Wati.


    Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri pula menekankan bahawa pemakanan anak-anak sangat mempengaruhi perkembangan dan prestasi minda mereka.

    Dr Syid Ayob (kiri), Kartika Wati (dua dari kanan) dan Datuk Aznil bergambar bersama Guru Besar SK Seksyen 24 sebagai simbolik kerjasama dalam menjayakan karnival Eskayvie Inspirasi Generasi Masa Hadapan.

    “Ramai ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau mendapatkan tutor peribadi tetapi mereka mungkin terlepas pandang satu asas penting iaitu pemakanan yang menyokong keupayaan kognitif anak-anak.

    “Nutrisi seperti Phosphatidylserine dan Omega-3 memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan fokus, daya ingatan, dan keupayaan memahami pelajaran dengan lebih baik.

    Dr. Syid Ayob

    “Makanan harian kanak-kanak hari ini lebih banyak terdiri daripada makanan segera yang bukan sahaja kurang nutrisi malah memberi kesan negatif kepada kesihatan otak mereka.

    “Ini menjadi cabaran utama dalam memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi untuk prestasi akademik yang lebih baik,” katanya.

    Mindtropic dan Mindtropic Junior sokong perkembangan otak

    Pelajar SK Seksyen 24 Shah Alam mengambil bahagian dalam aktiviti interaktif di karnival Eskayvie Inspirasi Generasi Masa Hadapan.

    Justeru, menyedari cabaran ini, Eskayvie memperkenalkan Mindtropic dan Mindtropic Junior, suplemen minda yang dirumus khas dengan Phosphatidylserine dan Omega-3, juga vitamin dan mineral bagi menyokong perkembangan otak kanak-kanak.

    “Suplemen ini membantu meningkatkan fokus, daya ingatan dan keupayaan pembelajaran, sekaligus memberikan kelebihan kepada anak-anak dalam pencapaian prestasi akademik mereka.

    “Eskayvie juga kekal komited dalam meningkatkan kesedaran dalam kepentingan nutrisi dalam masyarakat.

    Isu ini bukan sekadar tanggungjawab individu, tetapi satu usaha bersama untuk memastikan ibu bapa dapat membesarkan anak-anak yang cemerlang, sekaligus menjadi pemangkin kepada kemajuan dan produktiviti negara.

    “Dengan generasi yang lebih sihat dan cerdas, negara dapat terus berdaya saing, memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan melindungi masa depan bangsa.

    Eskayvie berdiri teguh dalam usaha membentuk generasi yang sihat, berilmu dan bersedia mencorak masa depan yang lebih gemilang,” kata Dr Syid Ayob.

    Peserta terpilih berpeluang memasak bersama Datuk Aznil dalam demo masakan sihat dan mudah untuk seisi keluarga.

    Sementara itu, pada acara sama, Duta Eskayvie, Datuk Aznil Hj Nawawi, turut mengadakan demonstrasi memasak dengan memperkenalkan resipi sihat yang ringkas dan menyelerakan untuk anak-anak.

    Seramai lapan orang ibu bapa turut berpeluang menyertai sesi memasak menu sihat bagi merasai sendiri pengalaman secara langsung dalam penyediaan makanan berkhasiat.

    Untuk maklumat lanjut layari boleh layari eskayvie.com atau www.boosterminda.com


    culture Featured Featured Slider fitness health leisure lifestyle malnutrisi Mindtropic
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHijabistaHub lancar kempen ‘Raya Paling Epik’ bersama Tune Talk sempena pembukaan ibu pejabat baharu
    Next Article 400 graduan wanita dirai dalam Majlis Konvokesyen pertama Program WeBBB
    Team KLHype

    Related Posts

    Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

    October 30, 2026

    Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

    October 30, 2026

    Kumpulan Suria KLCC Rai Deepavali Penuh Gemilang Di Suria KLCC, Alamanda & Mesra Mall

    October 29, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

    By Team KLHypeOctober 30, 2026

    Institut Jantung Negara (IJN) menjenamakan semula stesen MRT Raja Uda – Institut Jantung Negara dalam…

    Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

    10 Cents Capital Expands Into AI Business Applications & Cross-Border Digital Trade With Brazil As Priority Market

    Kumpulan Suria KLCC Rai Deepavali Penuh Gemilang Di Suria KLCC, Alamanda & Mesra Mall

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

    October 30, 20264K

    Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

    October 30, 20265K

    10 Cents Capital Expands Into AI Business Applications & Cross-Border Digital Trade With Brazil As Priority Market

    October 30, 20263K

    Kumpulan Suria KLCC Rai Deepavali Penuh Gemilang Di Suria KLCC, Alamanda & Mesra Mall

    October 29, 20263K

    The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

    October 29, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

    October 30, 2026

    Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

    October 30, 2026

    10 Cents Capital Expands Into AI Business Applications & Cross-Border Digital Trade With Brazil As Priority Market

    October 30, 2026

    Kumpulan Suria KLCC Rai Deepavali Penuh Gemilang Di Suria KLCC, Alamanda & Mesra Mall

    October 29, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.